(🩸)BAB - 3

9.4K 364 63
                                    

"ABANG!"

Idlan yang sedang berbaring di atas sofa terus tersentak dengan terjahan Manis di tepi telinganya.

"Alahai, budak ni. Abang nak tidurlah, Manis." Bantal sofa ditekup pada muka Manis sebelum Idlan kembali memejamkan mata yang terasa berat untuk dicelikkan.

Manis merengek. Bantal sofa itu kembali dihenyak pada wajah tampan abangnya.

"Abang, bangunlah...jomlah teman Manis pergi kedai."

"Abang mengantuklah." Bantal yang dihenyak pada wajahnya diambil dan dipeluk erat pada dada.

Nikmatnya dapat tidur!

"Alaaa, abang ni! Ibu kata kalau nak pergi kedai, kena bawak abang sekali." Lengan Idlan digoncang. Berkali-kali sehingga Idlan akhirnya mencelikkan mata kembali.

"Manis nak beli apa?" Tanyanya dengan mata yang kabur memandang pada wajah comel adik perempuannya itu.

Dengan mata bulat yang beralis lentik, jujur Manis dikatakan begitu cantik meskipun baru menginjak 12 tahun.

"Nak beli aiskrim!" Kali ini, Manis menjerit teruja.

"Mana boleh makan aiskrim selalu."

"Manis beli satu je...please, abang..." Terkedip-kedip mata bulat Manis. Comel!

Idlan menarik geram hidung kecil Manis. "Kau ni kan...saja je nak kacau abang kan? Kan? Kan?"

Manis tarik sengih yang lebar. "Hehehe."

Belum sempat dia melarikan diri, Idlan terus menerpa dan menggeletek pinggangnya tanpa henti sehingga Manis terkekek ketawa dengan badan yang menggelinjang menahan geli.

"Abang geli!"

"Rasakan! Budak nakal!"

Puan Laila yang mendengar gelak tawa anak-anaknya menjengah ke ruang tamu dengan senyuman di wajah.

"Haih, boleh dok bergelak pulak ya dua beradik ni? Kan ibu dah pesan suruh beli barang?"

Manis dan Idlan menoleh serentak pada Puan Laila yang sedang mencekak pinggang dengan sudip di tangan.

"Ibu tak pesan pun dekat Lan?"

Puan Laila menjuihkan muncung mulut ke arah Manis. "Tu ha, ibu pesan dekat budak kecik tu."

"Budak ni! Tak cakap pun yang ibu pesan barang. Boleh pulak cakap nak aiskrim je." Idlan terus bangkit untuk mengejar namun Manis lebih tangkas bersembunyi di belakang Puan Laila.

"Ibu, tengok abang ni!"

"Nakal!" Idlan terus mengejar dan Manis langsung berlari. Mereka berkejaran sambil berpusing pada ruang tamu tersebut.

"Sorrylah abang! Peace no war!"

"Banyaklah kau punya peace!"

Puan Laila mampu menggeleng kepala sahaja. Setiap hari pasti ada sketsa antara dua beradik ini. Seorang kuat mengusik dan seorang lagi rajin melayan.

𝐌𝐚𝐧𝐢𝐬 : 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐢𝐫 𝐌𝐚𝐭𝐚Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin