beautiful dream - 1

144 14 0
                                    

Part 1 : A Beautiful Dream

Part 1 : A Beautiful Dream

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Naura Isyq's

Langkah kakiku semakin perlahan. Aku rasa macam nak patah balik. Aku tak nak ada dekat sini dan kenapa aku perlu berada disini? Aku takut nak masuk kelas. Jumpa kawan baru, cikgu baru, rutin baru, tempat duduk pun baru!

Siapa aku?

Cukuplah korang kenal aku sebagai Naura Isyq.

Naura Isyq binti Nor Aizat.

"Assalamualaikum, kelas. Hari ini kita ada penambahan dua orang pelajar baru. Say hi to them dan tolong jangan cuba untuk buli mereka. Saya tahu hampa semua baik-baik kan?" Suara garau seorang guru yang aku tidak berapa nak ingat sangat nama dia bersuara. Mengalihkan perhatian aku untuk memandang ke dalam kelas dimana kesemua ahlinya sedang merenung aku.

Aku telan liur. Gemuruh semakin terasa. Rasa macam nak berperang tapi bukan.

"Ya, Cikgu Amin!" jawab satu kelas hampir serentak. Oh, Cikgu Amin.

"Naura, Dinie! Mari masuk!" arah Cikgu Amin sambil membuat isyarat mata memanggil kami berdua untuk masuk ke dalam kelas. Kami berdua hanya menurut tanpa bantahan.

Seorang lagi pelajar baru disebelah aku pandang. Dinie Arisya binti Mohd Rais tak silap aku nama dia tadi. Sempat lah jugak berkenalan semasa kami dalam perjalanan ke kelas. Itupun Dinie yang mulakan perbualan. Kalau tak memang mustahil untuk aku kenal dia sekarang.

"Dinie boleh duduk disebelah Asyiqin. Naura, kamu duduk disebelah Irdina." Ya, memang. Memang aku kenal Irdina tu siapa. Namun bebelanku mati saat seorang gadis di penjuru belakang sana sedang memandang aku sambil tangannya melambai ke arah aku.

Aku agak mungkin itu adalah Irdina memandangkan Dinie sudah mengambil tempat disebelah Asyiqin yang Cikgu Amin katakan tadi. Tanpa banyak kata terus aku mula menapak ke arah meja yang bakal melakar beribu sejarah disekolah ini. Harapnya begitu lah.

"Hi!" sapa seorang gadis saat aku baru sahaja melabuhkan duduk. Wajah comel yang berkaca mata itu menjadi tatapan mataku. Aku menghadiahkan senyum sebelum turut membalas sapaannya.

"Nama kau apa?" soalnya laju. Aku tak sempat lagi nak bernafas. Laju betul diri ini digasak dengan soalan asas itu.

"Naura Isyq." Dalam hati aku sudah mula mengira detik yang aku bakal ditanya soalan yang sama tiap kali aku maklumkan tentang nama penuhku.

Tiga.

Dua.

Satu...

"Ish? Isy? Isyq? Apa tu? Kenapa pelik sangat nama kau? Tengok nama aku, Diyya Irdina. Senang ingat dan senang sebut. Bla... bla... bla..." Dan aku tak tahu apa yang dia bebelkan seterusnya. Sebab semuanya aku dah tak dengar sebab aku dah malas nak dengar! Sempat pulak dia kutuk nama aku.

Ke mana sahaja aku pergi pasti soalan yang sama mereka akan ajukan.

Isyq? Apa tu?

Apa? Ulang semula nama awak tadi.

Apa maksud Isyq?

Jangan tanya aku apa maksud dia. Sebab aku sendiri rasa nama tu terlalu pelik bagi aku sehingga aku sendiri malas nak tanya apa maksud sebenar nama aku yang begitu unik itu.

Lamunan aku terhenti saat ada seseorang tarik kerusi lalu melabuhkan duduk dihadapan aku. Terus wajahnya aku pandang laju. Dia tinggi juga berkaca mata sama macam Irdina. Gadis itu turut sama memandang aku bersama seulas senyuman terukir di bibir.

"Hi, nama kau apa?" soalnya.

Aku turut tersenyum. "Naura Isyq. Kau?"

"Aku Alina. Nur Alina Humaira."

Alina Humaira. Gadis berkaca mata itu raut wajahnya sentiasa serius namun saat bibir itu mula tersenyum wajahnya tampak manis dimataku. Tanpa aku sedar sebenarnya perjalanan aku yang panjang ini akan sering ditemani oleh dia. Ditemani Nur Alina Humaira.

Dia juga bakal melakar suatu kisah.

Kisah pahit manis perjalanan seorang gadis biasa.

Kisah apa?

Kisah yang aku namakannya Isyqi.

It is a dream, a reality or just an untold beginning?

***

140224

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

140224

IsyqiWhere stories live. Discover now