beautiful dream - 3

49 9 0
                                    

Part 1 : A Beautiful Dream

Part 1 : A Beautiful Dream

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Naura Isyq's

"Akan aku pastikan kau suka dekat si Zafran tu." kata-kata Alina dua hari yang lalu masih lagi menghantui aku. Tiap kali aku teringat dengan sepotong ayat itu aku akan pandang wajah Zafran. Aku tak pasti kenapa. Kadang aku rasa semua ni macam sumpahan. Kata-kata Alina ibarat satu sumpahan untuk aku terus tengok si pendek tu. Aish, mata jaga pandangan sikit!

Aku pandang Alina yang sedang khusyuk menulis novel di sebuah buku nota. Kalau dia tahu aku asyik tengok Zafran memang sampai malam raya tahun depan lah aku kena bantai dengan dia.

Mungkin perasan ada orang sedang perhatikan dia terus Alina angkat wajah. Bibir gadis itu terus mengukir senyum penuh makna. Alina meluncurkan buku notanya kepadaku. Terlihat tulisan tangan Alina di atas helaian kertas itu. Munkin dia suruh aku baca. Mata aku mula liar membaca tajuk helaian itu.

Ays memang sangat cute.

Aku kerut dahi sebelum aku pandang wajah Alina. Aku tahu Ays merupakan singkatan kepada nama Zafran. Aysar Zafran. Selamba Alina angkat kedua belah kening dia padaku.

"Bacalah." arahnya senada.

Aku juling mata ke atas sebelum kembali menumpukan perhatian pada helaian kertas Alina.

Isyq, Isyq memang sangat cute.
So stop lah being so cute.
Isyq buat Ays hanyut.
Kenapa Isyq cute sangat?
Even bila muka ketat.
Mata budak-budak semua melekat.
Siapa suruh Isyq cute sangat.
Isyq so cute Isyq so fly.
Tengok muka Isyq, Ays lalai.
Qurantine got Ays feeling like,
Ay damn.
Bila boleh Isyq jumpa Ays.

Cr : Cute

Aku kemam bibir. Tiba-tiba aku rasa tangan aku seperti mengidam mahu cekik batang leher orang. Boleh pulak Alina ubah lirik lagu Cute guna nama aku dengan Zafran? Memang nak masuk underground awal ke tu Cik Alina Humaira?

Aku pandang Alina yang sudah menghamburkan tawanya. Seronok betul dia gelakkan aku. Memang nak kena ni!

"Sedap tak lagu tu?" kata Alina yang masih dengan sisa tawanya. Tajam aku pandang Alina macam nak telan dia hidup-hidup. Tapi tak boleh nak marah dia. Sebab? Sebab Naura Isyq binti Nor Aizat adalah seorang yang sabar. Tak boleh marah-marah nanti jatuh saham aku. Lari Zafran tu nanti.

Eh?

"Kisah percintaan Naura Isyq dan Aysar Zafran. Pergh, mesti meletop punya!" Aku jegilkan mataku. Minah ni kalau bercakap kalau boleh nak bagi satu kelas dengan suara dia. Tak pasal-pasal classmate aku yang lain salah faham yang aku ni suka Zafran. Percuma ja kena fitnah. Alina sengih.

"Nanti aku nak buat novel pasal kau dengan dia tau." Alina gelak jahat. Aku senyum dalam diam. Bila Alina pandang aku terus aku buat-buat marah dia. Ya, aku mengaku sebenarnya taktik tak masuk akal Alina berjaya buat aku tertarik dengan Zafran. Walaupun dia pendek, Zafran sebenarnya comel dimataku. Eh, kejap.

Apa yang aku merapu ni?

***

250224

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

250224

IsyqiWhere stories live. Discover now