🌷 LJH ¦ Tempting

124 21 16
                                    

Lee Hyunjae;
Readers as Lee Soyeon;

Lee Hyunjae;Readers as Lee Soyeon;

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

▼▼▼

"This is the third time! Awak janji nak teman saya beli barang dapur! Tapi awak cancel lagi!"

"Saya minta maaf. Banyak kerja dekat office tadi--"

"Alasan! Saya dah muak dengar benda yang sama!" Suara Soyeon naik seoktaf. Sekian lama memendam rasa,  akhirnya meletus juga segala galanya

Hyunjae pula hanya terdiam menatap Soyeon diatas sofa sementara Soyeon di hadapannya.  Sedar akan silap dia terhadap Soyeon. Bukan masanya untuk berperang mulut ketika ini

Pasrah menadah telinga mendengar bebelan Soyeon

"Kerja atau saya lagi penting?"

"Soalan apa tu? Kalau saya tak kerja,  macam mana saya nak sara hidup kita?"

"Bankrupt ke bisnes awak tu kalau teman saya keluar untuk 2 jam? hm? Awak sorang je pekerja? Awak bos,  awak kuli? Macam tu?" Kening dijungkitkan sebelah sambil memeluk tubuh

Memandang tajam wajah Hyunjae yang tak ubah seperti sedang menahan sakit perut

Cuak dan gelisah

Namun beberapa saat kemudian,  suatu idea menerjah fikiran Hyunjae.  Sudah memikir taktik untuk memujuk Soyeon yang sedang menyinga

Senyuman nakal diukir kecil.  Membalas tatapan tajam Soyeon dengan mata menggoda. Kedudukan diperbetulkan dengan menyilangkan kaki sambil bersandarkan tubuh pada sofa. Tangan disilangkan pada dada

Soyeon rasa tercabar. Mula rasa goyah untuk berdepan dengan Hyunjae setelah melihat gerak geri Hyunjae yang sungguh dominan. Sedang menguasai Soyeon walaupun tidak mengeluarkan sebarang kata kata

Soyeon cuba juga untuk menguatkan semangat

"Susah ke permintaan saya? Saya cuma nak luangkan masa saya dengan awak. Tapi awak? Selalu sibuk dengan kerja! Langsung tak fikir pasal saya!" Bebelan Soyeon lagi

Hyunjae tidak membalas apa apa.  Sebaliknya, mengeluarkan telefon dan mula mengabaikan bebelan Soyeon

Makin berasap Soyeon dibuatnya

"Tengok tu! Lee Jaehyun!! Awak memang suka abaikan saya dan buat saya macam kayu! Apa masalah awak ni huh?!"

"Malam ni, saya taknak awak tidur dengan saya! Pergi tidur dekat office tak guna awak tu! Lagi senang celik mata dah ada dalam office!"

Ting!

Suatu notifikasi menerjah telefon Soyeon. Pantas dia menyeluk poket melihat mesej tersebut

Satu mesej yang menyatakan bahawa wang berjumlah 500 000 won sudah ditransaksikan kedalam akaun banknya oleh Hyunjae 

Soyeon meneguk air liur. Agak terpujuk. namun segala rasa itu diketepikan. Masih tidak puas hati dengan Hyunjae

"Awak ingat saya main main ke? Lagi sekali awak buat saya macam ni,  saya takkan maafkan awak!"

Ting!

Sekali lagi notifikasi masuk

Kali ini, 700 000 won ditransaksi Hyunjae

"Gumanhae!"

Ting!

"300 000 won"  Ujar Hyunjae kelihatan tenang

"Hyunjae-"

"Diam. Saya nak cukupkan 5 ribu" Potong Hyunjae

"Mana boleh buat macam tu!"

"Siapa cakap tak boleh? My money is your money"

"Tapi ini mengumpan namanya! Saja nak bagi saya diam!"

Tak semena mena dada Hyunjae ditampar Soyeon. Terhambur tawa Hyunjae dibuatnya

Tangan Soyeon digenggam lembut lalu menarik gadis itu hingga terjatuh diatas ribanya

Pinggang Soyeon dipeluk daripada belakang

Soyeon mencebik tidak puas. Semudah itu Hyunjae mengalahkan dia. Menggunakan kelemahan terbesar Soyeon. Iaitu duit

"Kalah dah?" Sindir Hyunjae

"Tch!" Soyeon menyiku perut Hyunjae sebagai balasan

"Saya minta maaf. Saya janji lepas ni saya akan tinggalkan kerja demi luangkan masa dengan awak"

"Boleh percaya ke?" Soal Soyeon

Hyunjae menyeluk poket seluar lalu mengeluarkan suatu kad

"Ini kad akses pejabat. Kalau saya tak tunaikan janji saya, awak masuk pejabat saya lepas tu tampar saya kuat kuat"

"Mwo? HAHAHAHA!" Terkerut Hyunjae setelah melihat reaksi Soyeon

"Saya tak main main. Kenapa gelak?" Soyeon menggeleng kepala lalu menolak kad akses tersebut

"Saya tak ambil hati pun kalau awak sibuk dengan kerja. Saya cuma nak kan our quality time walaupun sekejap. Kerja tu penting. Takkanlah setiap masa saya nak berkepit dengan awak? Tapi tulah... Janganlah melampau sangat dengan kerja sampai tak boleh keluar langsung daripada office" Hyunjae mengangguk

"Saya minta maaf..." Pelukan pinggang diperketatkan Hyunjae

"Saya maafkan awak"

"Awak dah tak marah saya dah? Boleh saya tidur dengan awak malam ni?"

"Saya maafkan awak je. Tak cakap pun dah tak marah. And no. Malam ni, awak tidur luar!"

"Aahhhhhh saya nak peluk siapa malam niiii??" Hyunjae menarik Soyeon hingga terbaring di sebelahnya

Tubuh genit Soyeon dipeluk dengan erat hingga tersembam wajah Soyeon pada bidang dada Hyunjae

"Aishh Hyunjae lepaslah! Lemass!"

"Taknakkk!! Awak tak bagi saya tidur dengan awak malam nii!"

"Childish nya perangai! Macam baby!"

"I am your baby!"

▲▲▲

▲▲▲

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Where stories live. Discover now