Akhirnya setelah puas melalui pelbagai proses rawatan. Baihaqi sudah boleh dibawa pulang. Awal-awal lagi Seif sudah bagi ugutan, kalau nak jumpa Hessa lagi, Baihaqi harus tinggal bersamanya.
Seif buat Baihaqi tiada pilihan selain akur dalam keterpaksaan tanpa dia sedar Seif sudah pasang beribu jerat biar Baihaqi kekal berada di sisinya.
Ada bekas kawan yang clingy sungguh menjengkelkan.
"Selamat datang ke rumah suami Hessa!" Ceria Hessa menyambut Abang Baihaqinya. Dia tak ikut Seif menjemput Baihaqi di hospital kerana dia ingin siapkan sesuatu buat abangnya sempena lelaki itu akhirnya sudah kembali sihat.
"Senyumlah sikit." Seif menyiku Baihaqi di sebelah.
"Tak boleh nak senyum." Baihaqi mendengus.
"Kau nak aku tolong ke?"
"Shut up!" Bai jeling Seif.
Hessa terkebil-kebil memandang dua lelaki di hadapannya. Mana satu dia perlu peluk dulu eh? Abang atau suami?
Tak apalah. Tak payah peluk dua dua.
"Abang Qib!!" Lihat Aqib membantu pemandu mengeluarkan bagasi dari bonet, laju Hessa menerpa melompat atas belakang abangnya. Sukanya dah dapat berkumpul kembali dengan abang-abangnya.
Entah bagaimana Seif guna kuasanya, buat masa ini Aqib ditugaskan berkhidmat di HQ sahaja dan tak dihantar menjalani misi yang jauh lagi. Maknanya lepas ini dia boleh bergaduh dengan Aqib tiap hari!
Tak sabarnya!
"Kau beratlah Hessa." Aqib mengeluh menahan belakang Hessa daripada jatuh terguling di atas tanah.
"Abang, Hessa masak makanan favourite Abang Qib."
"Apa tu?"
"Telur goreng."
"Baik kau tak payah masaklah, Hessa!" Bengang Aqib dengar jawapan adiknya.
Mengekek Hessa ketawa. Orang bergurau jelah!
"Turun! Kau berat!"
"Alaa! Dah lama abang tak dukung Hessa macam ni."
"Abang tengah lapar tau, Hes..."
"Turun, Hessa. Aqib penat kemas barang dari tadi." Tak jadi Aqib habiskan ayat, dia terkedu melihat Seif yang menarik Hessa di atas belakang lantas mendukung tubuh itu jauh daripada Aqib. Laju mata Aqib menjeling Baihaqi yang sekarang tenang merenung suami isteri itu.
Ah! Semoga Baihaqi tak mengamuk. Tapi, lihat daripada suasana sekarang, Baihaqi kelihatan lebih matang mengawal emosinya berbanding saat dia baru tahu Hessa dan Seif sudah bernikah.
Semoga dia reda menerima semuanya...
"Tadaaa! Semua ni Hessa masak." Masuk sahaja ke ruang makan, Seif sedikit terkedu melihat lauk pauk penuh di atas meja.
Aqib dan Baihaqi biasa sahaja seperti pemandangan itu sudah lali di mata mereka.
"Hessa tahu masak?" Seif soal isterinya sedikit terkejut. Sepatutnya dia boleh menjangkakan semua itu memandangkan Hessa sendiri memang bekerja di kantin. Tapi, dia agak kagum mengetahui isterinya boleh masak pelbagai menu seperti ini.
"Yang kau terkejut kenapa? Kau cakap kau suami dia, tak kan tak pernah rasa air tangan isteri sendiri." Baihaqi selamba memerli. Seif dapat tangkap senyum sinis di bibir lelaki itu.
"Aku kahwin dengan dia untuk dibuat isteri bukan tukang masak." Selamba Seif membidas buat Baihaqi terdiam membalas renungan menjengkelkan lelaki itu.
"Uhuk! Uhuk! Bila boleh makan ni? Uhuk!" Aqib menyampuk dengan dibuat-buat batuk menghalau kejanggalan ruang itu.
YOU ARE READING
SEIF
RomanceBermula dari janji dan kepercayaan, masa depan seorang gadis dipertaruhkan oleh ayahnya sendiri. Si abang yang buntu mengambil pilihan mencari pelindung buat adiknya.