beautiful dream - 10

29 8 0
                                    

Part 1 : A Beautiful Dream

Part 1 : A Beautiful Dream

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Naura Isyq's

Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya.

Rambang mata aku lihat pelbagai jenis novel melayu karya dari pelbagai novelis popular. Jangan tanya macam mana aku boleh minat novel. Ini semua kerana aku termakan hasutan Nur Alina Humaira. Sekarang ini aku pun turut sama terjebak. Cis!

Aku pegang novel dari novelis yang aku minat. Tarik keluar lagi satu buah. Tarik keluar lagi satu. Dalam masa yang sama ada satu tangan yang turut memegang novel yang sama.

Aku angkat wajah untuk pandang figura lelaki itu. Aku tergamam. Lelaki itu turut sama tergamam. Kenal sangat aku dengan lelaki ni. Dia inilah crush Alina yang diberi nama samaran koi itu.

Muhammad Hafiy Iskandar.

"Naura kan?"

"Hafiy."

Kami tertawa bersama. Hafi Iskandar yang berada dihadapan aku kini turut sama meminati novel. Kami berbual untuk seketika. Bercerita tentang itu dan ini sehingga hampir 15 minit lamanya.

"Hafiy." Suara asing yang tidaklah asing sangat bagi aku buatkan perbualan aku dan Hafiy terhenti seketika. Suara itu datangnya dari belakang aku. Terus aku menoleh ke arah punca suara.

"Alina?!" jeritku bernada terkejut. Tidak sangka boleh terjumpa Hafiy dan Alina serentak di tempat yang sama. Alina turut sama memandang aku. Kejap, Alina dan Hafiy? Hafiy dan Alina? Aku pandang mereka berdua silih berganti. Musykil.

Mereka berdua yang melihat aku seperti detektif tidak berbayar hanya tersenyum misteri. Alina pandang Hafiy. Mungkin menyuruh lelaki itu menjawab soalan yang berlegar di dalam otakku.

"Kami dah bertunang." Aku menekup mulut sebelum perlahan aku mula mengukir senyum. Tidak sangka mereka berdua ada jodoh.

Aku merapati Alina sebelum berbisik, "Macam mana dengan secret admire tu?" Alina terus tampar lengan aku kuat. Aku menghamburkan ketawa. Alina meletakkan jari telunjuknya di bibir sambil mata dikenyitkan padaku. Aku pula buat gaya zip mulut. Tahu itu hanyalah rahsia antara kami. Hehe.

Hafiy yang melihat hanya membuat muka hairan. Ah, lantak kaulah Hafiy! Ini adalah hal wanita yang kau tidak perlu untuk masuk campur.

"Jomlah minum-minum." ajak Alina sambil menarik-narik lenganku. Hafi menggeleng melihat tingkah kami. Wajahnya diraup sebelum tangan diseluk ke dalam kocek seluar. Memerhatikan dua gadis yang nampaknya seperti terlupa yang dia wujud disini.

Aku mengerling jam di tangan kiriku. Pukul 12:32 tengah hari. Bolehlah nak minum-minum basahkan tekak. Sambil-sambil itu aku nak cerita macam-macam dekat Alina sebab aku dah lama tak jumpa dia. Terus aku angguk setuju.

// a beautiful dream //

"Tak couple sangat. End up break juga. Tak guna pun sweet bergula depan kita. Healing juga akhirnya." cerita Alina sambil mengacau air teh ais limau menggunakan straw di tangan. Kepala Alina tergeleng-geleng. Aku yang dengar ni tidak tahu nak balas apa. Kesian la pulak dekat Dini dengan Haikal. Aku tumpang simpati.

"Kesiannya diorang tu." kataku perlahan. Alina terus pandang aku tajam.

"Tak payah nak kesian sangat. Habis ja SPM diorang dah tak berhubung sesama diorang. Terkejut aku ada satu masa tu aku terjumpa depa sekali. Tengah pegang-pegang tangan. Lah, dah kahwin rupanya?" cerita Alina lagi. Terkejut aku. Dini dengan Haikal dah kahwin rupanya. Aku tumpang gembira pula. Haha!

"Bila diorang kahwin?" soalku tertanya-tanya.

"Tak tahu. Tak silap aku tahun lepas. Kaulah! Nak travel sangat tempat yang jauh-jauh. Kan dah tak tahu apa yang jadi dekat sini." bidas Alina cukup-cukup. Aku hanya tersenyum. Aku bukannya sengaja nak pergi bercuti jauh-jauh. Dah tempat memang dah lama aku teringin nak pergi. Sekali pergi aku tak balik dah. Haha!

"Eh, bersyukur sikit eh? Aku balik Malaysia juga tau?" balasku kembali tak nak kalah. Walaupun aku tahu tak ada kena mengena pun.

Hafiy tiada dengan kami. Dia lepak di popular tengah memilih novel untuk dia dan Alina. Mungkin dia juga tidak mahu ganggu kemi berjejak kasih. Jadi lelaki itu memberi kami privasi.

"Macam mana ya kau dengan Hafiy bertunang? Dalam diam ubi berisi eh?" Aku gelak. Sengaja sakat Alina. Nampak dia senyum malu aku pun tersenyum sekali. Mesti menarik kisah Hafiy dan Alina. Yang aku tahu wajib sepertu hindustan!

"Adalah. Tak payah nak sibuk." jawab Alina masih dengan senyum malunya. Aku yang tengok ni rasa sepak orang.

"Mesti masa kisah Rahul dengan Anjali kan?" kataku fokus kepada kisah Kuch Kuch Hota Hai. Alina yang suka Hafiy. Hafiy suka orang lain dan kahwin dengan orang lain. Dapat anak, bini mati. Hasrat si mati nak tengok Hafiy dan Alina bersatu dengan bantuan si anak. Si anak menyertai satu kem, terjumpa dengan Alina. Misi si anak nak satukan bapaknya dengan Alina. Kemudian...

"Kepala hotak kau! Jangan merepek. Hafiy tak kahwin lagi eh." marah Alina. Aku buat muka tak tahu. Kesah pula aku. Haha!

"Aku nak jemput kau datang majlis kahwin aku nanti. 25 April ni." Alina suakan sekeping kad kepada aku. Kad itu aku sambut laju.

Hafiy Iskandar & Alina Humaira

Aku senyum. "InshaAllah aku datang."

"Datang eh. Kalau kau tak datang aku tak nak kahwin!" kata Alina berbaur amaran. Aku sengih.

"Kau bila lagi?" soal Alina. Aku terus terdiam seribu bahasa. Kedua belah bahuku diangkat tanda tidak tahu.

"Kau tunggu Zafran lagi ka?"

Dum!

***

020324

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

020324

IsyqiWhere stories live. Discover now