Bab 14

41K 1.8K 224
                                    

🌹

PAGI-PAGI lagi mereka sudah berada di sebuah hotel. Semuanya secara mendadak. Azriel memberitahunya bahawa mereka akan berjumpa dengan Luqman di situ. Mendengar sahaja nama itu, dia dengan keras menolak ajakan Azriel. Dengan alasan dia tidak sedap badan. Padahal, dia tidak selesa akan kehadiran Luqman.

Tapi bila Azriel gunakan kuasa vetonya sebagai suami, terpaksa dia akur. Kalau tidak kerana itu, sudah pasti dia sekarang sedang berbaring di atas sofa sambil melayani rasa malasnya. Ataupun, dia sekarang akan menikmati sarapan pagi daripada air tangannya sendiri.

Semua harapannya hancur bila menyedari ketika itu dia sedang berada di table service bersama Azriel. Dia sendiri tidak mengerti selok-belok pekerjaan Azriel. Seperti ada kejanggalan besar yang dia dapat rasa. Mungkin, gara-gara kehadiran Luqman.

Dia mengeluh. Dengan wajah yang tidak sempat dirias, dia harus bersemuka dengan begitu banyak manusia. Murung mukanya. Penyudahnya, Azriel yang kena tempias. Terpaksa memujuk dan meyakinkan dirinya.

Dia tahu dia cantik. Tapi sengaja buat perangai. Perempuan kan, biasalah.

Dari kejauhan, ekor matanya sudah menangkap kedatangan dua pasangan yang cukup dia tahu. Buatkan ketidakselesaannya semakin bercambah.

"Kita buat apa dekat sini?" ajunya. Makan pagi di hotel? Memang jarang-jarang dibuat orang.

"Kerja," balas Azriel. Masih ralit menatap skrin telefon.

"Kenapa tak bagitahu awal-awal? Kenapa mesti dekat sini?" celoteh Humaira. Masih menanti Luqman dan Dahlia di meja itu. Terlihat jelas mereka sedang berbincang tentang sesuatu di pintu masuk.

Azriel mengangkat wajah memandang ke arah isterinya. Habis cemberut. Macam nak telan orang pun ada.

"Luqman nak berbincang pasal kerja. Kalau dekat rumah, menyusahkan kita. Kena masak, kena kemas rumah, betul tak?" Azriel senyum. Menampakkan sebaris gigi cantiknya. Tahu kacak. Diam sudahlah.

"Beautiful," ujarnya sejurus selepas itu.

Humaira terus faham. Menyedari hakikat yang dia tidak yakin dengan penampilannya kala itu. Bukannya buruk mana pun. Cumanya, dia tak sempat nak tepek bedak dua kilo. Mendengar pujian itu, dia pasang muka selamba.

"Awak kerja apa kali ni? Ada kes besar?" soalan lain diaju.

Sebelum ini, dia sedia maklum tentang pekerjaan Azriel di bawah unit penyiasatan. Mungkin sudah naik pangkat. Ibaratnya, Azriel orang penting. Semua kerja yang terkadang bukan di bawah kendaliannya, dia terlibat sekali.

Mungkin, kali ini sama juga. Ada kes yang patut diselesaikan.

Boleh nampak tak tahap stalker seorang Humaira? Bila dah jadi crush, tujuh keturunan Azriel dia selidik. Nasib baik berjodoh. Kalau tidak, sia-sia kerja tak bergaji yang dia buat itu.

"Awak? Ouh come on..." Nada suara Azriel terdengar meleret. Lain ditanya lain dijawab. Itulah Azriel.

"Baiklah, DSP Azriel. Lepas ni saya janji saya akan panggil abang." Mata menjuling ke atas. Disambut dengan tawa halus Azriel. Sebelum akhirnya soalannya di jawab.

"Kes pencurian kapal dengan senjata. Tak besar mana pun. Luqman ada. He's a genius." Mungkin yang dikatakan oleh Azriel ada betulnya. Luqman memang terlihat jeli. Tipikal orang yang licik. Itu sekadar tekaan.

Humaira angguk tanda faham. Sejenak, Luqman dan Dahlia akhirnya muncul di hadapan mereka. Buatkan dia sekadar melayangkan senyum.

Yang peliknya, hanya Dahlia yang melabuhkan duduk. Sedangkan Luqman hanya memerhati. Sementara Azriel pula gesit berdiri.

𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚Where stories live. Discover now