Bab 35

6.1K 260 33
                                    

🌹

HARI itu adalah hari terakhir dia berada di rumah itu. Rumah yang sedikit sebanyak membuatkan dia lupa tentang rasa sedihnya. Rumah yang mendekatkan dirinya kepada Tuhan. Ada kenangan yang maha dalam yang sempat berpaut di hatinya. Dalam beberapa hari itu juga, ada banyak hal yang dia kutip sebagai pengajaran. Mungkin pendorong pada kekuatan yang dia genggam.

Entah kenapa, dia merasa lapang. Benaknya sudah tidak berkecamuk lagi. Hatinya sudah tidak memberat lagi. Jiwanya tidak terpuruk lagi. Mungkin, itulah makna ikhlas yang seutuhnya. Dia akhirnya berani melepaskan. Seperti yang pernah dinasihatkan kepadanya. Hidup ada tentang keberanian.

Karl Azriel meregangkan otot-otot badannya. Terasa subuh itu dipenuhi dengan kesegaran. Usai membersihkan diri, dia bersiap-siap untuk menunaikan solat. Dia membuat keputusan untuk tidak ke surau. Mahu beribadah bersendirian untuk kali itu.

"Seronok betul kau nak balik KL," tegur Arzhel yang baru sahaja terjengul di dahan pintu. Buatkan dia tersenyum gembira.

"Aku nak jumpa anak aku. Mak aku kata condition dia dah semakin baik," balas Azriel.

"Alhamdulillah. Bila nak gerak? Pagi-pagi?" soal Arzhel. Jejaka itu duduk di birai katil Azriel untuk seketika. Memerhatikan Azriel yang masih terpacak di hadapan cermin seraya membelek-belek wajahnya.

"Lepas subuh. Kau tak pergi surau ke?" Azriel memandang Arzhel.

"Nak pergilah ni. Aku tunggu kau. Pak Cik Yazid dah gerak dulu. Tak reti nak menunggu kita."

"Aku tak pergi. Kau pergilah sorang-sorang. Aku solat dekat sini aje," putus Azriel.

Ketika dia melihat Arzhel yang tersenyum manis, dia mengangkat sebelah kening langkingnya. Tanda tanya.

"Apahal? Ada yang tak kena ke?" Azriel memandang wajahnya di cermin.

Wajahnya sudah semakin cekung. Mungkin kerana beberapa minggu kebelakangan ini nafsu makannya mendadak turun. Semalam, baru pertama kalinya dia menyantap makanan dengan sedikit rakus. Lauk ikan bakar. Lauk yang akhir-akhir itu juga menjadi kegemarannya. Siapa lagi yang masak kalau bukan Encik Yazid.

"Muka kau nampak handsome. Salah ke aku nak tengok?" Selamba dan sambil lewa, Arzhel Qadr menjeling.

"Geli aku dengar."

"Geli apa? Aku cakap benda betul. Tapi antara kita, kau sendiri pun tahu yang aku lebih handsome. Cuma kali ni muka kau tak macam semalam. Semalam macam muka ikan siakap bakar," ejek Arzhel, sebelum laju-laju meninggalkan Azriel.

Azriel sekadar tergelak. Ketika dia teringat sesuatu, nama Arzhel kembali dia laung. Seraya mengejar langkah sahabatnya itu.

"Arzhel!" Tepat di muka pintu, dia memanggil Arzhel.

"Apa lagi?" Arzhel berpaling.

"Tolong belikan aku kuih seri muka. Aku nak sarapan sebelum gerak," pinta Azriel. Tersenyum kambing dia menatap wajah kesal Arzhel. Tahu yang Arzhel ketika itu sedang marah gara-gara harus berjalan sendirian ke surau. Kalau naik kereta, kuranglah pahala.

"Mimpi apa tiba-tiba nak makan kuih seri muka? Kalau tak ada?"

"Kalau tak ada, kena ada juga. Kalau aku tertidur lepas subuh kejutkan tau!" Sempat Azriel mengenyitkan matanya sebelah. Sengaja menambahkan bara dalam hati Arzhel.

𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚Where stories live. Discover now