bab 4

258 3 0
                                    

Amelia menjenguk bondanya, Puan Azreena yang sedang memasak di dapur. Dia bukan tidak mahu menolong bonda cuma kalau dia masuk pun nanti kena halau dengan bonda sebab kacau dia tengah menghayati setiap masakannya. Amelia mendekati Puan Azreena, dia mencuit bahu bondanya.

"Hm ? Lia nak apa ? Jangan kacau bonda nak masak ni. Lia duduk dekat meja makan elok elok." Puan Azreena sambung mengacau tempoyak ikan paten yang hampir siap dimasak.

See ? Orang lain panggil anak dara suruh tolong masak tapi bonda suruh anak dara duduk diam diam dekat meja tunggu makanan sampai. Amelia memuncungkan mulutnya.

"Ish bonda ni, Lia nak cakap something ni. Dengarlah kejap bonda" Amelia memegang lengan baju Puan Azreena yang sedang mengaul tempoyak ikan paten.

"Astaghfirullah, Lia. Ini bonda dah nak siap, nanti masa kita makan petang kita borak okay ? Kejap je nak siap dah ni. Lia pergi panggil abang Am turun, bonda nak hidangkan makanan." Puan Azreena menutup api tanda tempoyaknya sudah siap. Dia mengambil mangkuk dan mengisi mangkuk dengan tempoyak ikan paten dan lauk pauk yang lain.

Amelia mengeluh seketika.

"Yelah, yelah." Amelia berjalan menuju ke bilik abang 'kesayangan' (sangat) dan membuka pintu biliknya.

"Astaga ! Haish kau ni ! Main terjah masuk je bilik aku, bukan nak bagi salam dulu." Ammar membuka headphone dan menghadap ke arah adiknya. Dia mematikan PC nya yang sedang menyala.

"Haa....kantoi laa abang Am main game, kata buat kerja. Tak baik tau menipu, hidup tak berkat. Nanti mati awal baru tau..." Amelia menuding ke arah PC kesayangan abangnya yang baru sahaja ditutup.

"Aku dah buat dah tadi. Dah siap kerja main lah. Kau doa lah macam tu, jadi betul baru tahu kau sayang dekat abang Am kau ni. Haa, ini kenapa ? Datang masuk dengan tak bersalam ada hal ke ?" Ammar menyoal kedatangan Amelia ke biliknya.

"Panggil makan lah abangku, nanti lapar merengek dekat bonda pulak takde makanan." Amelia buat tak endah dengan jawapan abangnya tadi, mengada lebih. Dia menutup pintu bilik Ammar semula dan mengorak langkah untuk ke meja makan.

"Eh, tunggu lah !" Ammar menjerit dari biliknya.

"Ish, cepatlah !" Amelia menuruni anak tangga satu per satu.

"Astaghfirullahalazim, orang suruh panggil makan diorang bertekak dekat atas tu pula..." Puan Azreena sudah siap menghidang makanan di atas meja. Menu makan petang harini nampak sedap dan seimbang di mata Puan Azreena, dia berharap anaknya berpuas hati dengan masakannya.

Selepas Amelia dan Ammar turun, mereka menjamu selera bersama sama.

"Ha, Lia nak borak apa dengan bonda tadi. Alang alang bonda free sekarang ni." Puan Azreena bertanya dengan nada tertanya tanya.

Amelia sedikit tersentak. Aduh, depan Ammar pula bonda mention pun. Dia tidak mahu melengahkan Puan Azreena, terpaksalah jawab soalannya walaupun Ammar ada bersama.

"Emm....boleh tak 2.30 petang nanti Lia nak keluar ?"

"Dengan siapa ?"

Alamak, ni soalan paling aku gerun untuk jawab. Amelia teragak agak untuk menjawab. Tanpa disedarinya, Ammar tolong menjawab untuknya.

"Dengan Shah kan ?" Bidas Ammar.

Amelia menjeling Ammar dengan jelingan yang paling tajam. Tak tanya dia pun, dia yang menyampuk.

"Shah ?" Puan Azreena menyoal.

"Bonda, tu-..."

"Boyfriend dia ni." Ammar menyampuk.

Ma Darling Sweetheart's : Arayyan Uqashah ✓Where stories live. Discover now