N A I N | N A I Z • 1 0 •

309 31 0
                                    

"HISH! Cengeng betul kau ni, Naiz!" marahnya pada diri sendiri. Belakang tangan sibuk hapus air mata yang gatal turun.

"Semua ni salah papa dengan Reen! Kenapa susah nak perhatikan aku? Kenapa susah nak sembang dengan aku? Tak kesian ke aku sorang-sorang?" rungutnya sendirian. Puas lap air mata yang tak mahu berhenti, dia ambil bantal dan terus peluk dengan erat bagi menyalurkan rasa kesal.

"Dah lah semua benda tak boleh buat. Lepastu nak belajar bela diri tak boleh, suka lah tu tengok anak dia macam ni. Benci!"

Klak!

"Keluar, Reen! Kau bukan kisah pun pasal aku!" halaunya tanpa melihat. Dia terus rebahkan diri atas katil dan sembunyikan wajah pada bantal. Malu Nain tengok dia macam budak kecil.

"Naiz, papa minta maaf." Naiz toleh sekejap sebelum kembali menyorokkan wajah.

"Pergilah kerja tu. Naiz ni tak penting pun," ujar Naiz perlahan. Tuan Muaz mengeluh berat. Dia patah balik tadi sebab nak ambil barang. Tapi Nain tiba-tiba suruh tengok rakaman cctv lepas dia pergi. Jadi dia putuskan untuk cuti dulu harini.

"Papa minta maaf... Naiz, harini papa cuti. Kita keluar jalan-jalan nak?" pujuk Tuan Muaz.

"Tak nak. Nanti miskin pula kita kalau papa tak masuk kerja sehari." Tuan Muaz tahu yang anaknya ini berkecil hati dengannya. Bukan dia tak peduli, hanya saja Naiz dah besar. Dia mahu beri ruang agar lelaki itu urus sendiri masalahnya. Tapi lain pula jadinya.

Memikir dia yang sedari kecil tak begitu banyak masa bersama sang anak, dia jadi faham yang dia silap apabila biarkan anaknya begitu.

"Papa dah cukup kaya, Naiz. Tak kerja sehari takkan buat kita miskin. Dah, pergi siap-siap. Kita pergi jalan-jalan."

"Tak nak."

"Pergi siap!"

"Hish... Tak nak. Papa tak payah paksa. Orang tak nak," tolaknya lagi. Dia kecewa.

"Kiizran."

"Hish! Sibuk je vampire ni! Yelah-yelah!" Terus dia bangun dan beranjak turun dari katil. Dia ambil tshirt hitam miliknya yang tergantung belakang pintu dan diraih jaket yang ada atas sofa.

"Puas hati?" soalnya pada Nain. Dia pandang tajam ke arah vampire kesayangan dia tu.

Tuan Muaz ketawa. Nain baru sebut satu perkataan dah gelabah. Naiz terus duduk di sebelah papanya dan memeluk lengan papanya itu.

"Pa... Tengok dia!" Tuan Muaz menggeleng. Dia pandang Nain.

"Nain, jangan tengok adik macam nak telan. Meraung dia nanti." Nain akur dan berlalu keluar.

"Naiz nak keluar pakai seluar sekolah ke?" soal Tuan Muaz. Naiz pandang kakinya dan dia tersengih.

"Lupa pula..."

DALAM kereta, Naiz terlalu heboh sampai Nain pakai headset. Sakit telinga mendengar suara lelaki itu yang tak henti-henti bercakap. Cerewet.

Nain tarik bantal kecil yang memang ada dalam kereta itu dan buat alas kepalanya kemudian berbaring.

Nain duduk sorang-sorang dekat belakang. Jadi dia berleluasa nak baring pun. Walau agak sempit.

"Nain! Nain! Nain!" Nain pandang Naiz yang menoleh ke belakang itu. Sebelah kening dijungkit dan headset ditanggalkan.

"Papa kata nak bawa kita jalan-jalan sambil shopping! Tak best!" adunya. Nain acuh dan kembali pakai headset. Bodoh kalau dia dengar apa yang Naiz cakap tu.

"Hish! Selalu macam tu! Papa, buang je lah vampire tu keluar..." rengeknya. Geram.

"Nanti Naiz demam rindu pula sebab abang dah kena buang keluar," usik Tuan Muaz. Naiz mencebik.

"Tak nak kawan semua orang! Humph!" Tuan Muaz ketawa dan mengusap kepala Naiz.

"Don't touch! Huwaa! Rambut Naiz!" Tuan Muaz menggeleng. Tengoklah Naiz tu. Kalut baiki rambutnya yang sedikit terusik.

"Papa ni... Susah nak buat rambut ni tahu..."

"Sorry... Nanti papa belanja okay?" Naiz terus tersenyum lebar.

"Yes! Thank you, papa! Sayang papa!"

"Dengar nak belanja baru sayang?" Naiz tersengih. Tuan Muaz menggeleng. Anaknya ini entah mata duitan atau kedekut pun dia tak tahu. Tapi tak salah pun belanja anak sendiri. Memang dia kerja keras hanya untuk Nain dan Naiz.

"Gedik," ucap Nain yang sedari tadi hanya diam tanpa ada niat mahu menyampuk.

"Ck! Vampire cemburu lah tu sebab papa tak kata nak belanja dia. Kan papa?" Tuan Muaz tersenyum.

"Haah." Nain malas melayan terus pejam mata. Tadi lepas makan dia ingat nak naik tidur. Tapi papanya malah ajak keluar. Sungguh memenatkan. Tapi tak dapat ia nafikan yang dia juga gembira. Tuan Muaz mahu luangkan masa adalah perkara yang mereka adik-beradik tunggu.












Continue...

[C] NAIN NAIZWhere stories live. Discover now