🌷 CCH ¦ Phone Call

78 15 2
                                    

Choi Chanhee;
Readers as Lee Jihyun;

Choi Chanhee;Readers as Lee Jihyun;

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

▼▼▼

"Chanhee ah mwohae?"

Kepala Chanhee diketuk perlahan menggunakan segulung kertas

Lelaki itu masih tenang. Menjeling Jihyun sebelum kembali bermain video game menerusi telefonnya

Mereka kini sedang rehat setelah tamat sesi pertama kelas tambahan

Chanhee dan Jihyun adalah pasangan musuh. Suka mengusik satu sama lain dan amat benci akan satu sama lain

"Lee Jihyun. Aku tak kacau kau harini, jangan nak kacau aku" Ujar Chanhee memberi amaran. Jihyun tergelak kecil

"Sejak bila kau main game ni? Kau bukan ke tak reti buat satu benda pun?"

"Shuhhh!" Cantas Chanhee menjeling Jihyun sebelum sambung dengan permainannya

Changmin, Juyeon dan Kevin berkerumun dengan Chanhee. Bermain game sama sama. Sesiapa yang kalah, perlu membayar kos makanan bila mereka keluar lepak esok

"Lelaki. Suka sangat buat macam tu. Tak faham aku" Rungut kawan Jihyun menggeleng kepala setelah menceritakan kenapa Chanhee tiba tiba fokus dengan gamenya

Jihyun tersenyum kecil. Tiba tiba muncul satu idea yang jahat

"Itu game racing ke diorang tengah main?" Nara mengangguk

"Hehehe..."

"Kau mesti ada idea jahat nak sakat Chanhee, kan?" Teka Nara setelah melihat senyuman nakal gadis itu

"Of course" Jawabnya lalu mengeluarkan telefon

Aplikasi telefon ditekan. Mendail nombor telefon Chanhee

Dengan harapan, game Chanhee terkeluar apabila dia menelefon Chanhee dan menyebabkan lelaki itu kalah

"Jangan dho! Cuba buat hari ni tenang sikit? Penat siot nak tengok korang dua gaduh hari hari!" Pesan Nara

"Nope!" Ujarnya lantas menelefon nombor Chanhee tadi

Mengambil beberapa saat untuk buat kepala Chanhee terangkat

"SETAN MANA YANG CALL AKU NI?!" Jerit lelaki itu

"LEE JIHYUN!" Sambung Chanhee setelah melihat nombor pemanggil

"Omo? Aku lupa nak tukar nombor private!"

"WEY KAU MEMANG NAK MAMPUS KE? AKU DAH CAKAP JANGAN KACAU AKU EN?" Daripada duduk, Chanhee bangkit daripada kerusi

"Chanhee ah... sabar sabar"

Rakan rakannya sudah ternganga melihat seketul Choi Chanhee yang sedang mengamuk. Jihyun pula sudah ketawa

Pantas dia bangkit dan berlari keluar daripada kelas. Lari menyelamatkan nyawa

"HAHAHAHA! REST IN PEACE TO YOUR BANK ACCOUNT!"

Chanhee berjalan keluar kelas. Sempat mencapai sebatang penyapu bersama. Sejejak sahaja di luar kelas, langkah laju dipasang mengejar Jihyun

"WEY AKU TAK GUNA WEAPON PUN! MANA ACI!"

"MAMPUS KAU!"

"SEONGSAENIMM!! TENGOK DIAAA!!"

▲▲▲

▲▲▲

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Where stories live. Discover now