beautiful dream - 13

26 7 0
                                    

Part 1 : A Beautiful Dream

Part 1 : A Beautiful Dream

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Naura Isyq's

Hari ini hari cuti. Tambahan pula aku bendera jepun. This is the best day ever! Hari ini aku yang punya. Aku memilih untuk pergi membeli kemudian pergi kedai sebelah. Aku nak rehatkan minda. Aku nak pergi situ aku nak pergi sini. Macam-macam tempat aku nak pergi. Tapi aku tak tahu aku nak pergi mana.

Punyalah tak sedar aku bawa kereta hingga melintasi Jambatan Pulau Pinang. Jauh betul. Tapi tak apalah. Seronok lah juga kiri kanan penuh laut. Best!

Aku menghentikan kereta aku di salah sebuah tempat dekat belah pulau ni. For you guys information aku tidaklah arif sangat tempat-tempat disini. Apa yang aku tahu depan aku sekarang ni ada KFC dan yang pastinya aku akan bersarapan disini. Aku memilih untuk pandu lalu sahaja tapi boleh pulak ada kon merah menghalang kereta aku untuk pergi pandu lalu. Akhirnya aku memilih untuk turun.

Selesai memakir kereta aku bergerak menghampiri pintu masuk KFC sambil mulut menyanyikan lagu Enchanted dari Taylor Swift.

"Naura!" Langkahku automatik terhenti serta-merta. Mendengar namaku dipanggil membuatkan kepalaku secara refleks menoleh ke arah punca. Terus mataku membuntang gara-gara terkejut.

He's the one that I love to love everyday.

"Zafran?" soalku terkejut. Lelaki itu hanya senyum melihat aku.

"Kau buat apa dekat sini?" soal Zafran sambil menyeluk tangannya ke dalam kocek seluar. Bibirnya masih megah dengan senyuman nampak gigi dia. Senyuman trademark.

"Makan." jawabku sepatah. Tiba-tiba perutku bergendang kuat minta diisi. Terus wajahku berubah. Malu. Aku pandang Zafran yang lebih tinggi dariku. Nampak dia senyum sambil memandang ke arah perutku. Perlahan anak matanya naik memandang aku pula. Aku tersenyum kekok.

"Marilah. Saya belanja." Auto tercekik tulang ayam. Aku pandang Zafran yang masih tersenyum. Aku kelip-kelip pandang dia. Tidak percaya.

"Jom." ajaknya lagi. Dia sudah berlalu masuk ke dalam KFC. Aku memandang belakang badan Zafran. Bibirku mencebik sedikit. Entahlah aku rasa sedih.

Benarkah aku Isyqinya?

// a beautiful dream //

Sepi. Diam antara kami. Masing-masing menjamah makanan dihadapan mata tanpa sepatah bicara. Aku kerling sekilas Zafran yang berada dihadapan aku. Macam tidak percaya yang dia kini berada dihadapan mata aku sedang makan semeja dengan aku. Aku harap sangat ni bukan mimpi. Kalau mimpi aku tak nak bangun. Tolonglah!

"Kenapa kau pandang aku macam tu?" soal Zafran buatkan aku kembali tunduk memandang Hash Brown yang baru sahaja aku jamah tak sampai separuh.

Kenapa Zafran? Salah ke? Aku cuma nak cakap yang aku rindu kau gila-gila. Suka hati aku lah aku nak tengok kau. Mata aku bukan mata kau. Muka kau terlalu kacak untuk aku yang biasa-biasa ni. Kau adalah ciptaan tuhan yang paling indah dalam hidup aku. Kau...

"Naura?" panggil Zafran buatkan aku terkedu kejap.

Aku termalu sendiri. Itulah pandang anak teruna orang macam nak telan. Aku sambung makan. Malu lah pula dengan dia. Andai aku boleh ghaib dah lama aku buat. Aku boleh makan dengan tenang tanpa Zafran. Sebab bila ada dia aku tak rasa yang jantung aku ni boleh duduk diam.

"Kau rindu aku kan? Cakap jalah. Aku bukannya nak marah." Aku tersedak. Tebakkan Zafran mengena tapi aku hanya diam. Memang tak la aku nak mengaku.

"Your eyes tell me everything." katanya lagi. Terus aku pandang Zafran tajam. Sebelah keningku terangkat tinggi.

"Serius? Yakin betul yang saya ni rindu awak. Jangan perasan!" balasku sekadar provokasi fikiran Zafran. Nak mengaku? Jangan harap!

"Well, aku memang selalu yakin." balas Zafran perlahan. Hampir berbisik.

"Dan hati aku yakin lagi kuat mengatakan bahawa hati kita sama-sama rindu walaupun kita tak ada apa-apa hubungan pun dulu." kata Zafran lagi buatkan wajahku naik suhu. Tanpa aku sedar Zafran sebenarnya sedang meluah perasaannya terhadap aku.

Hati kita sama-sama rindu.

"Dah tu kau nak suruh aku buat apa? Terhegeh-hegeh dekat kau macam tu?" cabarku. Wajahku pun ikut sekali terjebak dengan keyakinan Muhammad Aysar Zafran.

"Kau tak perlu buat apa-apa pun. Kau kena tunggu untuk aku ikat kau." Dapat aku rasakan suasana disekitar kami berubah menjadi lebih hangat. Hangat dengan panahan mata Zafran terhadap aku.

"Ikat? Ikat dekat mana? Tiang atau batang pokok?" soalku kembali sekadar melayan. Hati aku dah jadi makin tak betul sebab Zafran jadi soft spoken. Aku tak kuat.

"Bukan. Dua-dua salah." Zafran gigit sedikit Hash Brown miliknya. Aku senyum nipis sebelum kedua belah tanganku menongkat dagu.

"Habistu dekat mana?" Jantungku semakin berdebar.

"Aku akan ikat kau dengan ikatan yang sah Isyqi."

***

030324

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

030324

IsyqiWhere stories live. Discover now