beautiful dream - 12

28 7 0
                                    

Part 1 : A Beautiful Dream

Part 1 : A Beautiful Dream

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Naura Isyq's

Tangan aku sibuk memunggah buku-buku lama yang tersimpan kemas di dalam storage box. Habis berselerak bilik sebab nak cari satu buku ni ja. Tidak mengapa. Tiada kenikmatan kecuali setelah kepayahan. Heh.

"Mana pulak buku aku ni?" Aku membebel sendiri. Mencari-cari sebuah buku yang agak lama aku tak nampak kewujudan dia. Entah sudah dibuang entah tidak. Harap-harapnya aku tak buang lagi lah. Sebab ada sesuatu dalam buku tu yang aku nak pastikan.

Aku terduduk kepenatan. Tak jumpa lah pula buku tu. Dahi aku dipicit perlahan. Sedang memikirkan kemungkinan buku itu berada dimana. Kalau aku sebagai Naura Isyq yang dulu, dimana agaknya aku akan simpan buku tu?

Penat aku berfikir tiba-tiba bunyi notifikasi telefon aku buatkan aku tersedar kembali ke alam nyata. Aku menarik keluar telefon pintar yang berada di dalam tas tangan aku. Nama yang tertera di atas skrin telefon buatkan dahiku sedikit berkerut.

Unknown Number

Siapa pulak ni? Aku tekan mesej yang berada di lock screen. Automatik telefon aku memaparkan aplikasi WhatsApp.

Hai, ini Naura ke?

Aku angguk mengiakan. Ya, aku Naura. Tetapi jari-jemariku laju menaip di atas papan kekunci menafikan apa yang aku fikirkan tadi. Butang hantar aku tekan.

Tak, kenapa?

Aku tersenyum puas. Walaupun aku berasa sedikit musykil dengan pemilik nombor yang aku tidak kenali tetap juga aku membalas mesej dia. Bunyi notifikasi aku sekali lagi berbunyi menandakan mesej masuk. Dari nombor yang sama.

HAHAHA! You're funny Naura.

Ok, aku dah gelabah. Dia masih ingat dan pasti yang aku ni Naura Isyq. Siapa dia ni? Scammer ke?

Mesej masuk lagi!

By the way, Naura. It's nice to meet you. Get to know me, I'm your prince charming and you are my damsell in distress. Comel!

Serius aku tak faham dia tulis apa. Walaupun begitu, aku rasa pemilik nombor ni dah berjaya tarik perhatian aku. Khusyuk betul aku baca mesej dia.

HAHA. You're funny too Mr Beast. My prince charming is way more better than you.

Bibirku melorek senyum. Aku tahu walaupun sepertinya aku tiada tujuan apa-apa untuk berbalas mesej dengan dia. Entahlah, aku rasa seronok. Jadi aku layankan sahaja. Mesej dari si dia masuk lagi. Sebelum itu aku simpan nombor dia sebagai Mr Beast.

Really? Who is he? Let me see that guy who has already took your heart.

Senyum. Aku terhibur! Siapa pula mamat ni sesat dari corok mana entah. Tiba-tiba datang mengaku yang dia tu prince charming aku. Jangan tanya kenapa aku simpan nombor dia. Sebab aku tak tahu kenapa.

Lagipun, Aysar Zafran is better than him.

Oops! It's already twelve. I need to go back now!

Aku senyum sendiri. Tiba-tiba pula aku rasa mengantuk yang amat.

Oh my Allah! Are you Cinderella?

Senyum lagi. Aku harap dia tidak kesah kalau aku nak tamatkan perbualan kami. Laju aku taip sebelum aku tekan butang hantar.

Yeah, maybe. But this time my prince charming has left me first.

// a beautiful dream //

Bangun pagi gosok gigi cuci muka dah mandi! Aku menggeliat kecil. Terasa sejuk pagi mencucuk-cucuk kulitku yang sedikit terdedah. Aku tarik selimut tebal menutupi hampir seluruh tubuhku. Mata dah macam nak sambung tidur. Nasib baik sekarang ni aku tengah bendera jepun. Rasa macam tak mahu bangun dah!

Ting!

Bunyi notifikasi telefonku menjerit kuat. Aku mengesot ke hujung katil untuk mencapai telefon yang terletak di atas laci night stand. Orang cakap tak elok tengok phone pagi-pagi buta macam ni tapi seorang Naura Isyq mana kesah sangat dengan pendapat orang.

Butang hidup ditekan. Nama Mr Beast naik paling atas. Ruang sembang kami aku tekan.

Start your day with smile :)

Automatik bibirku melebar senyum. Mr Beast ni baca mantera apa sampai buat aku tersengih-sengih macam orang dilamun cinta? Siapa kau sebenarnya? Jari aku laju menari di atas papan kekunci.

You too beast.

Aku tekan butang hantar. Telefon diletakkan ketepi. Aku tergelak kecil. Dari semalam lagi aku test speaking aku dengan dia. Tiba-tiba jadi pro Inggeris. Niat nak sambung tidur tadi terbantut gara-gara Mr Beast ni kacau aku.

Kenapa selalu sangat panggil saya beast? As I said yesterday, I'm your prince charming.

Krik krik aku baca mesej dia. Lantak dekat dia lah Mr Beast. Baik aku pergi keluar makan lagi bagus. Aku seen sahaja mesej dia. Malas nak layan.

Kalau saya ni beast, I must be a handsome beast. MAZ beast. Oh, my dear sweetheart!

***

030324

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

030324

IsyqiWhere stories live. Discover now