(🩸)BAB - 8

7.9K 389 88
                                    

DENTINGAN notifikasi yang masuk mematikan lamunan Manis. Tangan mengesat sisa air mata yang masih mengalir mencemari wajah pucatnya.

Tubuh yang lelah digagahkan juga untuk bangun. Tangan mencapai telefon bimbit yang tidak henti berdenting sedari tadi lalu mesej yang dihantar oleh Hanim itu dibaca dengan senyuman yang tawar.

(+)
Cinter, kau tak datang ke? Aku tunggu kau ni. Ada banyak food truck tau dekat karnival ni.

Jari halus Manis menaip papan kekunci tersebut satu per satu.

(-)
Sorry, Hanim. Aku tak dapat datang.

Ting!

Tidak sampai seminit, mesejnya dibalas laju oleh Hanim.

(+)
Kenapa Manis? Kau tak sihat ke? Kalau macam tu aku pergi rumah kau la eh? Kau nak makanan apa? Nanti aku tapau then kita makan sekali.

Setitis air mata Manis mengalir. Aku tak mahu apa-apa, Hanim...aku cuma mahukan kebebasan...

(-)
Tak apa, cinter. Aku ada urusan sikit. Nanti kau datang, aku tak ada. Kau makan je dulu okay?

(+)
Hmm, ye lah. Janji tau, lusa kita datang karnival ni lagi dan kau kena ada!

(-)
Ya, cinter. InshaAllah, aku teman kau lusa nanti.

Tanpa menunggu balasan dari Hanim, telefon itu terus dimatikan. Bersama lutut yang dipeluk erat, tangisan Manis terlepas semahunya.

Hukuman yang dijatuhkan oleh Idlan sungguh tidak dapat ditanggung oleh Manis lagi. Dada Manis ibarat dipukul dengan ombak ganas yang menyesakkan pernafasannya.

Ingin sekali kaki itu melangkah jauh meninggalkan kamar noda ini namun terkunci dengan kawalan Idlan yang begitu rapi. Sehingga hatinya mula terdetik untuk meragut nyawanya sendiri. Untuk apa dia hidup lagi jika segala-galanya sudah direntap oleh Idlan? Tiada satu pun tersisa.

Akhirnya, Manis hanyut di dalam kedukaan yang digalas. Namun, selang beberapa detik, susuk tubuh Idlan mula melangkah masuk bersama pakaian pejabat yang sudah lengkap tersarung pada tubuh tegap itu. Dan di bibir lelaki itu terdapat seputung rokok yang dikepit. Serta di tangannya terdapat satu tali leher yang turut dibawa.

Bunyi pintu bilik yang ditutup menerjah gegendang telinga Manis. Saat wajah diangkat, mata yang dihiasi lebam berwarna ungu kehitaman itu bertembung dengan mata tajam Idlan. Segera Manis merapatkan badan ke arah kepala katil dengan rangsangan yang menghantar perasaan takut dan gerun ke seluruh pembuluh darah gadis itu.

Bau asap rokok menyengat hidung. Idlan meliarkan mata ke arah sekeliling bilik. Pakaian Manis bertaburan di sekitar katil. Malah, keadaan bilik itu juga seakan baru sudah dilanda badai. Barang yang bertaburan, ada juga hiasan pasu bunga yang berkecai serta terdapat kesan darah milik Manis yang terpercik sehingga mencemari permaidani putih yang menjadi alas lantai.

Kemudian, kaki panjang itu menghampiri almari lalu sehelai kain batik dicapai dan beralih mendekati Manis seraya membuang putung rokok ke dalam bekas yang tersedia.

Ketika Idlan menghulurkan kain batik tersebut, Manis memalingkan wajah dengan mata yang rapat terpejam bersama esakan kecil yang kedengaran. Difikir bahawa Idlan akan bertindak memukulnya lagi. Ternyata refleksi Manis membuatkan Idlan mengeluh berat.

𝐌𝐚𝐧𝐢𝐬 : 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐢𝐫 𝐌𝐚𝐭𝐚Where stories live. Discover now