🌷 KSW ¦ No Pain No Gain

101 20 4
                                    

Kim Sunwoo;
Readers as Im Jiyoung;

Kim Sunwoo;Readers as Im Jiyoung;

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

▼▼▼

"Kalau kau betul suka dekat aku, aku nak kau berdiri tengah padang"

"Berapa lama?"

"Ikutlah. Kalau kau suka dekat aku sikit je, berdirilah sekejap. Kalau kau suka aku banyak, berdirilah lama lama. Kalau kau dapat bertahan, aku akan jadi yeochin kau"

Dan dengan itu, Kim Sunwoo yang lurus dengan cinta mengikut kata kata Bona

Berdiri tengah tengah padang sekolah walaupun sekarang sedang hujan lebat beserta guruh dan kilat. Biar sahaja tubuhnya basah lenjun

Hampir satu jam dia di situ. Konon buktikan rasa suka dia pada Bona yang teramat banyak

Bodoh

Tak sedar ke Bona buli dia? Kenapa dia selalu buta? Bona dah buat macam macam dekat Sunwoo. Tapi dia masih nak Bona jugak

Aku mengeluh kecil. Rasa kesian tengok Sunwoo berhujan

"Seriously dia tak berganjak? Bodohnya!"

"Kau betul ke nak jadi yeochin dia?"

"Euw of course never! Orang lurus macam tu. Bukan taste aku"

Terdengar perbualan Bona bersama sama rakan jahat dia

Tercebik bibir aku dibuatnya

"Kau fikir kau cantik sangat ke?" Kata aku tak tuju pada siapa siapa

Tapi soalan aku dapat menarik perhatian Bona

Serentak rakan rakan dia toleh pada aku

"Excuse me?" Aku tergelak sinis

"Aku tak sebut nama kau. Jadi maknanya kau tahulah yang perangai dengan muka kau sama sama buruk?" Sindir aku buatkan kawan kawan Bona ternganga. Bona pula, sudah ketap gigi sambil genggam penumbuk

"Kenapa? Terasa? Kau buat orang boleh tapi orang buat kau tak boleh?" Sambung aku memandangkan Bona dah terdiam dekat tempat dia

"Sekali lagi kau buli Sunwoo, tahulah apa nasib kau" Ugut aku serius

Yakin Bona akan ikut cakap aku. Appa pengetua sekolah dan eomma guru disiplin. Beranilah dia nak buli Sunwoo lagi?

Sempat aku jeling Bona sebelum membuka payung

Kemudian, aku melangkah merentasi padang menghampiri Sunwoo

Sampai di hadapan dia, Sunwoo angkat muka pandang aku. Aku pula cuma diam payungkan dia. Tunggu Sunwoo cakap dulu

"Kau nak panggil aku bodoh? Panggillah. Aku tak kisah" Terasa menyampah dengar ayat tu

"Ya memang kau bodoh pun. Perempuan gila tu jugak yang kau pilih"

"Aku tak pernah pilih dia pun" Sunwoo menggeleng kepala

"Dah tu? Kenapa kau sanggup berdiri tengah hujan ni?"

"Setiap kali Bona suruh aku buat macam macam, mesti akan ada orang backup aku. Sampai satu tahap, aku buat bukan sebab aku suka Bona. Tapi sebab nakkan attention daripada dia. Seeking for her attention. Itulah apa yang aku tengah buat" Senyuman Sunwoo terukir sambil tenung mata aku dalam dalam

Rasa sesuatu dengan pandang dia. Buatkan dalam perut terasa ada rama rama tengah menari lagu ROAR

"Aku dapat attention dia. Tapi aku takut nak mengaku aku suka dia"

"Siapa 'dia'?" Saja aku bertanya. Tahu dah sebenarnya. Tapi nakkan kepastian takut kecewa

"Im Jiyoung" Jawab Sunwoo. Aku tersenyum

"Seriously Kim Sunwoo? Ada sebab lain ke aku rela rentas hujan lebat semata mata datang dekat kau?" Sunwoo menggeleng tidak tahu

"Stupid. Kalau ada perempuan selalu tolong lelaki yang tengah dalam masalah walaupun kena redah hujan, itu maksudnya dia suka dekat lelaki tu. Kau faham tak apa maksud aku?" Aku bagi dia hint. Kesannya, Sunwoo tersenyum lebar

Entahlah apa masalah kami berdua.
Kilat berdentum dekat langit pun tak kisah. Sibuk dalam dunia sendiri

"Can I be yours?" Soal Sunwoo

"Yes!"

Aku baru sahaja nak peluk Sunwoo. Tapi tiba tiba ada suara singa panggil nama aku kuat mengalahkan bunyi kilat

"IM JIYOUNG! KIM SUNWOO!"

Serentak kami menoleh kearah yang sama

Terlihat eomma sedang bercekak pinggang

Kan aku dah cakap appa pengetua dan eomma guru disiplin tadi? Siapa yang selalu buat hal kalau bukan aku? 

Elok lah tu diorang lahirkan anak buas

"DUA DUA DAH KENAPA MAIN HUJAN?! SINI SEKARANG!"

Nyaring suara eomma

Terus aku tarik tangan Sunwoo. Pastikan dia berada di bawah payung. Kami berlari ke sana. Tangan masih menggenggam satu sama lain

Walaupun tahu kami akan kena marah teruk, senyuman masih tak lekang daripada bibir

Sampai hadapan eomma, telinga aku jadi mangsa terlebih dahulu

"A-arkkk! Eomma!"

"Memang nak kena! menggatal tengah tengah hujan! Patutnya kena sambar kilat dua dua tadi!" Kemudian, telinga Sunwoo pula jadi mangsa Eomma

"S-ssaemm! Saya kena buli! tsssk! Bukannya saja saja berdiri dekat sana"

"Jiyoung nak tolong Sunwoo je tadi-- akk eomma sakittt!"

"Ingat saya tak nampak kamu berdua buat drama apa tadi? Im Jiyoung! Belum habis sekolah lagi dah menggatallll!" Suara eomma naik seoktaf sambil piat telinga aku lagi

"Huaaa eommaaa!!!"

"Bagus apa cari awal awal? Nanti dekat universiti tak payah cari dah" Sunwoo menjawab

"Appa cakap boleh. Kenapa eomma tak bagi?? arkkk!"

"Merepek! Masuk bilik disiplin sekarang! Dua dua nak kena rotan!"

Dengan itu, kami diheret ke bilik disiplin sambil telinga dipiat eomma. Malu nak sorok mana muka orang keliling tengok

"Bercinta awal awal. Sekali putus"

"Tak ssaem! Saya janji dah besar nanti saya kawin dengan Jiyoung!"

"Eomma. Handsome kan bakal menantu eomma? hehe-- arkk! sakit eomma!!!"

"Menggatal lagi menggatal!"

▲▲▲

🍁;Say thanks Chanhee for this gambar aib guys

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🍁;Say thanks Chanhee for this gambar aib guys. btw. sumpah title tu random ye. Aku tak tahu la function dia buat apa kat atas tu. Tapi tak apa. No pain no gain guys.

𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Where stories live. Discover now