(🩸)BAB - 9

5K 320 22
                                    

ZAQUAN berlari anak untuk mendapatkan Hanim. Tidak mengambil masa, sekelip mata tubuh lampainya tiba di hadapan gadis tersebut.

Terkejut Hanim dengan tangan yang mengurut dada. "Dr, nasib saya tak ada sakit jantung." Mahu tidak pucat apabila langkahnya tiba-tiba disekat seperti itu.

Nak diherdik, tetapi pensyarah sendiri. Karang ada yang dapat rendah dalam markah test nanti.

Kening yang tidak gatal digaru kekok. Sedar tindakannya telah meneranjatkan gadis itu. Tapi, dia juga sedang tergesa-gesa. Demi mendapatkan secebis maklumat mengenai Manis.

Sudah masuk hari ketiga, rekod kedatangan Manis masih kosong ketika waktu kelasnya.

Kini Zaquan benar-benar ingin tahu ke mana Manis menghilang. Dengan harapan Hanim dapat memberi jawapan yang diingini.

"Sorry, buat awak terkejut." Ujar Zaquan lembut.

"Tak apa, Dr."

"Erm, awak nak balik dah ke, Hanim?"

Hanim mengangguk. "Ya, Dr. Ada apa-apa saya boleh tolong ke?"

"Kalau awak tak rushing, boleh saya tanya sikit pasal Manis?"

"Ouh. Boleh, Dr."

Senyum Zaquan terbit. Lega hati apabila gadis di hadapannya ini dapat memberikan kerjasama.

"Dah masuk tiga hari Manis tak datang. Boleh saya tahu sebabnya? Mesej yang saya hantar pun tak berbalas. Malah, tak dibaca langsung. Saya bimbang kalau pihak pengurusan akan hantar surat amaran kepada Manis nanti." Soalan yang membelenggu fikiran terus diajukan tanpa selindung. Biar hatinya tenang menemui jawapan yang dinanti-nanti.

Bibir Hanim menarik senyum yang kelat. Sejujurnya, dia tiada jawapan untuk itu. Sudah tiga hari juga, dia tidak dapat menghubungi Manis. Mesej juga tidak bersahut. Memang hatinya bimbang. Oleh itu, semalam dia mengambil keputusan untuk ke tempat kediaman sahabatnya itu. Tetapi, tiada yang membuka pagar. Sebaliknya, pengawal peribadi yang bertugas di mansion mewah tersebut memberitahu bahawa Manis dan Idlan tiada di rumah. Untuk beberapa hari.

"Hanim?" Panggil Zaquan apabila gadis itu diam menunduk.

"Saya pun tak tahu, Dr. Mesej dan call saya pun tak berbalas. Semalam bila saya pergi ke rumah Manis, pengawal yang jaga bagitahu yang Manis dan abang dia tak ada di rumah untuk beberapa hari." Suara Hanim berubah sayu. Mengenangkan keadaan Manis sekarang ini. Hilang tanpa berita.

Zaquan simpan keluhan. Tangannya diselukkan pada kocek seluar. "Tak apa, Hanim. Mungkin Manis ada di kawasan luar talian." Pujuk Zaquan setelah melihat wajah mendung di hadapannya itu.

Jikalau sahabat baik sendiri juga tidak dapat memberi jawapan, ke mana lagi harus Zaquan merantau untuk mengesan Manis.

Tuhan...

Jantung sejak kebelakangan ini berdebar tidak menentu. Wajah ayu yang sering pucat itu melintasi kotak fikiran. Demi menenangkan gelora yang sedang membadai jiwa, Zaquan mengambil pilihan yang selanjutnya.

"Hanim..."

"Ya, Dr?"

"Boleh saya dapatkan alamat Manis?"



















(🩸🩸🩸)








DARI sebalik tirai, Manis melihat Zaquan yang sedang berdiri tegak di hadapan pagar. Dua orang pengawal peribadi menghampiri jejaka itu namun Zaquan kukuh tidak berganjak.

𝐌𝐚𝐧𝐢𝐬 : 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐢𝐫 𝐌𝐚𝐭𝐚Where stories live. Discover now