(🩸)BAB - 6

8.4K 338 36
                                    

"KAU NAK BAWA ADIK AKU KE MANA?"

Bahu Zaquan ternaik. Badan dikalih pada arah suara yang tiba-tiba muncul dari belakangnya. Terus raut wajah Zaquan berubah. Dingin dan tegang seperti riak dari Idlan.

"Aku nak bawa dia ke klinik." Ujar Zaquan bersama suara tegas dan dalam.

"Tak perlu. Aku akan bawa dia balik." Idlan turut serius. Sekilas matanya melirik pada Manis yang dibaringkan pada kerusi tempat duduk penumpang. Manis masih tidak sedarkan diri.

"Kau tak nampak yang adik kau dah kritikal? Abang jenis apa kau ni?" Sindir Zaquan. Lelaki dingin seperti Idlan ini tidak boleh berbual secara baik.

Tercabar dengan sindiran itu, kolar kemeja Zaquan dicekak. "Kau bukan sesiapa untuk tentukan aku abang jenis apa. Dia adik aku. Bawah tanggungan aku. Dia sakit atau tidak, itu urusan kami berdua. Kau sebagai orang luar, jangan masuk campur!" Ugut Idlan. Tajam pandangannya menikam anak mata Zaquan.

Namun, reaksi Zaquan juga tegang. Beradu mata dengan wajah yang tiada perasaan. Genggaman Idlan dilepaskan dengan kasar. Sehingga tidak lagi mencekak kolar kemejanya.

"Aku pensyarah dia. Selagi dia di dalam kawasan universiti, dia masih di bawah tanggungjawab aku. Aku tak perlukan izin dari kau untuk bawa dia ke klinik. Alasan yang aku ada jauh lebih kukuh dari status kau sebagai seorang abang!"

Hati Idlan semakin membara. Menjulang dengan api yang tinggi marak.

Lalu, tumbukannya dilepaskan pada rahang kanan Zaquan. Amaran disampaikan.

Tapi, Zaquan juga gagah membalas tumbukan itu. Bersama seni pertahanan diri yang sebati di dalam jiwa, Zaquan cekap melayangkan satu lagi tumbukan yang menyasarkan pipi Idlan. Tangkas Idlan mengelak dan turut mempraktikkan seni silat yang setanding dengan Zaquan.

"Kau jangan berani dekat dengan adik aku lagi!" Abdomen Zaquan menjadi sasaran. Darah dimuntahkan oleh Zaquan. Keringat membasahi dahi.

"Sebagai pensyarah, aku ada hak untuk rapat dengan Manis! Dia pelajar aku!" Jerkah Zaquan.

Pergelutan antara dua lelaki itu semakin tegang. Sehingga menarik perhatian beberapa pelajar yang lalu lalang di kawasan parkir kereta tersebut.

Rata-rata mereka terus mendapatkan Idlan dan Zaquan sekaligus meleraikan perbalahan yang kian melarat itu.

"Doktor Zaquan!" Hanim yang turut berada di situ bergegas ke tempat kejadian. Gadis itu menekup mulut melihat wajah Idlan dan Zaquan yang bermandikan darah dan keringat.

"Lepaskan aku!" Idlan meronta dari pegangan dua pelajar lelaki yang bergelut menahan tubuhnya.

Beberapa kali cubaan, akhirnya pegangan itu terlepas. Idlan hampir mara semula ke arah Zaquan. Namun, suara serak Manis menghalang tindakannya.

Semua yang berada di situ mengalihkan pandangan kepada Manis yang sudah sedar dengan wajah yang semakin pucat seperti tidak berdarah.

Hanim berlari kepada Manis. "Manis!"

"Kau tak apa-apa ke?" Telapak tangan Hanim dilekapkan pada dahi Manis. Panas. Manis demam!

Manis mengalihkan tangan Hanim dengan lemah. Gadis itu mengangguk perlahan.

Mata ditancapkan ke arah Idlan dan Zaquan. Ketika mata Manis bertembung dengan pandangan redup Zaquan, ada segaris senyuman yang diberikan.

"Awak okay Manis? Ada sakit dekat mana-mana ke?" Raut wajah Zaquan mengendur. Tidak setegang tadi. Ada terpalit riak lega saat Manis sudah kembali mencelikkan mata.

Perlahan-lahan Manis jatuhkan kepala. "Saya okay---"

"Balik!" Idlan memintas suara Manis dan terus menarik paksa pergelangan tangan gadis itu dengan kasar.

𝐌𝐚𝐧𝐢𝐬 : 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐢𝐫 𝐌𝐚𝐭𝐚Where stories live. Discover now