BAB 11

35 3 0
                                    

Hayyan terbangun, matanya menyusuri sekeliling bilik wadnya dengan penuh perhatian, mencari tanda-tanda keadaan sekitarnya. Dalam keheningan wad, dia merenung, berusaha memahami situasi yang menyelimutinya.

"Kau dah lama bangun?" tanya Razif yang baru masuk ke dalam bilik, sambil menuju ke sofa di sudut bilik wad itu.

"Haura mana?" tanya Hayyan tanpa membalas pertanyaan Razif. Wajah Haura yang menangis dan ketakutan semalam menghantui fikirannya.

"Hmm, dia dah balik. Lepas tahu kau okey, dia terus balik dengan abang dia. Itu pun sebab abang dia yang pujuk dia ajak balik. Kalau tak, aku rasa dia takkan balik lagi," ujar Razif sambil mendekati Hayyan, membantu sahabatnya itu mengangkat badan untuk bersandar ke kepala katil.

"Dia okey? Tak ada cedera kat mana-mana ke?" tanya Hayyan, mendesak Razif untuk memberikan jawapan tentang keadaan gadis itu.

"Dia okey, tapi semalam dia nangis teruk, weyh. Aku pujuk tak jalan, abang dia pujuk pun tak jalan. Yang buat dia tenang cuma bila dia dengar doktor sendiri cakap kau okey," cerita Razif sambil ketawa halus mengenangkan keadaan gadis itu semalam.

Hayyan hanya mengangguk, namun dalam hatinya berasa serba salah mendengar gadis itu menangis kerananya. Wajah sebak Haura semalam terus melayang dalam ingatannya, dan tanpa sedar, dia mengeluh, merasakan beban perasaan yang tak terduga.

"Hah, yang kau mengeluh ni kenapa?"

"Takde apa lah, cuma aku rasa serba salah dengan Haura. Lagipun aku okey je," jelas Hayyan dengan nada ringan, cuba meredakan tanda tanya di fikiran sahabatnya itu. Meskipun dia selalu cedera ketika misi, tapi perasaan serba salah terhadap Haura masih terus mengusiknya.

"Ni aku nak tanya kau, betul ke kau dengan Haura takde apa-apa hubungan?" Razif mengajukan pertanyaan, cuba mengorek rahsia. Meskipun Haura sendiri menyatakan bahawa hubungan mereka hanya sebatas cikgu dan ayah saudara kepada anak buahnya, Razif ingin memastikan dari sudut pandang lelaki itu pula.

Hayyan memalingkan mukanya, menatap wajah serius yang dibuat-buat oleh Razif. "Kenapa kau tanya macam tu?" Hayyan tidak berniat menjawab pertanyaan, sebaliknya dia menanyakan soalan semula kepada lelaki yang berdiri di samping katilnya itu.

"Kau pandang dia semalam lain macam, bro. Kau suka dia eh? Sah kau suka dia kan, kannn," teka Razif sambil ketawa apabila melihat wajah Hayyan.

"Kau malu, Zaf, kau malu! HAHAHAHA," ejeknya sambil terus tertawa, menciptakan suasana ceria di bilik wad.

"Bongok lah kau ni, malas aku layan," ujar Hayyan sambil mengambil telefon yang terletak di atas almari, di sebelah katilnya.

"Tapi, bukan ke kau masih cari perempuan yang kau temu 4 tahun lalu tu? Ke kau memang dah takde perasaan lagi dengan perempuan tu?" tanya Razif, teringat dengan gadis yang selalu dicari oleh Hayyan. Razif pelik, takkan secepat itu lelaki itu melupakan cinta pertamanya. Dalam tempoh masa 4 tahun, banyak perempuan yang mahu mendekati temannya itu, tapi ditolak atas alasan yang sama.

Belum sempat Hayyan membalas, tiba-tiba...

"Ya Allah, Zaf, sanggup kan masuk hospital tak maklumkan kepada kakak pun," serbu Kak Farra tanpa memberi peluang Hayyan untuk berehat, disertai dengan kehadiran abang iparnya yang memasuki pintu wad.

"Sayang, Zaf baru nak rehat, sayang dah bising-bising kat dia," kata Aizar seraya melihat ke arah Farra yang masih bersuara, mengganggu ketenangan Hayyan saat itu.

"Yalah, sayang salah tapi adik Farra sorang ni suka sangat diam-diam memang lah Farra bising, abang," omel Farra semula dengan sengihan dilemparkan ke arah Aizar. Namun, pandangan tajamnya segera dialihkan ke Hayyan dan Razif. "Ni lagi sorang, tak dapat dipercayai. Hayyan cedera bukan Razif nak maklumkan pada akak kan."

SAAT BAHAGIA✨ | OGTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon