HDO 15

12.9K 610 53
                                    

" Vivi, mana satu yang lagi cantik  ni ke atau yang ni? ". Olivia mengangkat dua buah patung berbentuk arnab yang berlainan warna. Satu berwarna biru dan satu lagi berwarna pink cair kepada Viviana. Meminta kawannya itu agar memilihkan yang lebih cantik.

Viviana bercekak sebelah pinggang manakala tangan yang satu lagi mengusap dagunya sambil berfikir dengan pandangan berulang alik membandingkan patung arnab di tangan Olivia. Mereka berdua berada di sebuah mall untuk berbelanja. Sengaja Viviana yang baru sihat daripada demam mengajak Olivia ke sini.

" Aku rasa yang warna pink lagi cantik tapi biru pun cantik juga. Susahlah nak pilih apa kata kau ambil je dua dua senang ". Setelah itu, Viviana berpusing mencari barang  yang dia mahukan manakala Olivia mencebik tipis lalu memeluk kedua patung arnab itu secara bersamaan. Keduanya nampak cantik.

Sedang sibuk mereka berdua memilih barang masing masing. Bunyi ringtone telefon milik Olivia terdengar di situ. Olivia memerhati Viviana yang berjalan agak jauh daripada dia lalu terus menyeluk poket mengambil telefonnya selepas menurunkan patung arnab berwarna biru.

Terpapar nama si pemanggil yang di gelarkan sebagai Aunty iaitu pembantu rumah Olivia. Entah kenapa mama atau papa Olivia menyuruhnya untuk memanggil pembantu rumah yang berusia hampir lima puluh tahun itu dengan sebutan Aunty. Olivia pernah bertanyakan siapa nama pembantu rumah tersebut tapi papa tegas mengarahkan dia hanya memanggil Aunty sahaja.

Jadi nak tak nak Olivia terpaksa menuruti kata papanya. Sejak kecil sehingga besar Aunty lebih banyak meluangkan masa bersama Olivia berbanding kedua orang tuanya sendiri. Walaupun Aunty akan pulang pada jam sembilan malam setiap hari. Tapi Olivia bersyukur sekurang kurangnya ada orang lain menemani dia.

Di sebabkan itu Olivia menghabiskan lebih banyak masa dengan Viviana kerana sunyi. Sesaat, senyuman gembiranya terlukis kerana jarang Aunty mahu menelefonnya. Baru jarinya manu menekan tombol hijau— panggilan tersebut senyap.

Olivia terdiam sendiri berdiri menatap ke arah telefonnya dengan sebelah tangan memegang patung arnab berwarna pink. Senyumannya memudar perlahan. Viviana sibuk dengan halnya sendiri menjenguk ke setiap rak yang ada.

Tak lama kemudian satu mesej muncul. Senyuman yang memudar lagi kembali mekar laju jarinya menekan untuk membaca apa isi yang di hantar oleh si Aunty.

Olivia tadi mama kamu ada call nak bercakap dengan kamu tapi kamu tak ada dekat rumah. Sekejap lagi kamu balik rumah boleh sebab mama kamu akan call dalam setengah jam lagi. Aunty tunggu kamu dekat rumah okay Olivia.

Olivia dengan suasana hati yang gembira lekas membalas. Dia mengatakan dia akan pulang sekejap lagi. Tetapi ada satu hal yang membuatkan Olivia pelik kepada mama papanya. Kenapa mama atau papa tak nak menelefon dia melalui telefon bimbitnya. Kenapa selalu melalui telefon rumah?

Padahal boleh je kalau Olivia menyimpan nombor kedua mama papanya. Tapi tidak. Bukan itu sahaja yang janggal. Olivia tak pernah menyimpan gambar kedua mama papanya di gallery telefonnya. Semua itu arahan daripada papanya sendiri. Setiap gambar yang mereka tangkap bertiga hanya di ambil menggunakan camera dan di cuci untuk di simpan ke dalam album.

Olivia sedikit pelik tapi dia sebagai dengan lurusnya mengikuti tanpa membantah. Mungkin ada kebaikan di situ. Lagipun Olivia mungkin dapat berjumpa dengan mama papanya dalam empat atau lima tahun sekali. Memang susah untuk mereka berkumpul bersama. Itu yang membuatkan Olivia berasa sunyi dan kekurangan kasih sayang.

" Olivia jom bayar aku dah jumpa barang aku dah ". Olivia tersentak kecil dari lamunannya kerana suara jeritan Viviana di hujung sana, kawannya itu melambaikan tangan menyuruh Olivia agar berjalan lebih cepat. Olivia menyimpan telefonnya lalu membawa patung arnab pink yang akan dibelinya.








Henry's Dark Obsessionحيث تعيش القصص. اكتشف الآن