HDO 31

11.9K 592 89
                                    

Bughh

Zayn menatap sekilas tubuh manusia yang jatuh terhempas ke lantai dan hampir menyentuh hujung kasut berkilatnya. Lalu mengangkat pandangan melihat ke depan, di mana Henry berdiri selepas memukul teruk lelaki yang jatuh ke lantai tadi. Lelaki yang merupakan salah seorang dari bodyguard Henry sendiri. Teruk bodyguard itu menjadi mangsa keganasan Henry sehingga rebah tidak sedarkan diri dengan luka dan lebam memenuhi wajah.

Tatapan tajam dan dalam Henry menjadi tontonan Zayn. Masih dalam perasan penuh tidak puas hati dengan kaki masih bersarung kasut Henry memijak pergelangan kaki bodyguard yang pengsan tersebut tanpa rasa bersalah sama sekali. Henry menarik jari jemarinya masuk mengenggam menjadi penumbuk erat. Terlihat darah pekat menghiasi tangannya. Entah itu darah tangannya ataupun darah bodyguard yang rebah tadi.

Kepala Henry dipenuhi dengan bermacam perasaan sehingga emosinya tak mampu dikawal menyebabkan salah satu bodyguard nya terbaring lemah setelah menerima pukulan yang tak terkira. Tertutup perlahan mata Henry dengan jari tangan menyentuh di antara kening. Mengawal diri supaya tak membunuh bodyguard nya yang lain.

" Apa kau nak buat sekarang Henry. Semua benda ni diluar jangkaan kau sendiri. ". Seru suara Zayn setelah berdiam cukup lama menjadi penonton tanpa mahu menahan Henry yang menggila memukul manusia sehingga tak sedarkan diri. Dari awal dia ada di situ melihat segalanya. Bagaimana gilanya Henry menghentam pukulan pada bodyguard tadi.

Henry hanya mendengar tanpa niat untuk menyahut membalas apa yang Zayn katakan tadi. Mendadak kepalanya terasa berdenyut memikirkan sebuah hal yang memang dia curiga sejak awal lagi. Melihat Henry tak akan menjawab membuatkan Zayn melangkah ke arah mendekat.

" Ni tak ada kaitan ngan dia. Aku harap kau tak buat something bodoh kat dia. ". Suara Zayn kedengaran lagi. Serentak Henry menaikkan wajahnya menatap Zayn tanpa perasaan. Wajah tegasnya terlukis jelas menunjukkan dirinya tak suka dengan apa yang Zayn bunyikan tadi. Emosi dan rasa marah masih bersarang dalam dada menambah perisa sehingga Henry mengabaikan Zayn.

" Shut up. ". Henry mendengus lalu berjalan pergi sebaik melanggar bahu Zayn dengan maksud jangan masuk campur apa pun dia nak buat. Zayn mengetal giginya sendiri. Henry memang payah nak dengar cakap orang lain.

####

Olivia bergelak ketawa dengan Viviana sambil mengunyah makanan ringan yang mereka beli. Cerita cerita Viviana membuatkan mereka ketawa tanpa melihat sekeliling. Namun tawa kedua gadis itu mendadak hilang apabila datang seorang lelaki mengambil tempat duduk yang sama dengan mereka. Kyle bersandar tanpa masalah pada kerusi batu tersebut.

Kedua tangannya mendakap ke dada dengan sebelah kening yang naik sebagai tanda tanya kenapa kedua gadis yang sibuk bersembang dan bergelak ketawa tadi berhenti tiba tiba selepas dia datang. Olivia memandang lelaki sebaya dia dengan tatapan hairan. Kebetulan pandangan Kyle hanya tertuju pada satu arah iaitu Olivia. Membuatkan gadis itu salah tingkah dan segera memutuskan tatapan.

Seperti biasa, Viviana menayangkan muka meluat ketika melihat Kyle yang sengaja mengedip sebelah mata kepada Olivia. Entah kenapa dia kurang gemar dengan remaja lelaki satu ni. Nampak sangat nak try Olivia lahtu.

" Kau nak apa duduk sini? Banyak tempat lain yang kosong lagi kan ". Viviana mengeluarkan nada tak suka nya secara depan depan tanpa berlindung. Hal itu mendapat perhatian dari Kyle yang lantas memutuskan tatapan dari Olivia ke Viviana. Kyle menayangkan wajah jengkel sengaja menambah rasa tak suka gadis itu terhadap dirinya.

" Ni tempat umum. Ikut suka akulah nak duduk mana. Sini ada tulis nama kau ke? Tak ada kan. So shut up. ". Seru Kyle kasar. Kembali memerhatikan Olivia yang setia menjadi pendengar tanpa niat menyela. Secara perlahan bibirnya membentuk senyuman tipis melihat kilauan mata yang begitu naif dan innocent seakan meminta perlindungan dari dia secara diam.

Je hebt het einde van de gepubliceerde delen bereikt.

⏰ Laatst bijgewerkt: Jan 22 ⏰

Voeg dit verhaal toe aan je bibliotheek om op de hoogte gebracht te worden van nieuwe delen!

Henry's Dark ObsessionWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu