Bab 25

32.7K 1.3K 167
                                    

🌹

HARI itu, semua seperti yang Azriel janjikan kepadanya. Usai menghantar pemergian Arzhel dan Amanda, mereka meluangkan masa yang ada. Berjalan-jalan menyusuri pelosok bumi French Polynesia. Menikmati udara di sepanjang ibu kota Papeete. Populasi penduduknya tidak mencapai angka juta. Namun, pelbagai budaya dan bahasa yang mereka saksikan.

Meskipun negara kecil itu hanya memiliki lima kepulauan utama, keindahannya tidak dapat dinafikan. Barulah dia dapat tahu bahawa itu bukan pertama kalinya Azriel menjejaki negara yang letaknya di selatan lautan pasifik itu. Tidak hairan jika Azriel cukup tahu selok-belok negara itu berbandingnya.

Lebih unik ketika mendapat tahu bahawa bilangan pelancong di situ hampir menyamai bilangan penduduk asal. Dah tentu kerana banyaknya pulau-pulau yang cantik yang menjadi tarikan penduduk luar negara. Masuk mana-mana kedai atau pusat beli-belah, pasti mereka bertembung dengan banyaknya pelancong.

Sehinggalah malam datang bertandang. Penat dan lelah langsung tidak terasa. Bila mana dia ingin melihat taman bunga, Azriel turutkan. Bila mana dia ingin menghabiskan masanya di kedai-kedai buku, Azriel tidak pernah membantah.

Bila mana ketika itu, dia ingin melihat bunga api, Azriel ikutkan lagi. Mereka kini berada di sebuah kafe. Cukup luas. Tempat itu berada di dalam sebuah bangunan mencakar langit.

"Bila pertunjukan tu ada?" ajunya. Cukup terpana dengan keindahan pemandangan yang menjamah tunak matanya ketika itu. Seperti sebuah khayalan. Cantik.

"Midnight," balas Azriel.

Begitu ramai manusia di tempat itu. Masing-masing menunggu pertunjukan bunga api. Riuh suasana di situ.

"Tempat ni cantik. Tak sangka pula ada pertunjukan bunga api di sini," Humaira mengayun kata. Membiarkan angin malam menampar lembut kulit putih miliknya.

"Tapi abang bawa sayang ke sini, bukan untuk tunjukkan pada sayang kecantikan tempat ni." Terasa belakang tubuhnya kini sudah berlaga dengan dada Azriel. Dia tenggelam dalam pelukan suaminya.

"Abang nak tunjukkan pada tempat ni, tentang kecantikan bidadari abang," bisiknya lembut. Dapat dia rasa, Azriel menguntumkan senyuman pada ketika itu.

Humaira turut sama mengulum senyum. Dia tidak menjawab. Hanya membiarkan kata hatinya yang bersorak gembira. Syukur dia panjatkan.

"We never know what would happen in the future. Tapi yang pasti, abang harap bidadari yang ada dalam pelukan abang sekarang ni, adalah wanita yang akan mendampingi abang puluhan tahun akan datang," ucap Azriel. Menggamit Humaira untuk mendulang mada hadapan.

Buatkan Humaira berfikir sejenak. Puluhan tahun akan datang? Sungguh dia menginginkan hal yang sama. Tetapi setiap kali keinginan itu ada, detak rasanya berbisik lain. Kenapa keresahan selalu mengejarnya? Tidakkah ada sinar bahagia yang akan menjemput mereka kelak?

Ketakutan itu... Selalu ada.

Jika diberi peluang, ingin dia merayu pada takdir untuk membiarkan dirinya menjadi pendamping Karl Azriel. Sampai bila-bila. Selamanya. Tatkala kesedaran mendadak hadir dalam jiwa, dia sendiri tahu bahawa takdir bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa atau dipinta.

"Abang nak tahu tak cerita tentang cinta pertama Humaira?" Tiba-tiba terdetik satu memori pada mindanya.

Mengenangkan kembali ketika umurnya masih belasan tahun, dia menyukai seorang lelaki yang tiga tahun jauh lebih tua darinya. Semua kawan-kawan mengejek. Kata mereka, cinta itu buta.

Tetapi buktinya, lelaki yang bersama dengannya ketika itu, adalah lelaki yang sudah lama dia impikan. Bukankah itu menunjukkan bahawa indahnya bicara segenggam takdir?

𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚Where stories live. Discover now