bab 13

129 4 1
                                    

Arayyan mengelak dari serangan Hael. Dia mengundur ke belakang dan berada dalam keadaan sedia. Hael mencengkam kemas pisau yang dipegangnya.

"Sudah?" Tanya Arayyan. Sinis.

Hael mengetap bibir. Amarahnya membuak kepada lelaki di hadapanya ini.

"Kalau kau sudah, aku nak start pulak.." Arayyan mengeluarkan pisaunya dari poket seluarnya.

"Kau memang sial!" Hael dengan tangkas menyerang Arayyan. Dia melukakan sedikit muka kacak milik Arayyan. Darah pekat ligat mengalir.

Arayyan berundur. Dia menyapu bekas darah di mukanya itu. Arayyan menatapnya tajam.

"Kau memang tak penat kan? menyusahkan orang?"

Arayyan melakukan serangan kepada lelaki itu. Dia berlawan pisau dengan Hael sehingga dapat didengari olehnya yang Hael sudah kepenatan. Arayyan mengambil peluang untuk menyerang Hael. Badan Hael rebah oleh kerana ditikam oleh Arayyan.

"You deserve this."

Arayyan meludah kepadanya.

Arayyan tidak membuang masa. Dia segera memasuki bilik yang diduduki oleh Amelia. Arayyan menguakkan pintu besi itu. Dia melihat Amelia terbaring kelemahan. Arayyan segera berlari ke arahnya.

"Hey! Amelia? Hey, sweetie I'm here.... Amore Mio I'm here! So please wake up!" Amelia tidak menunjukkan sebarang respon. Arayyan mulai gelisah.

Dia memapah Amelia untuk keluar dari bangunan itu.

"Kau takkan dapat lari."

Arayyan segera menoleh. Hael masih lagi boleh berdiri. Dia menutupi bekas tikamannya dengan tangan.

"Aku dah pasang bom di setiap bangunan ni. Kau takkan dapat lari." Hael tersenyum sinis.

Arayyan tersentak. Bagaimana dia tidak boleh perasan akan keberadaan bom di bangunan ini? Dia perasan akan butang yang dipegang oleh lelaki itu.

"See you in hell." Kata Hael sinis.

"Just go there yourself."

Arayyan memandang wajah Amelia yang pucat itu. Dia mendekatkan mulutnya ke arah telinga Amelia. Dia membisikkan sesuatu walaupun dia pasti Amelia tidak mendengarinya.

"Always remember I love you so much, Amore Mio. Until death do us apart, I will love you more than anything you can imagine."

Tanpa membuang masa Hael menekan butang merah di tangannya itu.

"No!"

Bom!

°°°

"Argh.." Amelia mengerang kesakitan. Penglihatannya kabur. Dia menggosok matanya perlahan.

"Are you okay, Amore Mio?"

Amelia menoleh. Dia tergamam.

"A-arayyan..." Terketar-ketar suara Amelia menyebut nama Arayyan. Arayyan yang terluka di badan dan kepalanya membuatkan Amelia tergamam.

Arayyan melihat tangannya. Dia menyentuh kepalanya yang terasa berdenyut itu.

"Argh..."

"Awak okay?!" Amelia cuba untuk bangun tetapi kakinya berasa longlai. Dia melihat kakinya kehairanan.

"Don't get up." Arayyan menguatkan dirinya untuk berdiri.

Ma Darling Sweetheart's : Arayyan Uqashah ✓Where stories live. Discover now