beautiful dream - 2

64 10 0
                                    

Part 1 : A Beautiful Dream

Part 1 : A Beautiful Dream

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Naura Isyq's

Aku mengetap bibir menahan geram. Jelingan tajam dihadiahkan khas untuk gadis berkaca mata dihadapan aku saat ini. Naik turun dadaku menahan amarah yang semakin membuak-buak di dalam dada. Nafas ditarik panjang. Cuba untuk bertenang sebelum suara Alina kembali merentap ketenangan aku.

"Kau dengan Zafran sesuai berdua. Sama-sama pendek!" kata Alina lagi.

Aku mendecit geram. Sudah dua minggu aku cuba menyesuaikan diri dengan rutin baharu disekolah ini. Namun saat diri ini mula rapat dengan Nur Alina Humaira terus aku rasa mahu hempuk kepala Alina dekat dinding. Geramnya!

Boleh pulak dia ship aku dengan budak lelaki entah siapa-siapa dalam kelas aku tu. Apa nama dia tadi? Aku lupa.

"Naura Isyq tercipta untuk Aysar Zafran. Korang ni sweet la berdua. Dah la dua-dua pendek. Alololo... Comelnya..." sakat Alina. Terus aku juling mata ke atas. Malas nak melayan perangai senget Alina. Aku baru ingat nama budak lelaki itu Muhammad Aysar Zafran. Nama sedap tapi sayang, pendek.

Eh, sedar sikit kau pun sama Naura Isyq!

"Kau takde kerja lain ke?" soalku pasrah. Penat lah juga asyik nama Zafran sahaja yang aku dengar setiap hari. Bukan aku tak tahu. Sebenarnya Alina telah merangka satu novel tentang aku dan Zafran walaupun aku langsung tiada perasaan terhadap lelaki itu.

Pelik-pelik lah Alina Humaira ni.

"Takdak." Selamba Alina menjawab.

"Kenapa kau ship aku dengan Zafran?" soalku.

"Kenapa aku ship kau dengan Zafran?" soal Alina buatkan fokusku kembali kepada gadis itu. Spontan keningku terangkat tinggi memberi respon akan kata-kata Alina tadi. Kenapa? Kenapa ship aku dengan dia?

Alina berdeham beberapa kali. Gadis itu tersengih senget berupa kambing memandang aku. Terus aku juling mata ke atas dan dia terus tergelak melihat reaksi aku. Tak habis-habis.

Zafran! Zafran! Zafran!

"Dengar eh." Sekali lagi Alina membetulkan tekaknya. Kertas yang berada di tangan diangkat tinggi hingga separas mata. Sekali lagi wajah aku dipandang bersama senyuman misteri. Aku tongkat kepala. Layankan sahaja perangai senget kawanku itu.

"Sebab aku pernah ship Laila dengan seorang lelaki dalam kelas aku masa darjah 6. Tiba-tiba dia suka. Aku ship sorang lagi kawan aku. Eh, tersuka jugak. Jadi, aku nak cuba taktik ni dekat kau. Menjadi ke tak eh?" kata Alina panjang lebar.

Hampir ternganga mulutku mendengar penerangan merepek dari Alina tadi. Suka hati makcik dia nak cuba taktik merapu dia tu dekat aku. Dah la tak logik ada pulak ship aku dengan si Muhammad Aysar Zafran itu! Huh!

"Amacam? Hebat tak taktik aku tu?" soal Alina. Mata aku tajam merenung wajah Alina yang sudah mengekek ketawa dengan reaksi aku. Aku mendengus geram. Sedikit bersyukur kerana kata-kata Alina tidaklah kuat mana. Kalau kuat mahu Zafran yang berada dihadapan sana turut tersedak dengan kenyataan dari Alina. Tak pasal-pasal aku kena fitnah suka mamat pendek tu!

Aku membuang pandang ke arah Zafran yang berada di dalam kelompok rakan sekelas lelaki yang lain. Wajahnya bersih dari sebarang jerawat. Mungkin sahaja kerana kami baru sahaja tingkatan satu. Masih mentah remaja.

Elok mataku berlabuh di meja bahagian hadapan Zafran turut sama memandang ke arah aku. Laju aku telan liur. Terus aku kembali memandang Alina. Wajah yang terasa berbahang aku tutup dengan buku teks Matematik.

Tidak dapat dinafikan sebenarnya rupa paras seorang Aysar Zafran memang sempurna pada pandangan mata aku. Tidak juga aku nafikan bahawa Alina yang seringkali ship kami berdua buatkan aku mahu terus menatap seraut wajah lembut itu dan aku tak dapat nak nafi lagi saat jantungku laju berdegup saat mata ini merenung wajah Zafran.

Gilakah aku?

"Kau dah kenapa, Naura?" soal Alina buatkan aku terus membatu. Ah, taguna.

"Kau diam." balasku sebelum memandang ke arah lain. Liur ditelan lagi.

Kenapa aku perlu rasa perasaan ini?

***

160224

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

160224

IsyqiWhere stories live. Discover now