(🩸)BAB - 1

10.1K 384 64
                                    

IDLAN angkat tubuh. Meregangkan otot yang lenguh setelah hampir lima jam beradu tenaga bersama Manis di atas ranjang milik adik perempuannya itu.

Sayup-sayup tangisan Manis menerjah gegendang telinga. Namun, Idlan buat tidak endah sahaja.

Seluar disarung ke kaki dan tali pinggang dibelit kemas. T-shirt hitam disangkut pada bahu.

Sekilas anak mata hazel itu melirik pada Manis yang sedang teresak menangis sambil memeluk erat lututnya.

Wajah yang tunduk rapat itu menghalang pandangan Idlan. Lalu, dia mengambil tempat pada birai katil. Bantal serta selimut yang bergelimpangan di atas lantai menerbitkan senyuman sinis Idlan.

Rambut panjang Manis dijambak ke dalam genggamannya lalu ditarik ke atas sehingga kepala Manis terangkat mendongak kepadanya.

"Pergi mandi. Sediakan makan malam untuk abang. Faham?" Arahan tegas itu dibisik tepat di hadapan bibir pucat Manis.

Lemah Manis menjatuhkan kepala. Namun, seketika pipinya langsung ditampar.

"Voice, sayang. Dah penat mendesah ke sampai tak boleh bercakap lagi?"

Jarak antara wajah mereka didekatkan. Dahi Idlan bertemu dengan dahi Manis. Terasa hangat nafas Idlan yang menampar wajah basah Manis.

"Manis...faham..."

"Good girl. Satu lagi, jangan lupa makan pil tu. Abang dah beli yang baru."

"Baik..." Manis pejam mata ketika bibirnya dikucup ganas oleh abangnya itu.

Pinggangnya dicengkam dan diramas oleh tangan kekar Idlan. Sambil kepala lelaki itu bergerak ke kiri dan kanan, sambil itu juga lidah Idlan menyusur menyedut saliva Manis.

Manis tiada upaya. Jantung tidak dapat mengepam darah ke seluruh tubuh membuatkan nafasnya hampir berkurangan.

Sehingga lima minit berlalu, kucupan ganas Idlan akhirnya perlahan-lahan berhenti. Meninggalkan luka pada belahan bibir pucat Manis.

Sebaik sahaja tangan Idlan tidak lagi memeluk pinggangnya, Manis langsung rebah ke atas tilam dengan mulut yang ditekup rapat untuk memperlahankan esakannya.

Idlan berdiri. Menguak rambut tebalnya ke belakang. Tanpa memandang pada Manis, dia terus meninggalkan ruangan di dalam bilik itu bersama pintu yang ditutup rapat.

Akhirnya tangisan Manis pecah semahunya. Bangkit bersandar pada kepala katil.

Mengusap lembut pada bahagian tubuh yang sudah tidak sempurna lagi. Lebam ungu serta bekas gigitan ditinggalkan pada segenap sudut tubuhnya. Kesan noda yang berpunca dari abangnya sendiri.

Abang yang diharapkan sebagai tempat berlindung.

Abang yang diharapkan sebagai tempat untuk berteduh kasih setelah ayah dan ibu pergi meninggalkan mereka.

Abang yang sebenarnya adalah iblis yang bertopengkan manusia.

Pagar yang diharap, pagar itu juga yang memakan padi.











(🩸🩸🩸)



TEPUKAN lembut pada lengan menyentakkan Manis dari lamunan.

Kepala dikalih pada arah tepukan itu datang. Senyuman kecil diberi kepada rakan sekelasnya, Hanim.

"Kau okay ke, Nis? Kenapa makin pucat muka kau ni?" Tegur Hanim lalu membelek wajah Manis dengan riak risau yang bertandang.

𝐌𝐚𝐧𝐢𝐬 : 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐢𝐫 𝐌𝐚𝐭𝐚जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें