beautiful dream - 11

45 8 0
                                    

Part 1 : A Beautiful Dream

Part 1 : A Beautiful Dream

Oops! Această imagine nu respectă Ghidul de Conținut. Pentru a continua publicarea, te rugăm să înlături imaginea sau să încarci o altă imagine.

Naura Isyq's

"Kau tunggu Zafran lagi ka?" soal Alina lagi tanpa berselindung. Terus berubah riak wajahku. Tidak berapa gemar dengan soalan itu.

"Biarlah dekat dia. Dia bukan lagi masalah aku." balasku dingin. Sejak Zafran pindah sekolah, aku dah tak tahu apa-apa perkembangan pasal dia dan aku memang tak nak ambil tahu langsung.

Ada masalah?

"Naura, kau nak tahu satu benda tak?" soal Alina. Wajahnya yang tersenyum manis itu aku pandang.

"Ada satu benda pasal kau yang aku suka. Mata kau tak pernah menipu." kata-kata Alina membuatkan aku terus membuang pandang ke arah lain.

Aku masih menunggu kehadiran Zafran?

Entah-entah dia pun dah lupa aku siapa.

"Aku pun tak tahu apa perkembangan dia. Dia dah tak active akaun instagram dia. Instagram dia sepi. Facebook aku tak tahu dia ada ka tak. Nombor dalam group kelas pun senyap ja. Aku rasa dia dah tukar nombor baru kot." ujar Alina lagi. Mataku hanya tertumpu pada lantai restoran. Dadaku terasa ketat tiba-tiba. Pernafasan aku laju.

Aku tak boleh nak benci Zafran.

"Naura aku tahu kau..."

"Kau nak pesan apa-apa lagi tak? Aku nak kena pergi tempat lain pula ni." kataku laju tanpa perasaan. Cepat-ceoat aku ubah topik. Malas nak menyambung soal bicara tentang Muhammad Aysar Zafran.

Alina mangeluh kecil. Aku pula dalam hati minta maaf banyak-banyak pada Alina. Tahu dia terasa. Disebabkan aku perjumpaan kami berakhir dengan aku yang bersikap dingin. Aku tak ada niat langsung nak rosakkan semua ni. Maaf, Alina.

"Aku pergi dulu eh?" kataku meminta izin sebelum berlalu pergi. Meninggalkan Alina seorang diri disitu. Dari jauh aku dengar sekali lagi Alina melepaskan keluhan berat.

// a beautiful dream //

Aku menghirup udara segar sambil berjalan-jalan disekitar Vision Park, Bertam. Terasa lapang dan tenang yang aku rasakan selepas melihat pemandangan indah di pagi hari disini. Dah lama sangat aku tak keluar berjalan. 24 jam menghadap komputer sahaja kerjanya sampai otak aku menghantar isyarat yang dia perlukan rehat. Tiba-tiba sahaja aku jatuh pengsan. Tidurlah aku sepanjang dua hari tu. Tidurlah puas-puas!

Mata aku memerhati pelbagai ragam manusia di Vision Park itu. Banyak keluarga dan pasangan serta remaja memenuhi segenap sudut tempat ini. Maklumlah hari ini merupakan hari cuti. Masa untuk meluangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan. Pagi-pagi pun dah sesak Vision Park ini.

Bedebuk!

Okay, jangan terkejut tu bunyi apa. Ada makhluk Allah langgar aku sampai bunyi macam tu. Ni orang ke dinding? Dinding pun insecure dengan orang yang langgar aku ni. Keras nak mampus. Sakit hidung aku. Aku dongak pandang si Mr. Dinding. Mataku terus membulat gara-gara terkejut.

Jejaka dihadapan aku sekarang segak mengenakan baju-t berjenama Adidas berwarna hitam bercorak emas. Dipadankan dengan seluar trek bersama kasut sukan Nike. Dalam masa macam ni pun aku masih sempat menganalisa apa yang dia pakai. Kiranya mata aku ni hebat lah juga.

Namun tuan empunya badan buatkan aku kembali ke dunia realiti. Sekali lagi aku pandang wajah lelaki tadi. Dia hanya diam pandang aku bersama riak wajah yang susah aku nak tafsir. Aku? Sudah pastinya terkejut.

Dia... Muhammad Aysar Zafran Bin Azham. Ya, dia memang dinding.

Jejaka yang sudah lapan tahun aku tak bertemu. Rindu yang menggebu dalam hati sedikit terubat selepas melihat wajahnya. Ya, selama lapan tahun ini aku masih tunggu dia. Bodoh kan?

"Kau tak mungkir janji." katanya buatkan dahiku berkerut halus. Apa yang aku tak mungkir? Janji apa yang telah dimetrai selama lapan tahun ni?

Zafran senyum. Aku pulak yang cuak. Mana perginya Aysar Zafran yang aku kenal dulu? Yang asyik pandang tanah sampai aku sendiri pun insecure dengan tanah.

"Naura?" panggilnya menyedarkan aku dari lamunan.

"Lama tak nampak kau. Sihat?" Aku angguk. Mengiakan walaupun sebenarnya aku macam nak pengsan bila Zafran tanya aku. Gila! Ni Zafran ka pelanduk dua serupa?

Tiba-tiba sahaja aku tak senang duduk. Dapat aku rasakan mata Zafran kini tertancap pada aku. Tidak selesa. Itu yang aku rasakan.

"Thank you for keep the promise." ujarnya buatkan aku tertanya-tanya sendiri. Janji apa pulak yang aku dah buat ni? Dulu kami mana pernah bersembang. Tiba-tiba pulak aku nak berpinky promise dengan dia.

Aku senyum kekok. Zafran pula tersenyum penuh makna. Dia mengerling jam tangan hitam G-Shocknya. Bibir itu tersenyum lagi.

"Okay, Naura. Terima kasih sangat. Maaf tak boleh nak sembang banyak sebab aku ada hal lepas ni." Aku angguk lagi. Dah macam burung belatuk dah gayanya. Kenapa dia nak berterima kasih dengan aku? Tak faham.

Zafran senyum misteri. Seolah faham dengan gelora yang melanda hatiku saat ini. Aku kelip-kelip pandang dia. Zafran tiba-tiba gelak. Tergeleng-geleng kepala Zafran tika itu.

"Till we meet again, Isyqi." Aku terpanar seketika. Pandang Zafran yang masih megah dengan senyuman nampak gigi dia. Perlahan kaki itu mula bergerak meninggalkan aku terkulat-kulat seorang diri disini. Aku baru tersedar sesuatu.

Nama sebenar aku Naura Isyq.

Tapi dia panggil aku Isyqi.

Isyqi.

Aku tanya mama, apa maksud Isyq?

Mama aku kata, sayang.

Kalau Isyqi?

Kesayanganku. Jem otak.

***

020324

Oops! Această imagine nu respectă Ghidul de Conținut. Pentru a continua publicarea, te rugăm să înlături imaginea sau să încarci o altă imagine.

020324

IsyqiUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum