Bab 1.7

53 15 20
                                    

"Ok aku faham but apa kaitan dengan aku?" Faizal bersuara setelah menyedari bahawa cerita yang disampaikan Azira seolah tiada kaitan dengannya.

"Ni lah aku nak cerita ni. Sebenarnya..."

____________________

"Sebenarnya cerita pasal Ikhwan mengadu kat pengetua ni hanya beberapa pihak je yang tahu tapi ada yang bocorkan." ujar Azira.

"Korang tak tahu lagi ke siapa yang bocorkan maklumat ni?" soal Danielle yang mula tertarik dengan gosip kali ini.

Buat pengetahuan anak-anak sekalian, Azira ni berpangkat timbalan ketua pembimbing rakan sebaya dan Danielle pula ketua pengawas pusat sumber dan juga top student subjek sains komputer.

Walaupun diorang ni macam orang b*doh tapi hakikat nya memang b*doh. Eh macam pelik je.

"Haah. Selama sebulan ni, aku dengan Cikgu Nizam lah yang cari bukti sebab kalau nak tunggu polis memang hampeh. Esok baru Cikgu Nizam pergi hospital nak tengok tablet yang kitorang jumpa tu bekas pil apa." jawab Azira panjang lebar.

"Asal tak pergi farmasi je?" Danielle menyoal lagi.

"Mana lah aku tau. Cikgu Nizam yang handle." jawab Azira sambil menjongketkan bahunya.

"Hmm... secara ringkasnya, pihak kau tak jumpa bukti yang cukup lagi lah?" soal Danielle.

"Ok dah siap." Faizal yang baru masuk ke biliknya kini mukanya sudah muncul di skrin telefon.

"Ye, kali ni pihak pengawas memang berkeras untuk cari bukti kenakalan si Aryan ni." Azira bersuara penuh pasrah.

"Lah, kenapa bukan pihak pengawas yang buat kerja semua ni?" Danielle menyoal.

"Haah, lagipun kau tak takut ke share maklumat rahsia kat kitorang. Aku yang pengawas ni pun tak tahu pasal hal ni." belum sempat Azira menjawab soalan Danielle, Faizal langsung melontarkan soalan.

"Hal ni hanya pihak tertentu je yang uruskan lagipun buat apa aku nak rahsiakan daripada korang? Pihak pengawas pulak jadi mata-mata pembimbing rakan sebaya." Faizal menjawab soalan kedua-dua pertanyaan daripada Faizal dan Danielle sekali gus.

"Apa maksud kau yang pengawas jadi 'mata-mata' PRS?" Danielle menyoal sambil membetulkan kaca mata segi empatnya.

"Adalah beberapa pengawas yang ditugaskan untuk perhatikan Aryan and the gang supaya kalau dia nampak mencurigakan, bolehlah kantoikan." jawab Azira.

"Hmm... kalau pihak pembimbing rakan sebaya nak guna khidmat aku untuk cari bukti digital, cakap je kat aku. Tapi mesti ada reward lah." ujar Danielle.

"Nanti aku bincang dengan Cikgu Nizam." Azira membalas ringkas.

Hanya bunyi kipas angin saja kedengaran, mereka bertiga hanya diam sambil melakukan aktiviti masing-masing. Setelah hampir 5 minit hanya suara angin yang berlagu, Faizal pun bersuara.

"Ok tapi sampai sekarang aku still tak faham, apa yang ada kaitan dengan aku?" soal Faizal yang sedari tadi diam.

"Oh ye, aku lupa nak cakap. Faizal aku rasa kau kena hati-hati lepas ni." ujar Azira dengan nada serius di akhir kata.

"Kenapa? Aku ada buat apa-apa ke?" soal Faizal kebingungan.

"Hasil siasatan pihak pengawas mengatakan yang kau ialah mangsa Aryan yang seterusnya dan yang terakhir." Azira menjawab dengan penuh serius. Kini tiada lagi aura untuk bermain-main.

02 | ILUSI (ON GOING)Where stories live. Discover now