beautiful dream - 16

28 8 0
                                    

Part 1 : A Beautiful Dream

Part 1 : A Beautiful Dream

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Naura Isyq's

"Naura?"

"Firdaus?"

"Naura kan?" katanya atau lebih tepat lagi mahukan kepastian. Aku angguk mengiakan. Pasrah juga aku bila membayangkan kalau mak aku tahu baju kesayangan dia dah selamat bermandikan air jus oren. Fresh punya!

Orang depan aku ni namanya Firdaus. Muhammad Firdaus. Dia ni pernah jadi kekasih jadian aku dulu sebab aku cuba untuk lupakan Zafran. Tapi sebenarnya aku tersilap.

Never use someone to forget someone.

"Ya, saya." jawabku perlahan separa berbisik.

"Sihat? Lama tak nampak kau." kata Firdaus lagi bagi mengurangkan kejanggalan yang berlaku antara kami. Dia senyum lebar. Aku yang tengok ni tak rasa apa-apa. Rasa kosong.

"Sihat. Kau?" soalku pula sekadar berbasa-basi. Tak nak ada kejanggalan dan tidak mahu diri ini dicop sombong. Aku nampak Firdaus ukir senyum sebelum wajahnya berubah selepas melihat bajuku yang masih basah dengan air oren dari gelasnya.

"Alamak, maaf pasal tu!" kata Firdaua bersalah. Tisu diambil sebelum tangannya laju mengelap bajuku tanpa sempat aku berkata apa-apa. Refleks, tanganku terus menepis tangan Firdaus sebelum aku menapak beberapa langkah kebelakang. Wajahku terus berubah.

Firdaus pun nampak terkejut. Masing-masing terdiam. Kami memandang satu sama lain sebelum tiba-tiba ada seseorang merempuh kuat tubuh Firdaus sampai terundur badan Firdaus. Aku toleh memandang lelaki yang telah melanggar Firdaus tadi. Seorang lelaki yang berbaju melayu berwarna krim.

Muhammad Aysar Zafran.

Dari jauh aku nampak Zafran menjeling Firdaus yang berada disebelah aku. Perlahan sepasang mata itu merenung aku juga.

Gasp!

Zafran jeling aku juga! Pandangan Zafran ketika itu tajam dan menusuk. Seolah-olah tidak puas hati tentang sesuatu. Lama dia merenung aku sebelum dia menapak keluar dari dewan.

Dia merajuk ke?

"Sorry Naura. Aku tak sengaja." kata Firdaus lagi seolah tidak perasan apa yang berlaku tadi. Aku diam tidak membalas. Mata masih memandang kelibat Zafran yang sudah hilang dari pandangan. Aku melepaskan keluhan kecil.

// a beautiful dream //

Zafran yang duduk menghadap ke luar dewan aku pandang dari jauh sebelum aku mengambil keputusan untuk menghampiri dia. Jarak satu meter diambil sebelum aku melabuhkan duduk disebelah lelaki itu. Sisi wajah Zafran aku pandang sebelum aku buang pandang ke hadapan semula.

"Kau marah aku ke Zafran?" soalku perlahan. Cukup hanya Zafran yang dengar. Nampak Zafran masih diam aku turut sama diam. Diamnya seorang Aysar Zafran buatkan aku tak senang duduk. Sebab ni Zafran yang baru. Dia lebih mesra berbanding yang dulu. Kalau dia tidak hyper masa jumpa aku mula-mula dulu aku tak kesah sangat kalau dia nak diam sekarang ni.

Zafran yang sekarang extrovert! Serius aku risau kalau dia diam saja sekarang ni. Aku nak sangat dengar ayat-ayat madu lori gula terbalik dari dia.

"Zafran, aku tak tahu nak pujuk kau macam mana sebab aku memang tak pandai nak pujuk lelaki dan aku tak pernah rapat dengan mana-mana lelaki. Aku tak tahu pulak yang lelaki pun boleh merajuk. Aku ingatkan perempuan ja yang merajuk. Tolonglah Zafran. Aku tak tahu nak pujuk kau macam mana lagi. Aku tak tahu cara apa lagi yang boleh aku pakai untuk pujuk seorang Aysar Zafran. Zafran..."

"Stop it, Naura. You're too cute for me too handle." potong Zafran buatkan aku terkedu. Akhirnya Zafran bersuara walaupun hanya sepuluh patah perkataan sahaja. Aku cakap berkerat-kerat dia balas sepuluh ja? Jebon sungguh!

Aku pandang Zafran. Nampak bibir lelaki itu seperti sedang menahan senyum. Comel. Zafran menoleh sedikit buatkan aku nampak wajahnya yang manis tersenyum.

"Takpa Naura. Aku tak marah pun." kata Zafran dengan senyuman lebarnya. Aku terpanar seketika sebelum membalas senyuman Zafran.

"Awak cemburu?" Telinga Zafran memerah!

"Ma... Mana ada!" nafi Zafran sekerasnya buatkan aku tergelak kecil. Comelnya Muhammad Aysar Zafran blushing. Akan aku abadikan memori terindah ini dalam ingatan aku selamanya.

***

040324

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

040324

IsyqiWhere stories live. Discover now