BAB 9

33 4 0
                                    

"Macam mana awak boleh cedera ni, Zaf? Risau saya," omel Nina apabila mengetahui Hayyan cedera semasa misi.

Hayyan yang sedang berehat di katil hospital dan berbual dengan Razif, terus memalingkan mukanya ke arah pintu saat melihat Nina menyerbu masuk ke bilik wadnya.

Wajah Hayyan dan Razif menyambut kedatangan Nina dengan senyuman kecil, walaupun terlihat jejak kepenatan dan cedera di tubuh Hayyan pada ketika itu.

Ariana Sofea, atau lebih dikenali sebagai Nina, rapat dengan Hayyan dan Razif sejak sekolah menengah. Walaupun Nina memendam perasaan terhadap Hayyan sejak dulu, dia bijak mengekalkan rahsia tersebut agar tidak merosakkan hubungan persahabatan yang mereka bina.

Razif menjawab pertanyaan Nina sambil melontarkan sindiran halus kepada Hayyan, "Alah, kau ni Nina, macam tak tahu Zaf ni macam mana. Kalau dah fokus dengan misi tu, sampai lupa nyawa sendiri... ni nasib kena bahu."

Hayyan hanya tertawa halus mendengar sindiran itu, tetapi Nina risau dengan keadaan lelaki itu. "Zaf dah makan? Kalau belum, Nina belikan," ujarnya sambil menunjukkan kepedulian.

"Alhamdulillah, dah," jawab Hayyan ringkas.

Nina tersenyum lega mendengar jawaban itu. "Kalau ada apa-apa, bagitahu Nina ya. Jangan pendam sorang-sorang."

Hayyan hanya mengangguk mengiyakan,

Nina tersenyum lagi, "Jaga diri baik-baik. Jangan buat saya risau lagi tau."

Razif hanya tersenyum. Kadang-kadang dia merasakan perhatian yang diberikan Nina kepada Hayyan bukan sekadar sekadar risau seorang sahabat kepada sahabat, tetapi dia merasa bahawa sahabat perempuannya itu memendam perasaan terhadap Hayyan. Walaupun demikian, Razif yakin Hayyan tidak akan percaya kerana ia menganggap Nina sebagai seorang adik perempuan sahaja.

"Na, kau balik lah. Jangan risaukan dia. Aku boleh jagakan dia, lagipun masa pelawat nak habis," kata Razif selepas lebih kurang 30 minit Nina menghabiskan masa di bilik wad Hayyan.

"Ha'ah, Nina balik lah," ujar Hayyan kepada Nina yang duduk di samping katilnya.

Nina berdiri perlahan, melemparkan senyuman lembut kepada Hayyan, "Jaga diri baik-baik, Zaf. Kalau ada apa-apa, beritahu Razif atau beritahu saya. Saya ada di sini untuk awak," ucap Nina sebelum meninggalkan bilik wad dengan hati yang penuh perasaan yang campur aduk.

Hayyan melihat kepergian Nina dengan senyuman kecil, merasakan kehangatan perhatian dari sahabatnya itu.

Tiba-tiba Razif bertanya, "Kau tak rasa Nina tu sukakan kau?" persoalan itu dikemukakan selepas Nina menjauh dari pintu wad.

"Kenapa kau tanya macam tu?" tanya Hayyan, pandangannya serius, sementara Razif berdiri di hadapan tingkap, matanya melayang jauh menatap suasana luar.

"Kau tengoklah cara dia risau dengan kau. Aku dah lama syak dia suka kat kau dari dulu lagi, weh," jawab Razif sambil tersenyum getir; angin sepoi-sepoi menyibak rambutnya yang kusut.

Hayyan hanya tersenyum dan menggeleng mendengar jawapan itu. "Nina ni kawan baik kita, Syar. Kita semua rapat sejak sekolah menengah lagi. Janganlah nak cari masalah kat situ. Biarlah segalanya macam sekarang," jawab Hayyan sambil menggeleng kepala.

"Yalah, tapi kalau dia betul-betul sukakan kau, kau nak buat apa?" tanya Razif kembali, suara lembutnya penuh dengan kebimbangan, mencerminkan ketidakpastian di dalam hatinya.

Dua-dua sahabatnya, Nina dan Hayyan. Razif tak nak hubungan persahabatan mereka bertiga hancur kerana perasaan.

"Aku tolak dia, lagipun kau sendiri tahu, aku cuma anggap dia macam adik perempuan aku sendiri," Walaupun kedengarannya agak kejam, tapi ini melibatkan perasaan. Selama ini, Hayyan telah meletakkan 'friendzone' terhadap hubungan dia dan Nina, kerana tidak ingin memberi harapan palsu kepada Nina.

SAAT BAHAGIA✨ | OGWhere stories live. Discover now