N A I N | N A I Z • 1 4 •

274 32 0
                                    

NAIZ mengeluh panjang memandang Kenan yang tampak gelisah itu. Dia tak kisah kalau pengetua panggil. Tapi masalahnya, perlu ke dia minta maaf pada Adam dan mereka yang lain?

"Saya tak salah," ujar Naiz.

"Tak salah? Naiz yang awak pukul tu anak orang tahu?" Naiz kerut dahi dan pandang pengetua sekolahnya itu.

"Yelah, anak orang. Takkan anak kera pula kan? Tapi saya tak salah. Apa kaitan?" soalnya bingung. Bukan niat nak kurang hajar, dia cuma bingung.

"Naiz, minta maaf pun susah ke? Awak dah pukul Adam teruk sampai masuk hospital! Minta maaf jelah! Awak yang salah!"

Naiz makin dibuat bingung. Bila masa dia pukul Adam? Bila masa pula dia salah ni? Apa yang jadi?

"Naiz kalau awak tak nak minta maaf, saya akan panggil penjaga awak untuk datang dan beritahu masalah ni."

"Kejap! Saya tak faham. Bila saya pukul Adam? Adam yang pukul saya adalah. Ni, diorang ni pukul saya. Kenapa saya yang disalahkan?"

"Dah pukul orang, sekarang nak menipu."

"Kau diam! Aku lempang muka kau nanti bersepai gigi kau tu!" geram Naiz.

"Cukup! Jangan bergaduh dalam ni! Minta maaf, Naiz!"

"Tak nak. Bukan saya yang salah. Kalau cikgu nak call penjaga saya, silakan. Saya tak peduli. Call je, lagipun saya tak salah," ucap Naiz. Dia geram apabila dituduh begitu. Bila masa dia buat? Kalau tuduh Nain yelah, mungkin betul sebab Nain memang tak kenal ampun. Tapi ni dia. Nak pukul dinding pun fikir banyak kali.

"Okay. Saya panggil penjaga kamu semua. Mudah urusan kan?" Naiz mengangguk. Mereka yang lain menggeram kesal. Naiz memang gila.

Dah terang-terang bersalah tapi tetap buat macam orang tak bersalah. Tak takut ke lelaki itu?

TUAN Muaz pandang Naiz yang tampak tak kisah sikit pun. Mestilah. Lagipun Naiz tak tahu apa-apa.

"Naiz tunggu dekat luar." Naiz akur tanpa banyak tanya. Dia tutup pintu dan duduk depan pintu itu. Nafas dihela panjang. Sedangkan di dalam sana Tuan Muaz menyelesaikan masalah.

"Pertama sekali saya mohon maaf bagi pihak anak saya. Kedua, saya minta tolong jangan sesekali usik anak saya."

"Naiz yang-"

"Betul. Nain pun cakap yang Naiz pukul Adam. Sepupu dia sendiri. Tapi satu perkara saya perlu jelaskan, pengetua." Tuan Muaz pandang mereka masing-masing yang menunduk.

"Naiz tu sakit. Dia tak sedar bila dia pukul orang. Naiz takkan pukul orang kalau dia tak terusik, hilang sabar atau untuk lindungi diri. Bila dia pukul, dia tak sedar dan lawan pukul dia boleh mati kalau tak ditangani," terang Tuan Muaz. Mereka semua terdiam.

Orang yang mereka buli selama ni ternyata berbahaya. Mereka hanya mampu diam di situ.

"Apa yang dapat buktikan kata-kata encik sekarang ni?" soal pengetua itu. Tuan Muaz tahu ini akan terjadi. Dia keluarkan satu surat.

"Ini surat sah daripada hospital sendiri. Keadaan Naiz teruk. Sebab tu saya larang dia dekat dengan pergaduhan, saya larang dia ikut seni bela diri, semua sebab benda ni. Dia ibarat bom waktu. Diri dia sendiri pun tak tahu benda ni. Jadi saya minta jasa baik pihak sekolah dan murid-murid dekat sini supaya rahsiakan, berhenti usik dia dan minta maaf juga."

Tuan Muaz tersenyum lembut. Dia takkan berkasar. Lagipula dia tahu, pembulian ini mungkin kerana mereka tu tak cukup kasih sayang. Sebab tu gatal nak tunjuk lagak buli orang lemah. Tapi salah pilih target.

"Boleh kan?" soal Tuan Muaz. Lambat-lambat mereka mengangguk kaku. Tuan Muaz tersenyum.













- Continue -

[C] NAIN NAIZWhere stories live. Discover now