Bab 1.5

50 20 10
                                    

Sakit tak tertanggung dirasakan lalu Faizal membuka matanya seluas yang mungkin dan mengharapkan bahawa itu hanya ilusinya semata.

"Faizal kamu okey ke? Cikgu, pelajar ni..."

____________________

"Jauhkan diri kau dari aku!" Faizal berundur ke kepala katil dalam keadaan menggigil. Tangan menutup telinganya sambil duduk dalam posisi mencangkung.

Tiada yang dia dapat dengar selain...

"Balas dendam itu adalah matlamat mu. Jangan kau lupa apa yang mereka pernah lakukan."

"Tak, aku tak boleh. Aku TAK NAK!" sebelah tangan masih menutup telinga namun yang sebelah pula memukul-mukul kepalanya sekuat tenaga.

"Ingat, sebelum kau mati... mereka semua harus mati."

"Hisk... aku takkan buat benda tu lagi!" esakan kecil terdengar diawal kata. Sekali lagi... air mata jatuh.

"Tolong lah jangan ganggu aku LAGIII!" Faizal merayu pada suara yang berlegar dikepalanya.

"Hei, Faizal kamu ok tak ni? Kamu kenapa ni?" suara seorang lelaki mula kedengaran.

"Aku kat mana?" soal Faizal kepada murid berseragam ungu itu. Riak mukanya berubah drastik. Awalnya riak ketakutan kini datar. Langsung lesap getaran di ucapannya.

"Kita sekarang ada kat bilik kaunseling." jawab pembimbing rakan sebaya itu dengar muka kehairanan yang cuba ditutup.

Faizal langsung merenung mata remaja berseragam ungu itu dan remaja itu juga reflek cuba melarikan mata dari memandang anak mata Faizal tapi terlambat.

Mata mereka telah bertemu dan bagai dipukau dia terdiam beberapa saat lalu dia kembali seperti semula.

Apa yang terjadi?

.
.
.
.
.

"Perlahan-lahan, kalau tak larat kita berhenti sekejap." ujar Cikgu Nizam sambil memapah Faizal untuk berjalan menuju ke keretanya.

"Eh tak pe cikgu. Boleh je ni." balas Faizal dengan senyuman tipis di bibir.

'Hadui, degil lah cikgu ni. Aku cakap tak nak pun dia paksa juga.' bisik hati Faizal.

Flashback

Kringgg, Kringgg, Kringgg.

Bunyi deringan loceng yang bergema dikawasan sekolah kedengaran dan ia menandakan bahawa waktu persekolahan pada hari itu telah pun tamat.

Faizal yang dalam keadaan baru dibelasah beberapa jam yang lalu sudah tentu sukar baginya untuk bergerak apalagi berjalan.

'Haih, kenapalah diorang tak letak beg aku dekat sikit'

Faizal yang tadinya duduk di sofa itu cuba berjalan perlahan untuk mencapai beg galasnya yang berada di meja tepi pintu masuk bilik kaunseling.

Belum sempat tangannya menyentuh beg itu, daun pintu terbuka dan muncul pula Cikgu Nizam.

"Eh, Faizal kenapa ni?" soal Cikgu Nizam sambil memandang Faizal atas-bawah.

"Loceng dah bunyi cikgu jadi sebagai seorang murid, saya sepatutnya balik ke rumah sekiranya tiada kelas tambahan atau aktiviti disekolah lagi kan?" Faizal menjawab dengan soalan yang disebut santai tapi menyindir dalam diam.

"Ye cikgu tau kamu sepatutnya balik sekarang tapi memandangkan keadaan kamu yang sekarang ni, cikgu kena bawa kamu ke klinik dulu untuk periksa keadaan kamu." ujar Cikgu Nizam sambil membantu Faizal untuk duduk di sofa semula.

02 | ILUSI (ON GOING)Where stories live. Discover now