(🩸)BAB - 4

8K 375 59
                                    

"KAK MANIS!"

Seorang kanak-kanak lelaki berlari laju menerpa ke arah Manis yang sedang melambai ceria kepadanya.

Sampai sahaja di hadapan gadis itu, terus tangan kecilnya melilit badan Manis. Erat. Melepaskan rindu yang bersarang di hati setelah hampir sebulan tidak bersua muka.

Manis merendahkan badan. Membalas pelukan dari si comel itu. Bibir tidak lekang dengan senyuman. Mesra dan gembira.

"Ammar sayang, rindu akak tak?" Rambut hitam Ammar digosok lembut.

"Rindu!" Petah Ammar menjawab dengan kepala yang turut mengangguk.

Manis melepaskan tawa yang merdu. Girang hatinya melihat keceriaan Ammar. Seolah-olah segala kesakitan dan kepahitan yang dirasakan diterbang pergi melihat senyuman anak kecil berusia 8 tahun itu.

"Tapi kenapa Kak Manis dah lama tak datang? Kak Manis tak rindu Ammar ya?" Mata bulat yang comel itu memandang sayu ke dalam anak mata Manis. Menyampaikan rasa sedih yang ditanggung.

"Mestilah akak rindu. Akak rindu sangat dekat Ammar. Maaf ya akak dah lama tak datang? Ammar maafkan akak tak?" Pipi Ammar yang comot dengan kesan kotoran berwarna hitam dikesat dengan lembut. Menghapuskan cela yang mencacatkan wajah comel Ammar.

Ammar mengangguk. Sekali lagi, leher Manis dipeluk. "Ammar sayang Kak Manis!"

"Ya. Akak pun sayangkan Ammar. Jom, masuk. Ibu ada dekat dalam ya?"

"Ada. Jom!" Tangan kecil itu pantas memaut tangan Manis. Menggenggam erat seolah tidak mahu dilepaskan lagi.

"Ibu pun rindu Kak Manis tau." Mulut kecil itu ringan berceloteh. Petah berkata-kata.

"Iya ke? Mana Ammar tahu?" Usik Manis sambil menunduk pada si comel yang lincah itu.

Ammar juga mendongak. Tersengih lebar hingga menampakkan barisan giginya kepada Manis.

"Ammar tahulah. Ammar kan pandai. Kak Manis dan ibu selalu kata Ammar pandai."

"Ya Allah, budak ni! Geram betul!" Manis cubit perlahan pipi cengkung Ammar. Langsung si kecil itu mengekek ketawa kerana suka diperlakukan begitu oleh orang yang disayanginya.

Mereka tiba di hadapan sebuah rumah kecil yang usang dan hampir reput diratah anai-anai.

Ammar melepaskan tangan Manis dan terus berlari ke dalam ruang rumah tersebut. Suara kecilnya nyaring memanggil sang ibu.

"Ibu! Kak Manis datang!"

Manis sekadar tersenyum kecil. Meskipun, kawasan ari-arinya dicucuk dengan rasa sakit yang mencengkam. Kesan dari perlakuan kasar Idlan kepadanya pada malam tadi. Malah, ketika Manis membersihkan diri, terdapat secalit darah yang keluar dari bahagian intimnya. Namun, Manis gagahkan diri. Demi dua insan istimewa yang sedang dikunjungi olehnya ini.

Sakit yang mencucuk itu dihiraukan. Manis koyak senyuman yang cantik buat seorang wanita berusia 50-an yang menghampirinya dengan berkerusi roda yang ditolak oleh Ammar dari arah belakang.

"Assalamualaikum, ibu." Tegur Manis lalu melangkah masuk mendekati Puan Aziah.

Wanita itu jelas gembira. Huluran salam dari Manis disambut mesra. Gadis itu ditarik ke dalam pelukannya. Sungguh rindu.

"Waalaikumussalam, Manis. Ya Allah, rindunya ibu dekat kamu."

"Manis pun rindu ibu dengan Ammar. Maaf Manis baru sempat melawat ibu." Manis bersimpuh di hadapan kerusi roda Puan Aziah.

Kasih Manis jatuh melimpah ruah kepada wanita itu meskipun bukan ibu kandungnya sendiri. Satu-satunya tempat untuk Manis merasakan kasih sayang sebagai sebuah keluarga. Menikmati belaian seorang ibu yang sudah lama tidak dirasai.

𝐌𝐚𝐧𝐢𝐬 : 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐢𝐫 𝐌𝐚𝐭𝐚Where stories live. Discover now