Chapter 26 | biadap |

308 16 1
                                    

Aku melabuhkan punggung ke atas kerusi menunggu yang telah disediakan oleh pihak hospital untuk keluarga pesakit. Aku sudah memaklumkan tentang ini kepada mama and yang aku tidak boleh jangka mama hampir pingsan mendengar berita ini. Lepas satu, satu masalah timbul. Apa yang kau merepek ni isya tak akan tokma sakit kau mahu cakap itu bala. Farrel kini berada di dalam wad dan aku hanya berada di luar. Bukan apa, orang sudah halau tak akan mahu menadah muka di hadapan mereka yang tidak sudi. Air mata yang jatuh diusap lembut. Buat apa aku menangisi perkara yang tidak berapa penting sebegini. Aku bangkit dari duduk dan terus beredar ke kantin hospital, baik aku pergi makan dari melayan perasaan.

Sampai sahaja aku di kantin hospital, aku terus memesan makan. Seketika menunggu makanan sampai aku membuka telefon, gambar kahwin menjadi tatapan.

"Cantik," puji aku apabila melihat gambar nikah antara aku dan Farrel. Jari perlahan membelek satu persatu gambar yang di tangkap Rayyan, jari berhenti di satu gambar. Keadaan gambar dimana Farrel mendukung aku, wajahnya terlihat sedikit ceria tapi masih terpancar kedinginan itu. Bibir menarik senyum kecil, comel tapi tiada pula terlihat wajahnya menahan sakit. Jari membelek satu lagi gambar, gambar ini menjadi kegemaran aku dimana tangan aku mengenggam tangan lelaki itu. Terlihat begitu manis dan cantik, dapat lihat pula sebentuk cincin di jari manis aku. Aku berhenti menilik telefon apabila pesanan mula sampai.

"Terima kasih," ucap aku kepada pekerja lelaki itu. Makanan mula dijamah, sedang leka aku menjamu selera ada satu suara mula menyapa.

"Makan tak ajak suami," aku mendongak memandang dari mana suara itu tiba. Farrel melabuhkan punggung di kerusi hadapan. Aku hanya senyap membisu tiada perkataan yang perlu dilontarkan.

"Doktor cakap tokma kena strok dari bahagian pinggang ke bawah." Ujar Farrel sambil merenung isterinya. Air sirap milik gadis itu di ambil dan di minum.

Melihat Farrel menghirup air itu sampai separuh aku hanya mengeluh. Bukan mengeluh akan air aku yang akan habis tapi berita yang disampaikan oleh lelaki itu tentang tokma. Aku mengeluh lagi.

"Nanti makngah panggil semua berkumpul diluar wad termasuk mama dan papa sekali, mahu bahagikan bahagian setiap seorang untuk jaga tokma bergilir-gilir." ujar Farrel dengan nada suara yang bersahaja.

Sekejap. Asal aku kena sekali sepatutnya anak-anak tokma yang jaga mahu libatkan cucu dah kenapa?

"Sudah habis makan? Mama dengan papa dah sampai semua sudah tunggu depan ward?" aku hanya mengangguk sebagai balasan disebabkan tiada mood sekarang ini. Sudahlah kena halau lepas itu hati ini berdebar tidak serupa bikin, entah kenapa. Kami berjalan beriringan menuju ke wad milik tokma. Dalam perjalanan memang berdebar semacam jantung aku dibuatnya.

Sampai sahaja, aku sudah dihumban dengan perkataan sinis dari maklang. "Datang pun, ingatkan nak lepas tangan,"sinisnya. Pandangan dingin dihadiahkan kepada maklang. Lepas tangan? Kau ke aku yang lepas tangan?

Aku dan Farrel berdiri statik di antara mama, papa, makngah, maklang, pakngah,paklong dan beberapa adik beradik mama lagi. Yang aku paling tidak bergaul ialah maklang iaitu ibu kepada Qyla. Mulut macam tempayan, puaka dan seangkatan dengannya. Memang lancar sahaja bila bercakap tidak ditapis langsung.

Aku memeluk tubuh, "Ada apa yang nak di bincangkan? Hak penjagaan? Kenapa nak libatkan Isya?" soal aku bertuli-tuli, sakit hati dibuatnya.

"Bismillah, okey kita mulakan. Saya sebagai anak sulung dari anak umi untuk memberi arahan bergilir-gilir untuk menjaga umi. Saya dan anak ketiga saya yang bernama Afiq menjaga pada minggu pertama, Afira dan anaknya isya bertugas pada minggu kedua, minggu-"

"Bang Qey kau tak payah nak bahagikan bahagian sangat, terus aje bagi si lawyer ni jaga," potong maklang kasar. Aku yang ada di situ sudah mula menyirap. Eh! Kau anak kesayangan tokma,kan! Kau sahaja yang jaga!! Nak babitkan aku kenapa!?.

MR.BLACK HODDIE (C)Where stories live. Discover now