bab 12

166 4 0
                                    

Splash!

"Uhuk! Uhuk! Hey! Kau buat apa hah?!"

Amelia tersentak akibat air yang sejuk itu mengenai mukanya. Badannya menggeletar kesejukan.

"Ingat ke mati dah? Itu yang aku bagi kau air sikit." Kata lelaki itu selamba.

Amelia menjeling lelaki itu tajam.

"Memang dah nak mati pun, makanan pun tak bagi baik aku mati je dari mati kelaparan." Balas Amelia.

"Kau tak kesah diri kau mati?" Tanya lelaki itu.

"Buat apa aku kesah? Hidup mati ditangan Allah, kau tu cuma manusia tak ada hak nak tentukan hidup mati seseorang." Bidas Amelia. Tajam.

Lelaki itu hanya diam. Tidak membalas kata-kata Amelia sebentar tadi. Amelia menjeling melihatnya sekilas, kemudian memandang ke bawah.

"Mulut kau boleh tahan juga eh?"

"Kau baru tahu? Ke sedar diri buat dosa?" Amelia tersenyum sinis.

Lelaki itu menggepal tangannya. Dia memegang pipi Amelia dengan kuat sehingga Amelia mengaduh kesakitan.

"Sakitlah!" Amelia meronta supaya pegangan lelaki itu dilepaskan.

"Kau diam."

Amelia berhenti meronta selepas melihat lelaki itu mengeluarkan pisau dari poket seluarnya. Lelaki itu perlahan-lahan membawa pisau itu di hadapan muka Amelia. Amelia tercengang. Hanya berdoa di dalam hati agar Allah menjaganya.

"Kau nak muka cantik kau ini kena robek?" Tanya lelaki itu. Sinis.

Amelia hanya diam. Tidak mampu berkata apa-apa. Lelaki itu berjalan mendekati salah satu meja di hujung dinding bilik itu. Dia mengambil makanan yang dibungkus itu ke arah Amelia. Dia kemudian membuka ikatan tangan Amelia.

"Kau makan tu, duduk diam-diam. Aku ada hal nak settle kejap. Nanti aku datang balik. Kau jangan buat kerja bodoh masa aku takde." Kata lelaki itu dihadapan Amelia. Dia melihat Amelia yang hanya diam tidak berkata itu.

"Kau faham tak?" Tanya lelaki itu tegas.

"Faham...." Balas Amelia lemah.

Lelaki itu mengangguk tanda puas hati mendengar Amelia menjawab pertanyaannya.

"Nama..."

"Apa?"

"Nama kau siapa? Takkan aku nak beraku-kau sampai aku mati. Kau tahu nama aku, aku pun kena tahu nama kau." Amelia mendongak melihat lelaki itu. Langsung tidak gentar.

Lelaki itu memicit dahinya. Penat melayan karenah Amelia. Menyusahkan orang sahaja tetapi lelaki itu hanya melayan.

"Kau panggil aku Hael."

"Hael..." Tutur Amelia perlahan.

Hael dapat mendengar Amelia menuturkan namanya walaupun hanya seperti bisikan. Hael hanya mengangguk.

"Kau makan jangan tak makan." Hael berjalan keluar dari bilik itu tanpa menoleh ke Amelia.

Amelia ketawa sendirian. Biarlah kalau orang kata dia gila atau tidak. Dalam bilik ini pun dah rasa memang tak waras.

"Hael? Like a 'Hell'...." Amelia masih lagi tersisa ketawanya.

°°°

"Woy, kau tengah on the way ke?" Tanya Ameer melalui telefonnya.

"Ya, aku tengah drive ni." Arayyan menekan minyak keretanya untuk melajukan lagi pergerakan kereta.

Ma Darling Sweetheart's : Arayyan Uqashah ✓Where stories live. Discover now