Bab 15

38.4K 1.8K 533
                                    

🌹

SEMINGGU berlalu. Lembaran hari yang tidak terasa pantasnya. Hari berganti hari, helaian masa terselak begitu pantas mengira usai manusia. Malam terlalu cepat menjemput siang. Habis siang, datang senja. Kemudian kembali malam lagi.

Hari itu adalah hari di mana Azriel akan pergi. Mungkin, dalam tempoh waktu yang agak lama. Seminggu ini juga dia rasakan saat-saat indah bersama lelaki itu. Meskipun diasak dengan kesibukan. Ke mana lagi perginya jejaka itu kalau bukan bertemu dengan Luqman. Namun, ada kalanya Azriel akan menyempatkan masa untuknya.

Buang musykil. Hilang curiga. Hanya meninggalkan sekelumit rasa rindu dalam hatinya.

"Jaga diri elok-elok. I will be missing you." Ah, sudah. Belum bertolak ke Itali dah cakap rindu.

"Me too,"

Kali ini, dia tidak banyak bicara. Mahu menangis rasanya bila dengar Azriel selalu cakap tentang rindu. Terasa dadanya digoncang dengan perasaan walang. Pedih! Biarlah kalau ada orang yang kata dia mengada. Dia peduli apa?

"Well I've got something for you!" Azriel yang sudah bersiap dengan pakaian santai berwarna hitam, berdiri. Mereka masih berada di lapangan terbang. Menunggu ketibaan Luqman dan Arzhel.

Azriel mengeluarkan sesuatu. Kemudian, ia dihulurkan kepada Humaira yang termangu-mangu seorang diri. Bukan main bulat mata hitam Humaira merenung.

"Novel?" Humaira tersenyum gembira. Sudah pentan Azriel tahu apa yang dia suka selama ini. Siang sampai ke malam dia sanggup bersengkang mata selagi tak habis satu novel. Ada kalanya dia menangis macam kena pukul.

"Mana abang tahu yang Maira suka novel?" sengaja dia bertanya. Mengusir perasaan sedih yang semakin lama menyengat. Hanya menunggu masa untuk air matanya jatuh berjuraian.

"You're different," balasan yang Azriel beri langsung tidak menjawab soalannya. Seketika, dia tertanya-tanya. Berbeza?

"Maksudnya?"

"Perempuan sangat sinonim dengan bunga. Tapi awak lebih tertarik dengan novel." Azriel senyum. Tak lekang dari menatapnya.

"Nope! Perempuan berbeza-beza. Tak semuanya suka bunga dan tak semua suka novel. Tapi, ada yang suka dua-dua. Saya suka bunga. Bunga mawar." Novel ditangannya dibelek. Bijak Azriel memilihkan genre novel untuknya.

"Mawar?" Seperti tertarik untuk mendengar penjelasan daripada Humaira.

"Haah, mawar. Sebab bila saya meninggal, saya nak orang-orang yang saya sayang taburkan bunga tu atas kuburan saya nanti." Dengar macam menyedihkan. Tapi, kematian adalah sesuatu yang dijanjikan. Benar bukan?

Wajah Azriel berubah. Ekspresi yang menunjukkan rasa tidak puas hati. Sedikit terkesan dengan apa yang baru sahaja dia dengar.

"I don't like your answer." Kali ini, dia lihat Azriel serius. Terdengar seperti amaran. Seolah-olah memintanya untuk tidak berkata sedemikian lagi.

"Do you love it?" Azriel menukar topik. Kembali membahas tentang novel tadi.

"Very much!" balas Humaira. Ikhlas. Sebuah naskhah yang akan menjadi tatapannya di saat ketiadaan Azriel nanti.

"Why?" Azriel bertanya lagi. Menjadi tanda tanya dengan ketertarikan Humaira terhadap novel.

"Saya jumpa kebahagiaan dalam ni. Bila kenyataan yang saya hadap tak seindah yang saya harap, I forget everything by reading. Imagination is something you don't need to pay for," ujarnya bersungguh-sungguh. Sempat dia meluah.

𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚Where stories live. Discover now