Chapter 54 TAMAT~

Start from the beginning
                                    

"Qasy," panggil Farrel. Panggilan itu tidak di hiraukan. Faqih Qasy yang sedang memeluk lengan aku sambil menyorokkan wajah pada belakang aku. Tangan naik mengusap rambut anak lelaki sulung aku. Tidak dinafikan perangainya sama seperti si suami, tegas, dingin dan penyayang.

"Qasy," panggil Farrel lembut.

"Qasy," masih tidak di hiraukan.

Farrel mengambil sesuatu dari poket seluarnya, Feryal Qadira hanya memandang abiynya yang sedang mencari sesuatu.

"Mana pula," Farrel pura pura mencari sesuatu.

"Abang cari apa," soal aku.

"Sekejap,"

"Qasy, Feryal tolong abiy cari sesuatu, boleh?" Farrel sengaja meminta tolong anak kembarnya untuk mencari sesuatu.

"Cari apa abiy ?"Tanya Feryal Qadira bingung. Faqih Qasy memandang abiynya.

"Qasy dengan Feryal tolong cari dalam laci depan tu boleh, tolong cari kertas warna kuning separa kecil," balas Farrel sambil menyimpan senyum.

Feryal dengan bersemangat itu turun dari katil dan terus menarik tangan kembarnya untuk mencari apa yang di suruh oleh abiynya.

Qasy muka usah di kata dingin campur masam sahaja mukanya tapi diturunkan juga. Laci paling atas di tarik dan terus Qasy memandang tangan adiknya yang sedang memegang kertas yang abiynya beritahu sebentar tadi.

"Ini ke abiy?" Farrel hanya mengangguk..

"Bagi pada mama," Feryal menghulurkan tiket itu pada aku. Huluran itu disambut sebelum dibaca.

"Percutian ke Langkawi.. "aku terus memandangnya. Farrel mengangguk sambil tersenyum manis.

"Abang dah tempah hotel untuk kita semua."

"Huh?" Serentak Qasy dan Feryal bersuara tidak faham apa yang dikatakan oleh Farrel.

"Esok kita pergi naik airplane kita pergi bercuti tepi pantai Qasy suka berenang,kan? Feryal kan pernah cakap dekat abiy yang.. manis abiy ni nak belajar berenang." Ujar Farrel sambil menatap anak-anaknya.

Serta merta bersinar mata gadis kecil itu terus Feryal memeluk abiynya ketat. Sebelah tangan di depakan pada Qasy. Qasy berlari anak memeluk abiynya. Aku tersenyum melihat mereka.

"Mama wants to hug too?" Tanya Qasy comel. Aku menggelengkan kepala. Sesungguhnya aku terharu melihat cara layanan Farrel pada anak-anak kami sungguh lembut tapi ada tegasnya juga semuanya di teliti oleh pria itu aku sangat bersyukur Allah hadirkan Farrel di dalam hidup aku.

"Ala mama come la," rungut Qasy. Farrel di situ menghulurkan tangan.

"Tak apa mama nak pergi kemas baju sekejap. Siapa nak tolong mama, cepat."

"Qasy!" Jerit Faqih Qasy.

"Feryal tak nak." Pantas gadis itu menggelengkan kepalanya. Farrel menggelengkan kepala melihat telatah anaknya seorang ini. Begitu malas apabila melihat kain yang banyak apatah lagi menyuruh Feryal untuk tolong lipat memang dia lari cari abiynya. Ikut perangai Wais betul.

"Okey Qasy tolong mama jom," aku memimpin tangan Qasy keluar dari bilik sebelum keluar Qasy membebel pada adik kembarnya.

"Pemalas macam uncle Wais," ringkas dan padat Qasy memerli adiknya. Faqih Qasy petah dan pedas sedikit mulutnya sebab itu Qasy geng dengan aku kalau anak perempuan aku pula sedikit manja kena marah sedikit sudah merah mata. Drama queen betul.

"Qasyy!!!" Jerit Feryal memanggil abangnya kesal dia pantang betul di panggil pemalas dia bukan pemalas. Farrel sudah tergelak besar aku pun ikut tergelak sama.

MR.BLACK HODDIE (C)Where stories live. Discover now