🌷 LJH ¦ Chaser

124 15 8
                                    

Lee Jaehyun;
Readers as Yoon Soojin;

Lee Jaehyun;Readers as Yoon Soojin;

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

▼▼▼

"Yoon Soojin!!!"

Laju langkah seribu diatur mengejar susuk yang lengkap berpakaian hitam sedang melarikan diri di hadapan

Sesekali dia menoleh ke belakang. Mahu mengetahui jarak antara mereka. Apabila matanya bertembung dengan wajah marah Hyunjae, makin berdebar jantungnya berdetak

"J-janganlah kejarr!!! Huaaa eommaaa!!" Disebabkan langit sedang malam dan jalan yang dia sedang lalui tiada sumber cahaya, Soojin tidak sedar ada sebatang kayu di tengah jalan

Tak semena mena kakinya tersepak kayu tersebut lalu jatuh

"Arkkh!"

Hyunjae berdiri di hadapan Soojin yang sudah mengerang sakit kerana lututnya terluka

Tanpa bertanya keadaan gadis itu, tubuh Soojin terus dicempung dengan kemas. Tak mahu Soojin terlepas lalu melarikan diri lagi

Cukuplah 3 pusingan marathon tadi

Mata Hyunjae menikam tajam anak mata Soojin

"Seronok lari lari? Kau ingat senang senang je aku nak biar kau terlepas kali ni? Huh?" Soojin tercebik. Terjuih bibirnya mendengar persoalan keras daripada Hyunjae

"Aduh sakit... tssk..." Cuba mengubah topik

Walaupun sememangnya terselit rasa kasihan pada Soojin kerana terjatuh tadi, tapi dikuatkan juga semangat supaya melawan rasa itu

Hyunjae melangkah menuju ke keretanya

"Kenapa kau degil sangat? Aku dah cakap jangan keluar daripada rumah, kan?"

"Biarlah aku nak pergi mana. Kau bukannya siapa siapa pun" Hyunjae hentikan langkahnya

Dipandang Soojin dengan rasa marah sambil mengetap gigi. Terlihat rahang Hyunjae tergerak gerak

"O-okay okay... Janganlah marah! Hari hari marah. Cuba jadi macam husband orang yang lain? Sweet je layan wife. Ni tak! Sehari kalau tak menyinga bukan kau!"

"Dah kalau bini ada genetik monyet macam kau, macam mana aku tak marah? Berapa kali aku nak ulang kau tu dah kena buru dengan orang. Bahaya kalau kau keluar. Itupun tak faham ke?" Sekali lagi Soojin mencebik

"Kau lupa ke kita memang bermusuhan sejak sebelum kawin lagi? Kenapa kau nak jaga aku pulak? Bukan sepatutnya kau biarkan je aku mampus?"

𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Where stories live. Discover now