BAB 3

38.9K 1.9K 294
                                    

🌹

PANDANGANNYA menerawang ke segenap pepenjuru bilik. Untuk pertama kalinya dia menjenguk ruangan yang 'berhantu' itu. Tanpa pengetahuan tuan punya badan. Main bedal saja. Lagipun, bukannya dia nak mencuri.

Niatnya hanya mahu melihat-lihat. Kalau bersepah, dia tolong kemaskan. Diamati dekorasi bilik yang cukup santai itu. Bijak penghuninya memilih kombinasi warna. Sedap mata memandang. Suasana bilik yang jelas menunjukkan bahawa pemiliknya adalah seorang lelaki.

"DSP Karl Azriel..." Senyuman kecil terukir di bibir.

Sempat dia membelek-belek biodata Azriel. Jejaka itu bertugas di bawah organisasi polis jenayah antarabangsa. Ingatannya kembali terimbas pada kali pertama dia melihat Azriel pulang ke tanah air selepas menjalani latihan asas Interpol yang berpangkalan di Lyon, Perancis. Begitu segak dengan seragam berwarna biru gelap. Ketika itu, dia menemani Zaharah menjemput Azriel di lapangan terbang.

Namun pada saat itu, perasaannya terhadap Azriel sudah ditepis. Dia gembira melihat Zaharah bahagia. Apa sahaja yang Zaharah inginkan, pasti Azriel beri. Dia sendiri menyaksikan bagaimana Azriel dan Zaharah masing-masing saling mencintai.

Cukup lama dia memendam rasa. Hinggakan rasa itu sirna ketika ada lelaki lain yang cuba menjadi pelengkap hidupnya. Soal itu... dia biarkan berlalu.

Fail yang dia pegang kembali disimpan di dalam rak. Mahu meneruskan misi menceroboh.

Sejenak, langkah kakinya terhenti. Disertakan wajah yang mulai berkerut. Raut wajahnya jelas menunjukkan sekelumit kekecewaan. Umpama mengutarakan rasa hati yang sedang retak. Ibarat ingin menyampaikan walang yang bertandang.

Tiba-tiba sahaja dihambat sayu. Dia baru tersedar akan sesuatu. Kuyu pandangan matanya menatap setiap bingkaian gambar yang tergantung pada dinding bilik itu. Sungguh dia cemburu melihat itu.

"Arwah Zaharah. Awak perempuan yang beruntung," ujarnya. Jemari lentik itu menggapai gambar yang terletak kemas di atas meja yang berhampiran dengan katil milik Azriel.

"Awak beruntung sangat. Tolong ajarkan saya macam mana cara untuk dicintai oleh seorang Karl Azriel?" lirihnya. Dengan nada yang berbaur rasa cemburu. Sejenak, terukir kemas sebuah senyuman kecil pada bibir manis itu.

"Saya cintakan Azriel. Tapi rasa cinta saya dikalahkan oleh indahnya kenangan awak bersama dia."

Entah sampai bila rasa itu akan terbalas. Entah sampai bila asa yang tergantung tinggi itu menjadi sebuah kenyataan. Bahkan, egois dan rasa benci seorang Azriel kepadanya jauh lebih tinggi. Payah dihakis.

"Saya cuba untuk..."

Baru sahaja mulut itu ingin kembali menukilkan kata-kata, satu nada menyahut dari arah belakang. Buatkan bait-bait katanya terhenti.

"Kau buat apa dalam bilik aku?"

Kasar nada itu melantun memecahkan kesunyian malam. Humaira menoleh. Membalas pandangan berapi yang Azriel lontar. Pasti sebentar lagi amarah Azriel akan meluap-luap.

"Siapa bagi kau kebenaran untuk pegang barang-barang dalam bilik aku, Maira?" lama-kelamaan, suara Azriel terdengar melenting. Cukup kasar. Buatkan Humaira takut untuk membalasnya.

Tatapan itu... tatapan yang penuh dengan bara yang membersit menikam atma. Umpama faham bahawa petir yang kencang akan membedal dirinya tidak lama lagi, Humaira menundukkan pandangannya.

Dia akui kesalahannya. Masuk ke dalam bilik tidur Azriel tanpa sempat meminta izin terlebih dahulu. Salah sendiri bila bertindak tanpa berfikir panjang.

𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚Where stories live. Discover now