N A I N | N A I Z • 2 3 •

524 47 0
                                    

NAIN mendekati papanya. Risau bertandang di hati apabila mendengar jeritan Naiz itu tadi. Patah ke?

"Kenapa?" soal Nain.

"Terseliuh sikit je tu." Nain mengangguk faham. Tapi dia masih gelisah. Tuan Muaz menggeleng.

"Kalau risau masuk."

"Dia tak bagi." Tuan Muaz ketawa.

"Hey, budak tu menangis. Memanglah dia tak bagi masuk. Nain selalu cakap adik cengeng kan?" Nain mengangguk. Dia berlalu masuk. Tuan Muaz ketawa kecil.

Nain pandang Naiz yang sedang memandang kakinya yang berbalut itu. Mesti sakit. Naiz kan cengeng.

"Sorry..." ujar Nain.

"Hm." Nain terus ambil tempat di birai katil. Dia pandang wajah Naiz. Betul-betul cengeng.

"Sakit?"

"Sakitlah! Vampire ni kenapa? Gila?" geram juga dengan soalan Nain yang tak cukup cerdik tu.

Nain hanya diam dan mengambil tempat di sebelah Naiz. Hal itu buatkan Naiz makin geram.

"Kazreen ni kenapa?" soal Naiz.

"Tidur."

"Pergilah tidur dalam bilik Reen tu!" Nain acuh dan baringkan adiknya itu. Dia peluk Naiz dari tepi.

"Reen!" Nain acuh dan memejam mata.

"PAPA! TENGOK REEN!" teriaknya. Nain masih tak beranjak malah sibuk menyelesakan diri.

"PAPA!"

Klak!

"Kenapa jerit-jerit ni Naiz?"

"Reen ni! Tengok, dia peluk orang..." Tuan Muaz ketawa.

"Biarlah. Giliran Nain pula tidur dengan Naiz. Baru adil. Abang nak bermanja tu," ujar Tuan Muaz. Naiz masih merengek tak mahu. Dia marah dengan Nain.

"Dah lah, tidur. Kesian Nain tu letih."

"Hish! Benci betul dengan mamat ni!" gerutu Naiz. Tuan Muaz menggeleng dan menutup lampu. Biarlah dua beradik itu.

BERTAHUN-TAHUN berlalu. Nain dan Naiz dua-dua selalu bersama-sama. Gaduh, rindu, manja, semua masih sama. Seperti sekarang, Naiz yang menyorok dalam bilik papanya kerana satu hal.

Naiz tak sengaja merosakkan kertas laporan Nain. Saat ini dia sedang diburu abang kembarnya itu. Takut Nain hisap darah dia.

"Keluar, Naiz Kiizran!" Makin ketakutan Naiz dibuatnya.

"NAIZ KIIZRAN!"

Nafas ditarik dalam-dalam. Begitu banyak bacaan doa yang dibaca. Harap-harap dapat membunuh vampire itu daripada 'ngap' dia.

"Selamatkan aku, Yaallah... Aku tak nak mati dekat tangan vampire tu..." gumamnya. Dia segera masuk bawah katil. Takut.

Bam!

"Kenapa ni, Nain?"

"Kiiz mana?" soal Nain tanpa menjawab soalan papanya.

"Jawab dulu soalan papa." Nain mengeluh berat dan berikan kertas laporannya.

"Nain berjaga buat tu. Sekarang rosak," beritahu Nain terus-terang.

"Bawah katil."

"Papa!" Naiz terus keluar dari bawah katil. Nain ukir senyum senget.

"Papa ni!"

"Salah sendiri kan? Tanggunglah." Naiz pandang Nain yang berpeluk tubuh memandangnya.

"Hehe... Sorry..."

[C] NAIN NAIZМесто, где живут истории. Откройте их для себя