🌷 LJY ¦ Wax Doll

Start from the beginning
                                    

Langkah diatur keliling rumah itu pula. Hinggalah sampai di suatu bilik. Pintunya terbuka luas membuatkan Hana serta merta terhenti di situ. Tercengang Hana lihat isi bilik itu. Bilik seni Juyeon. Dipenuhi dengan mural yang sungguh indah. Ada juga lukisan di kanvas yang masih belum sempurna. Lukisan majlis tari menari di sebuah istana. Hanya gambar perempuan di dalam gambar itu sahaja yang sudah diwarnakan. Gaun merah darah sambil menari dengan... putera?

Tidak cukup dengan itu, Hana tertarik dengan suatu pameran kabinet bertulis 'Wax Doll'. Arca patung lilin kepala daripada leher hingga bahagian hidup sahaja

"Ehem!" Juyeon berderhem di belakang. Laju Hana menoleh

"Awak kerja apa?" Soal Hana

"Artist. Saya orang seni" Jawab Juyeon dengan senyuman bangga

"Masuklah kalau awak nak. Polis dah sampai dekat rumah awak. Diorang tak benarkan sesiapa masuk dalam kawasan rumah awak sekarang. Saya dah beri segala keterangan" Ujar Juyeon

Sudah diberikan keizinan, maka Hana pun menjejakkan kaki ke dalam. Setiap seni di dalam ruang itu dilihat dengan teliti juga merasa kagum. Juyeon di sebelah memberi penerangan setiap karya yang dihasilkannya

"Patung lilin ni pun, awak yang buat?" Juyeon mengangguk

"Cuma hobi masa lapang. Tak selalu. Tapi bila datang, saya buat" Jawab Juyeon

Hana mengangguk kecil. Melihat dengan teliti setiap patung lilin itu. Seperti yang dilihat tadi, sekadar bahagian hidung hingga leher sahaja yang dihasilnya. Dan setiap patung itu dilabel dengan nama nama wanita

"Perempuan?"

"Yep. Makhluk tercantik di dunia"

"Nama ni?" Soal Hana curiga. Juyeon sekadar tersenyum

"Hasil agung ni, takkan tak ada nama? Saya sengaja letak nama dekat setiap patung ni. Benda bernilai, kena ada nama. Kena jaga elok elok, kan?" Juyeon menjawab

Hana mengangguk kecil

"Saya keluar kejap. Nak tengok keadaan rumah awak" Juyeon melangkah keluar meninggalkan Hana

Hana masih terpegun melihat patung lilin itu. Terlihat sungguh realistik. Senyuman di bibir patung tersebut. Dan semestinya ruang itu didominasikan dengan bau lilin yang amat kuat

"Lilin..." Gumamnya perlahan setelah teringat sesuatu

Susuk yang sering dirasainya menenung dia setiap malam. Figura itu... ada bau lilin dan darah yang kuat. Dan sentuhan kasar figura itu hanya menyentuh hidung dan bibirnya sahaja

Mula rasa tidak sedap hati. Hana tidak mahu menuduh. Tapi kalau sudah begini, siapa sahaja tidak curiga?

Baru sahaja Hana hendak meninggalkan bilik tersebut, Juyeon sudah terlebih dahulu menyeka laluan

"Kenapa Hana? Kenapa awak nampak nervous ni? Anything happened?" Soal Juyeon risau

"O-oh ah... saya ada urusan"

"Urusan? Lah... saya baru nak tunjuk sesuatu dekat awak" Juyeon cebik sedih

"Tunjuk apa?"

Soalan itu buat Juyeon terpaku seketika. Hujung bibir lelaki itu menggeletar kecil dek menahan senyuman. Mata hitam Juyeon memandang ke arah Hana. Lain... Sungguh lain pandangan itu

"Nak tengok tak saya buat patung lilin? Saya dah dapat ilham baru"

▼▼▼

Juyeon mengeluh kecil. Ruang bilik seni itu bergema dengan muzik klasik kesukaannya

"Siap pun" Gumamnya bangga dengan hasil patung lilin baharu. Hampir seharian lelaki itu terperap di dalam ruang seninya. Juyeon bangkit daripada duduk. Membawa patung lilin baharu itu dan diletakkan pada rak. Patung itu terus dilabel nama

' Hana '

Puas dengan hasilnya, Juyeon mengusap lembut hidung dan mulut mangsa kelapan itu

"Tak sia sia aku sewa rumah tu dekat kau, sayang..."

Tawa jahat dihambur perlahan. Juyeon langsung mengambil plastik sampah hitam yang berat dan di bawa keluar. Seraya mencapai papan tanda 'For Rent - Women only' yang tersorok di belakang pintu dan di bawa keluar

Sampah itu diletakkan sahaja di rumah Hana sebelum mengantung papan tanda itu pada pagar rumah

"Next victims..."

▲▲▲

🍁; RINDU NAK TULISSSS

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


🍁; RINDU NAK TULISSSS

𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ On viuen les histories. Descobreix ara