BAB 1

108 4 0
                                    

Operasi PASKAL, Perairan Malaysia

---

Hayyan Zafran, ketua bagi kumpulan Alpha, berdiri dengan penuh keyakinan di hadapan pasukannya. Wajahnya serius dan tegas, meninjau peta taktikal perairan Malaysia, merancang misi penyelamatan mangsa tahanan lanun.

"Team, kita berdepan dengan misi yang kritikal hari ini. Tahanan lanun memerlukan bantuan kita, mereka terperangkap di sebuah kapal di perairan utara. Kejayaan operasi ini menjadi keutamaan kita, jadi setiap langkah perlu dilaksanakan dengan penuh kecekapan." ucapnya tegas, menciptakan gambaran ketegangan yang dirasakan oleh setiap anggota.

Razif, ahli pasukan komando yang penuh kecekapan, memandang kepada Hayyan, ketua misi bagi penyelamatan tahanan lanun. "So, what's our main plan?" soalnya dengan mata dipenuhi semangat, mengekspresikan rasa ingin tahu yang mendalam.

"Pertama, kita akan mendekati kapal dari sisi timur. Razif, pasukan komando di bawah pengawasan kau akan menyelinap masuk melalui pintu belakang kapal."

"Faham. Kami akan menyusup tanpa diketahui," sahut Razif dengan penuh keyakinan, bersetuju untuk merancang serangan tanpa meninggalkan jejak.

"Sementara itu, Aku dan pasukan lain akan menyusur dari sisi barat. Serangan kita perlu dilakukan secara serentak untuk memecahkan kawalan musuh," ujar Hayyan sambil menunjukkan arah pada peta, menambahkan sentuhan taktikal yang mendalam dalam perancangan mereka.

"Komander, saya bersama pasukan medik lain akan berada di standby untuk sebarang kecemasan. Pastikan setiap anggota pasukan mendapat rawatan secepat mungkin." ujar Nina sebagai Jurulatih Khas Medik Pasukan Komander.

Hayyan Zafran mengangguk,"Baik. Semua perlu berjalan lancar. Kita tidak mahu ada kecederaan serius."

Dia berpaling kepada semua pasukan.

"Bersiap sedia!"

"Baik Tuan!" respon pasukan dengan penuh semangat, menggambarkan kesiapan mereka untuk misi mendebarkan yang menanti.

---

Pasukan PASKAL menjalankan misi dengan penuh kecekapan. Razif dan pasukan komando bergerak dengan langkah yang berhati-hati, menyelinap masuk ke dalam kapal tanpa meninggalkan jejak. Sementara itu, Hayyan Zafran dan pasukan yang lain mendekati kapal dari arah yang berlawanan, bersiap-sedia untuk melancarkan serangan. Suasana tegang menyelubungi perairan yang gelap, dalam misi penyelamatan.

"Kami berada di dalam bahagian kapal. Tahanan lanun terletak di dek dua,"  ujar Razif melalui komunikator, suaranya tenang tetapi penuh keyakinan, memberikan laporan yang jelas dan memastikan bahawa mereka berada di kedudukan yang strategik.

"Good, Razif. Team, gerak serentak. Sasar pintu masuk utama. Sedia!" ujar Hayyan Zafran dengan tegas, memberi arahannya kepada pasukannya.

Pasukan PASKAL di bawah Razif menuju ke dek dua dengan tujuan menyelamatkan mangsa tebusan. Sementara itu, pasukan di bawah Hayyan membidik lanun yang berada di atas kapal.

"Tumpaskan lanun di deck ini! Jangan biarkan mereka lari," arahan diberikan oleh Hayyan dengan tegas sebagai ketua misi itu.

"Saya dan pasukan bergerak ke dek dua," seru Razif, menyusun langkah taktikal bagi pasukannya untuk menyelamatkan mangsa tebusan.

Pasukan PASKAL bergerak dengan penuh koordinasi, menjaga fokus pada tugas masing-masing.

"Pastikan tahanan dalam keadaan selamat! Lindungi mereka dari serangan lanun!" ujar Hayyan kepada Razif, menekankan kepentingan keselamatan tahanan.

"Saya dan pasukan akan memastikan mangsa tebusan selamat. Kami siap untuk bertindak!" jawab Razif dengan mantap, menegaskan kesiapan pasukannya untuk melaksanakan misi penyelamatan.

SAAT BAHAGIA✨ | OGWhere stories live. Discover now