14

11.5K 1.6K 241
                                    

Hening suasana cafe serba indah dengan hiasan bunga kertas di setiap pelusuk. Tiba-tiba alunan violin kedengaran memainkan melodi Humko Humise Chur Lo.

Hessa dengan sari putih pada tubuh menghampiri Seif yang turut memakai punjabi putih. Kelihatan segak dan kacak sekali. Kalau begini, Shah Rukh Khan pun kalah.

"Tuan Seif..." seru Hessa.

"Maafkan saya, Hessa." Wajah Seif kelihatan serba salah.

Terus berkerut dahi Hessa kerana tidak mengerti apa yang cuba disampaikan bakal suaminya. "Maaf?"

"Saya tak boleh teruskan perkahwinan ini." Sepatah dibalas lelaki itu cukup buat hati Hessa remuk. Kelompak mata terus terbuka luas.

"Tapi kenapa, Tuan Seif? Hessa buat salah apa?"

Seif diam sejenak. Dia pandang Hessa dengan mata yang redup. Tangan naik mengusap pipi lembut itu. "Hessa tak salah. Tapi saya yang salah... Saya tak boleh bersama dengan awak."

"Apa yang buatkan Tuan Seif tak boleh bersama dengan Hessa?" Berkaca-kaca mata Hessa memandang lelaki itu. Berharap masih ada peluang untuk mereka bersama.

"Maaf kalau saya tak jujur dengan awak selama ini... Saya sebenarnya seorang..."

"Ultraman."

Air mata Hessa kering begitu sahaja. Terkebil-kebil dia pandang Seif tak percaya. "Ultraman? Ultraman apa?"

"Ultraman Empat."

"Ha?? Kenapa Ultraman Empat?"

"Ultraman Tiga dah sold out," jawab Seif mudah.

"Jap jap! Hessa tak faham. Kenapa tiba-tiba...."

"Arghh!!!"

Bang!
Bang!

Belum sempat Hessa habiskan ayat. Tiba-tiba mereka mendengat jeritan disertakan bunyi tembakan tidak jauh dari cafe mereka berada sekarang.

"Tuan Seif, Hessa takut!" Hessa segera bangun dan berlindung di belakang tubuh Seif.

"Ada perompak bank!"

"Bank kena rompak."

Bertempiaran orang lari menyelamatkan diri dari menjadi mangsa tembakan rambang perompak bank.

"Hessa! Pergi dari sini. Saya kena selamatkan dunia."

"Dunia apanya? Bank je kot." Hessa pandang Seif jengkel.

"Pergi sembunyi sekarang. Saya kena bertukar."

"Bertukarlah. Hessa nak tengok Tuan Seif jadi ultraman." Hessa peluk tubuh masih keras kepala.

Seif mengeluh panjang. Tiba-tiba dia keluarkan satu jam antik dari poket seluar lantas...

"Bertukar!"

Tubuh itu tiba-tiba bertukar menjadi merah. Hessa terkebil-kebil lagi. "Kata ultraman! Ini Power Rangers!"

"Hessa! Tak ada masa awak nak merungut. Pergi sekarang."

SEIFUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum