🌷 LJH ¦ Betrayer pt 2

100 18 6
                                    

Lee Jaehyun;
Readers as Jiyeon;

Lee Jaehyun;Readers as Jiyeon;

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

▼▼▼

"Hyunjae please... Maafkan saya"

Sampai sahaja di rumah agam yang tersembunyi milik Hyunjae, dia terus keluar daripada kereta

Cepat cepat aku buka pintu dan mengikut langkah Hyunjae. Melihat dia berjalan dalam kesakitan buatkan aku kasihan. Lengan dia aku pegang. Nak tolong dia berjalan

Malangnya, dia tepis tangan aku

"Aku tak suka pengkhianat pegang aku" Katanya kasar. Secara tidak langsung, mengguris hati aku

"I saved your life..."

"Ada aku suruh? Aku tak suruh pun kau bunuh dia untuk selamatkan aku! Kenapa kau ada dekat sini lagi?! Pergi balik dengan kumpulan kau! Betul apa yang kau cakap. Musuh tak patut bercinta dengan musuh. Memang aku silap!" Tengking Hyunjae buat tubuh aku tersentak. Selangkah aku mengundur kebelakang

Gerun melihat Hyunjae mengamuk. Lagi lagi kerana aku

"Silap sebab sayang dan percaya kau. I feel so stupid" Ayat itu disebut dengan nada kecewa. Bibir bawah digigit cuba untuk menahan air mata

Tapi tak berjaya. Deras cecair jernih mengalir ke pipi

Buat pertama kali aku menangis setelah bertahun tahun. Tak pernah walau sekalipun air mata ini tumpah ke tanah. Tapi disebabkan Hyunjae, perasaan aku terlalu jujur buatkan ia keluar setelah sekian lama

Aku paling benci bila aku menangis

Kepala ditundukkan ke bawah seketika. Kesat air mata sebelum pandang kearah Hyunjae semula

Dia sudah mengeras pandang aku. Tercengang tapi masih pandai mengawal ekspresi wajah. Mungkin terkejut melihat aku menangis depan dia

Tahu bahawa gelaran Cold Princess aku. Hati sedingin ais. Kelar orang macam siang ikan. Tak ada ekspresi wajah. Sidekick bos yang paling ditakuti kumpulan aku. Tapi semuanya bagaikan hilang bila menghadap Hyunjae

"S-saya minta maaf sebab lukakan h-hati awak dan... hiks... hampir b-buat awak terbunuh. Saya salah..."

Dan aku paling benci bila menangis. Mengalahkan budak budak. Aku pernah insecure dengan cara aku menangis sampai kena buli. Tersangatlah Crybaby

"I-it's okay if you hates me. Saya faham. B-benci saya sebanyak mana awak nak hiks hiks! a-awak tak perlu pun maafkan saya. Sebab saya tahu perasaan dikhianati orang. I-I'm sorry... hiks... saya akan pergi jauh dari awak supaya awak hidup tenang" Tersedu sedu aku menangis. Sempat aku menangkap reaksi Hyunjae. Entah kenapa kali ini dia tak sorokkan reaksi dia

Sebelum aku meraung dekat sini, cepat cepat aku pusingkan tubuh ke belakang. Wajah ditekup menangis sambil berjalan hendak keluar daripada kawasan rumah Hyunjae

𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Where stories live. Discover now