bab 18

27 4 0
                                    

"Mana satu private airplane kau Ace? Nampak semua sama je..." Prince mencari satu per satu kapal terbang milik Ace yang terletak di lapangan yang besar itu.

Joker menojol kepala Prince.

"Aduh!" Prince mengusap dahinya yang baru dilahap oleh jari Joker.

"Kau ni lembab ke apa? Kau tak nampak ke lambang AU tu?" Joker menuding ke arah kapal terbang yang berwarna hitam emas yang sedikit tersorok di belakang kapal terbang yang lain.

AU Business Holding. Siapa sahaja yang tidak kenal? Salah satu syarikat pemegang saham paling banyak dan business besar-besaran yang terpaling laris dari dalam dan luar negara. Sebelum Amzar Holding ditubuhkan, banyak kesepakatan yang syarikat AU dan syarikat Amzar lakukan sehingga syarikat Amzar kian maju. Ayah Zayn, iaitu CEO ZA Holding pun lakukan kesepakatan dengan AU Business Holding. Katanya banyak untungnya. Hinggakan Joker sudah muak dengar nama AU Business Holding ini. Lagi-lagi bila sudah tahu siapa CEO AU Business Holding. Hanya orang tertentu sahaja yang tahu muka CEO AU Business Holding ini. Dari khabar angin ada yang mengatakan untuk menjaga keselamatan syarikat sendiri.

"Ha, itulah Prince. Makan semut lagi..." Wolf yang berada dibelakang Prince hanya menggeleng kepala.

"Jom masuk." Kata Alpha. Ringkas.

Mereka semua hanya mengangguk. Kemudian bergerak membawa beg masing-masing ke dalam kapal terbang.

"So, semua dah masuk?" Ace memeriksa setiap ahlinya. Selepas itu, dia berbual bersama dengan juruterbang akan destinasi mereka.

"Dah-.."

"Wait!" Jerit seorang gadis.

Mereka semua berpaling melihat gadis yang sedang tercungap-cungap naik ke dalam kapal terbang.

"Eh itu bukan ke cik manis semalam?" Bisik Joker.

"Kan? Kenapa dia naik sekali? Tapi cik manis ni cantik gila Joker. Kau taknak try ke?" Tanya Prince.

"Ha! Bisik apa tu?! Mengutuk saya lah tu! Tahu la saya cantik pun. Tak serik lagi kena marah semalam?" Qassandra bercekak pinggang.

"Eh! Kambing pakai skirt lagi cantik lah daripada kau. Perasan!" Kata Prince. Sinis.

Joker memandang Prince pelik. Tadi dia yang kata perempuan tu cantik kan? Qassandra mengetap bibir. Beraninya bandingkan dirinya dengan kambing?!

"Ey mulut kau-..."

"Enough." Tegas Ace.

Kesemua mereka hanya diam. Tiada yang berani untuk bercakap. Ace mengeluh
seketika.

"She's our member. Sebenarnya sebelum korang semua ada Qassandra dah bekerja lama dan dengan aku. So kira dia orang lama lah. Korang orang baru bagi dia." Jelas Ace.

"So...... Qasannadra?" Wolf menggaru kepala. Berbelit lidah pulak nak sebut nama.

"Qassandra. Double s single n. Just call
me Qas or nama samaran, Lily."

Wolf mengangguk tanda faham.

"Nice to know you. Aku Zayn, nama samaran Joker. Sorry pasal semalam..." Joker memperkenalkan dirinya.

"It's okay. Benda lepas..."

"Aku Danny, nama samaran Alpha."

"Hai! Saya Syazwan, nama samaran Wolf."

Qassandra memandang ke arah Prince. Dia sahaja yang tidak memperkenalkan diri. Joker menyiku Prince. Menyuruhnya untuk perkenalkan diri.

"Robert, nama samaran Prince." Ringkas. Prince terus melihat ipad nya dan menyumbat airpod ke dalam telinga.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 10 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Ma Darling Sweetheart's : Arayyan Uqashah ✓Where stories live. Discover now