BAB 8

33 4 0
                                    

"Awal anak Mama balik?" tanya Puan Aira apabila melihat kereta anaknya memasuki laman rumah. Matanya memandang tanda-tanda kerisauan di wajah anak lelakinya, dan dia terus melangkah ke arah pintu untuk menyambut kepulangan mereka.

Haura melangkah keluar dari pintu penumpang kereta dengan senyuman terukir di wajahnya. "Nia naik atas ya, Ma," kata Haura setelah mencium pipi dan bersalam dengan ibunya.

Puan Aira mengangguk dan tersenyum, memberi restu pada langkah-langkah Haura di tangga yang menuju ke biliknya di tingkat atas.

"Nia okey ke, Harizz? Risau pula mama tengok anak Mama yang seorang tu," tanya Puan Aira, menghampiri Harizz yang sedang duduk di sofa ruang tamu.

Wajah Puan Aira mencerminkan kebimbangan, sementara matanya menatap penuh perhatian pada wajah anak sulungnya.

"Okay Ma, tapi tu lah haish," desah Hariz, menceritakan dengan singkat perjumpaan dan kisah yang berlaku di restoran antara adiknya dengan lelaki bernama Hayyan Zafran.

Wajah Harizz menunjukkan campuran perasaan bersalah dan risau, serta rasa ingin melindungi adiknya. Puan Aira mendengarkan dengan penuh perhatian, menyadari bahwa perjumpaan itu meninggalkan kesan yang mendalam pada anak gadisnya.

"Harizz serba salah lah Ma," desisnya.

"Insya Allah, Nia tak marah lah dengan Rizz. Dah, jangan cakap yang bukan-bukan," kata Puan Aira, memberikan kata-kata penuh pengertian dan dukungan untuk meredakan rasa serba salah anak lelakinya terhadap Haura.

-

"As a big brother, my duty is to shield my sister from sorrow and trauma, creating a haven where her heart finds solace and joy."-Harizz Zynn🕊️🛥️

-

Tok Tok Tok

Pintu bilik Haura diketuk oleh Harizz. Haura yang sedang mengelamun di katil, bergerak menuju ke pintu untuk membukanya.

"Boleh Abang masuk?" tanya Hariz dengan lembut, sambil menunggu jawaban adiknya di hadapan pintu.

"Masuklah," pelawa Haura, lalu duduk bersila semula di atas katil, sambil memandang wajah abangnya.

Ruang bilik seketika diisi oleh kehadiran mereka berdua. Haura menunggu dengan penuh perhatian untuk mendengar apa yang akan dibicarakan, walaupun dia tahu abangnya ingin meminta maaf dan merasa serba salah atas gurauan dalam kereta tadi.

Suasana yang hening membangun antara mereka, menciptakan kesempatan untuk membicarakan perasaan yang mungkin membebani hati Harizz.

Suasana yang hening membangun antara mereka, menciptakan kesempatan untuk membicarakan perasaan yang mungkin membebani hati Harizz.

"Adik, abang okey? Abang minta maaf pasal tadi. Salah abang gurau macam tu dengan Nia," kata Hariz selepas lama mendiamkan diri, sambil meraih dan menggenggam tangan Haura.

"Sorry tau," pipi Haura diusap sayang, dan bibirnya dimuncungkan untuk meminta perhatian.

"Eee abang ni, Nia okey lah. Don't worry, tapi Nia nak abang buat something baru Nia betul-betul maafkan Abang," ugut Haura sambil tertawa, apabila melihat jelingan manja Harizz kepadanya.

"Aaa apadia. Nak novel baru lagi lah ni kan?" teka Hariz sambil mencubit pipi adiknya dengan geram.

"Abang nii, sakitlah. Nia tak nak kawan Abang, Huh," ujar Haura sambil memainkan peranannya dengan berpura-pura marah, sambil tersenyum kecil.

SAAT BAHAGIA✨ | OGWhere stories live. Discover now