🌷 LSY ¦ Mischievous

119 21 13
                                    

Lee Sangyeon;
Readers as Lee Yoonha;

Lee Sangyeon;Readers as Lee Yoonha;

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

▼▼▼

"Awak--"

"Yoonha stop it! Pergilah tidur ke apa. Kalau awak kacau saya, bila nak habis kerja saya ni?"

Tajam mata dia menjeling aku tak puas hati sambil tangan sibuk menyelak kertas siasatan

Siapa suruh buat overtime sampai malam? Dekat rumah pulak tu. Memang taklah aku nak bagi dia siapkan siasatan dengan tenang!

"Hmm... Awak rasakan, rumah kita ni ada tak macam rupa balai polis? Saya rasa dinding rumah kita ni bukan warna biru. Cantik je warna kelabu putih. Awak dah buta warna ke, Encik polis?" Sindir aku. Tapi dia cuma diam pura pura tak dengar

Kami berada di ruang kerja milik Sangyeon. Bila aku dapat tahu yang dia tak tidur sebab siapkan kerja, bagaikan ada tanduk muncul di kepala

Yep. Kacau dia buat kerja itu memang hobi aku. Walaupun dia antara inspektor yang dikenali dengan sifat tegas dan garang di balai. Nak taknak dia kena layan perangai playful aku

Siapa suruh kawin dengan aku? heh

"Kalau awak asyik hadap kerja? Masa untuk saya macam mana?" Sangyeon mengeluh kecil

"Awak tahukan saya ada dua kerja? Yoonha tolonglah faham" Aku mengangguk kecil

Kerja kedua dia, kerja yang paling berisiko. Satu organisasi rahsia yang memburu penjenayah besar tanpa melibatkan polis. Organisasi ini menjadi buruan polis kerana setiap kali mereka menyelesaikan kes, mereka akan membunuh. Tidak sama seperti undang undang polis yang perlu dijatuhkan hukuman

Lebih kepada... Agent rahsia? Lebih kurang

"Sekarang dah pukul 2 pagi. Pergilah tidur" Aku menggeleng kepala

"Saya oncall harini. Kalau saya terlajak tidur, siapa nak selamatkan pesakit saya?" Soal aku semula

"Pergilah tidur. Kalau ada orang telefon awak, saya kejut" Aku tetap berdegil dan terus menggeleng kepala

"No its okay. Saya nak teman awak buat kerja" Terpamer wajah tertekan Sangyeon selepas mendengar jawapan aku

Perlahan pelipis dahi diurut sambil tutup mata. Seketika kemudian, dia sambung buat kerja

Aku letakkan kepala diatas meja. Mata pula tenung wajah kacak Sangyeon yang sedang fokus

"Awak saya nak tanya. Kalau kerja awak ni kantoi dekat tangan polis, apa akan jadi?"

"Mula mula sekali, kalau sikit pun terkantoi, saya akan dibunuh oleh ketua dulu. Saya bertanggungjawab dalam hapuskan bukti memandangkan profesion saya adalah inspektor. Organisasi ni bukan tetap satu tempat. Selalu berubah. Maknanya, polis takkan dapat tangkap" Terang Sangyeon panjang walaupun dia sedang fokus

Wah suami saya tetap layan sayaa

"Ouh maknanya, kalau saya report dekat polis tentang apa yang awak buat, ketua organisasi awak akan bunuh awaklah?" Anak mata Sangyeon bergerak memandang aku tajam

Lama. Tersangat lama hingga buat aku gugup. Nak larikan pandangan pun tak boleh. Seakan akan dia sedang membayangkan senjata apa paling sesuai untuk belasah aku cukup cukup sebab tanya soalan tu

gulp!

"G-gurau. Saya gurau"

"Sekali lagi awak gurau macam tu, Asan Medical Center akan kehilangan salah seorang doktor bedah orthopedic. Nak?" Terus aku menggeleng kepala dengan sengihan

"Lenyap terus dekat bumi atau awak nak suruh saya berhenti kerja?"

"Yoonha, senyap kejap"

"Saya nak tahu jawapan dulu. Sangyeon jawablahhh!"

"haih... Suka hatilah awak nak fikir yang mana. Sama je dua dua" Gumam dia perlahan

Aku pura pura terkejut. Menyerlahkan bakat terpendam yang seharusnya biar dipendam. Konon kecewa

"Omo! Sampai hati awak nak bunuh saya! Selama ni awak tak sayang saya ke~?" Ujar aku berdrama

Sangyeon sudah pejam mata. Cuba bertahan dengan sisa kesabaran yang tinggal cebisan. Panjang dia menarik nafas

"Sekali lagi awak sambung--"

"No! Awak sebenarnya dah ada perempuan lain kann?? Bila awak bunuh saya nanti awak nak kawin dengan perempuan tu, kan??" Kata kata Sangyeon aku potong. Aku tahu dia bagi amaran

Tapi aku tak sempat nak dengar sebab terlalu asyik mengusik dia

Akhirnya Sangyeon berdiri daripada kerusi. Laci meja ditarik lalu mengeluarkan sepasang gari

"That's it. time to sleep, attention seeker" Ujarnya dengan suara mendatar terus kearah aku

Otak aku gagal berfungsi akibat terkejut melihat wajah mendatar dia. Hingga tak sedar Sangyeon sudah mencempung aku

Makin meluas mata aku dibuatnya

"W-wait wait! Turunkan saya! Apa awak buat ni??"

"Saya dah larang. Awak yang degil. Sekarang diam!" Suaranya naik seoktaf. Terus aku mengetap bibir takut

Dia bawa aku ke bilik tidur. Pintu tu tak bertutup rapat, jadi dia tendang sahaja menggunakan kaki. Tendangan dia begitu kuat hingga pintu menghentak dinding

Katil di hampiri lalu tubuh aku dicampakkan keatas katil

Jantung dah tak boleh relaks!

Sebelum sempat aku hendak membuka mulut, dia terlebih dahulu tarik pergelangan tangan kanan aku lalu digari

"Apa awak nak buat?" Soalan aku diabaikan lalu menarik aku agar tersandar pada kepala katil

Dia gari aku bersama palang kepala katil

"Sekarang tidur"

"Macam ni?? Dengan tangan macam ni???" Tangan direntap rentap

"Yep"

"Sangyeon tak lawak" Dia mencebik lalu menjungkitkan bahu selamba

"Saya tak gelak pun. Lepas saya habis kerja nanti, saya buka balik gari tu" Ujarnya berjalan keluar

Sempat dia mengukir senyuman puas sebelum melangkah keluar daripada pintu

"Y-yahh! Saya oncall lah! Kalau ada orang call nanti macam mana???"

Senyap

"HAISHH SANGYEON AHH!" Jerit aku tanpa panggilan hormat

"Seriously! Esok jugak saya buat appointment jumpa ketua polis negara! Biar saya bagitahu semuanya tentang organisasi haram awak tu!"

"Oh yeah? Kalau macam tu, silalah mati mereput atas katil"

"Sangyeon!!!"

▲▲▲

🍁;urm

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🍁;urm... 👀 tembak saya abah---

𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Where stories live. Discover now