🌷 LJH ¦ Betrayer

102 17 10
                                    

Lee Hyunjae;
Readers as Jiyeon;

Lee Hyunjae;Readers as Jiyeon;

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

▼▼▼

"Kau tipu aku"

Senyuman sinis diukir tatkala mata aku bertembung dengan mata kecewa Hyunjae. Pandang lama lama sambil tangan lincah mengikat dia

Mata yang pernah diisi dengan pandangan cinta itu telah berubah. Penuh rasa dendam dan kecewa memandang aku

Setelah selesai mengikat tubuh dia seketat yang mungkin di kerusi, wajah dia aku sentuh. Mengusap lembut pipinya yang lebam. Sesekali darah yang mengalir dihujung bibir Hyunjae aku kesat

Dengan tindakan aku itu, Hyunjae palingkan wajahnya

"Jangan sentuh aku!" Larang Hyunjae. Aku hanya ketawa dengan reaksi dia. Sangat sangat menghiburkan tengok keadaan dia yang sekarang

"Bersebab kenapa musuh tak boleh bercinta dengan musuh. Awak percayakan saya sangat sangat. Sedangkan, saya ni cuma umpan bos untuk buat awak leka. Finally, dia dapat awak" Ujar aku lalu tersenyum senget

Awalnya kami memang musuh. Aku adalah sidekick seorang mafia. Hyunjae pula, ketua kepada puak dia sendiri. Aku buat dia jatuh cinta pada aku sampaikan dia percaya aku sepenuh jiwa dan raga

Walaupun bermain dengan hati dan perasaan, aku dapat juga memenuhkan dendam lama bos aku. Iaitu, bunuh Hyunjae

Seketika kemudian, pintu bilik ini dibuka seseorang

"Lee Hyunjae! HAHAHA!" Bos aku masuk ke dalam sambil tersenyum

Senyuman paling gembira setelah beberapa tahun. Suka sangat agaknya

Aku senyum pada dia

"Bos, saya--"

"Shut up, stupid. Ketepi. Biar aku uruskan dia pulak. Budak perempuan kena duduk jauh jauh. Ini urusan lelaki" Ujar dia memotong ayat aku

Tak mahu melawan, aku berdiri di tepi. Memerhatikan apa yang dia mahu buat pada Hyunjae

Baru sedar Hyunjae tenung aku sejak tadi. Tahu maksud pandangan itu. Rasa simpati

Sepanjang hubungan palsu aku antara Hyunjae, ada juga masanya aku terlalu jujur pada dia

Mengadu bahawa aku tak pernah dihormati oleh kumpulan ini. Lebih lebih lagi bos. Mereka cuma layan aku seperti perempuan lemah dan hanya menggunakan gelaran aku sebagai 'perempuan' untuk goda musuh

Hyunjae seorang sahaja hormat aku sebagai wanita

Dan kenyataan itu, tiba tiba buat hati aku berbelah bahagi. Muncul rasa serba salah tentang perkara yang aku sedang buat sekarang

Aku dah lukakan hati Hyunjae sebab khianat dia walaupun aku tahu dia sayang aku sangat sangat

"Gunakan orang lain untuk tangkap aku. Tch. Pengecut" Ejek Hyunjae

"Aku malas nak berucap panjang. Goodbye, Lee Hyunjae" Semasa bos meletakkan pistol pada dahi Hyunjae, masa itu juga Hyunjae menutup matanya. Seakan pasrah dengan kematiannya

Bang!

"H-hyunjae!"

Terus aku berlari kearah dia. Pistol di tangan aku campak jauh jauh. Sempat lagi aku melangkah tubuh bos yang sudah jatuh ke tanah

Ya aku tembak kepala bos untuk selamatkan Hyunjae

Memang hubungan itu palsu untuk umpan Hyunjae. Tapi hati aku kata tak. Aku pun sayang dia!

Mata Hyunjae terbuka semula. Terbeliak dia memandang manusia yang nak tembak dia tadi dah meninggal dulu

Pandangan dia beralih pada aku yang sedang membuka ikatan tali menggunakan pisau

Tajam tanpa sebarang kata kata. Aku telan air liur takut

Rasa tak mahu buka tali pun ada. Tahu yang dia akan marah aku sebab khianat dia lepas aku buka ikatan ni

Sesekali aku pandang mata dia berjaga jaga

"I-I'm sorry... S-saya tak sengaja"

"Ouh no, dear. Banyak benda yang kau kena explain dekat aku"

"Dan belum masanya aku terima maaf kau tu"

▲▲▲

🍁; Erm

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🍁; Erm... part 2...? Maybe?

𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Where stories live. Discover now