🌷 JCM ¦ Ice Cream

103 18 1
                                    

Ji Changmin;
Readers as Byun Haejin;

Ji Changmin;Readers as Byun Haejin;

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

▼▼▼

"Aku dah cakap, takde stok"

"Ah bwoya??? 4 kali seminggu aku datang kedai ni takkanlah tak isi lagi stok aiskrim tu?"

Aku mendiamkan diri menyambung kerja melekat tag harga membiarkan Changmin membebel tidak sudah mengenai aiskrim kegemaran dia

Mati ke kalau dia tak makan benda tu? Ada je aiskrim lain. Mengada je mamat ni

"Yah Byun Haejin!"

"Ish aku cakap tak ada stok, tak adalah! Apa lagi yang kau tak puas hati ni?! Tak nampak aku tengah buat kerja ke?!" Tengking aku semula memandang Changmin dengan wajah yang berkerut

"Penipu! Aku tahu kau sorok aiskrim tu!" Aku berdecit tidak puas hati dengan tuduhan Changmin

"Kenapa pulak aku nak sorok aiskrim tu?"

"Sebab kau pun suka aiskrim tu kan?"

"Kalau iya pun kenapa? Ni kedai appa aku. Bukan kedai appa kau. Werk!" Lidah dijelir pada Changmin saja mahu membuat dia sakit hati dan meninggalkan dia

Aku menuju ke rak berlainan pula. Changmin mengikut langkah aku dengan wajah tidak puas hati

"Yah, aku tak habis marah lagi dengan kau!" Katanya semakin dekat dengan langkah laju

Disebabkan terkejut, aku terundur ke belakang sambil acukan pistol pelekat harga pada dia

Manalah tahu? Vampire Squirrel nak keluar masa masa macam ni? Aku selalu nampak member dia kena sebab buat dia marah. Tak pasal pasal aku kena

Changmin langkah ke belakang selangkah. Aku kembali berdiri biasa

"Aku tahu kau sorok aiskrim tu. Byun Haejin, aku nak"

"Mana ada aku sorok!"

"Tipu! Takkan dah 2 bulan tak isi stok lagi?!"

"Betullah!"

"Ehem... Apa gaduh gaduh ni?"

Suara garau seseorang menghentikan pergaduhan kami. Serentak aku dan Changmin toleh kearah suara tersebut

Appa sedang berdiri di situ pandang kami sambil bercekak pinggang

"Annyeonghaseyo, Byun ahjushi. Haejin ni hah, cakap stok aiskrim Melona tak isi lagi" Jari runcing Changmin menunding lurus pada aku sambil pasang muka tak bersalah

Wah wah dia ni

"Tak isi stok lagi? Haejin, kan appa dah suruh kamu susun semua aiskrim yang baru sampai semalam?"

Aku ternganga sebentar memerah ingatan

"Ada ke?" Soal aku semula lalu ketawa janggal

Appa menggeleng kepala sebelum pergi bahagian stor

Sekotak aiskrim Melona pelbagai perisa appa keluarkan

"Tu apa?" Soal Changmin pandangan aku dengan kedua belah kening dijungkitkan

Mata disepetkan memandang dia geram. Kalau appa takde kat sini, dah lama aku tendang dia keluar

"Eleh... kalau kau makan aiskrim lain, kau bertukar jadi monster ke? Mengada. Beli jelah aiskrim lain!"

"Haejin..." Tegur appa

"Disebabkan kecuaian kamu tak isi stok betul betul, appa potong gaji. Dan duit poket sekolah, appa tak bagi untuk 4 hari" Aku mencebik lalu menunduk pandang bawah

Punah harapan nak beli album The boyz dan lightstick Hearteu byong byong. Aku dah kira semua gaji dan duit poket. Kalau gaji kena potong, memang tak dapat la jawabnya

"Dah, pergi keluarkan stok baru daripada lori" Aku mengangguk perlahan lalu berjalan ke luar kedai dengan pasrah

Sempat aku pandang kearah Changmin yang sudah mengambil beberapa aiskrim Melona dia

Dia nampak macam bersalah tapi cepat cepat dia pandang tempat lain bila mata kami bertembung

Aku abaikan dia dan menuju ke luar. Sempat aku capai troli untuk angkat kotak daripada lori

Beberapa kotak ramyeon aku letak atas troli

Baru sahaja aku hendak memanjat ke dalam isi lori, sebungkus aiskrim Melona terhulur hadapan aku. Aku pandang kearah Changmin dengan dahi berkerut

"Aku belanja" Kata Changmin lalu tersenyum

Aku ambil aiskrim tu dan makan

"Maaf. Sebabkan aku Byun Ahjushi potong gaji kau dan duit poket kau" Aku menggeleng kepala

"Salah aku sebab tak isi stok. Aku minta maaf juga"

"Erm... Esok, kau pergi sekolah jalan kaki?" Soal Changmin dan aku mengangguk

"Nice. Esok pergi dengan aku tau?" Katanya dengan nada teruja

"Kenapa pulak?" Sebelah kening dijungkit memandang dia pelik

"Aku nak belanja kau gaeranbbang esok. Nak tak?" Dengan laju aku mengangguk beserta senyuman yang menampakkan gusi

Orang dah nak belanja kita~

Changmin tersenyum kecil lalu menepuk perlahan kepala aku. Aku terkedu seketika bila dia buat begitu

"Jangan senyum macam tu dekat lelaki lain. Dekat aku takpe" Sebutnya perlahan hingga suara dia tidak begitu didengari

"Huh? Kau cakap apa?" Changmin menggeleng kepala lalu melangkah pergi

Sempat dia menoleh ke belakang sambil melambai tangan

"Kerja elok elok tau? Annyeong~"

▲▲▲

▲▲▲

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Where stories live. Discover now