HDO 18

12.6K 655 78
                                    

Huy, yang masih bwh umur shuu shuuu  🌝🤣

















Olivia bangun sambil menahan pening pada kepalanya. Matanya memburam kabur sebelum pulih sepenuhnya. Dia duduk bersandar pada katil namun matanya terbuka besar ketika mengetahui hanya kain menutup seluruh badannya. Kulit bahunya terdedah.

Takut. Secara perlahan dia menyelak selimut yang menutup badannya. Rasa takutnya semakin bertambah apabila tiada seurat benang pada badannya. Ke mana pakaiannya pergi? Comforter di tarik sehingga ke atas bahu, membungkus tubuhnya yang tak berpakaian.

Henry masuk dengan peluh menghiasi badan lelaki berumur tiga puluhan tersebut. Rambut kemasnya tersebak ke belakang dengan mata setajam helang menatap Olivia yang terbungkus penuh. Seketika urat uratnya mula timbul mengingat apa yang terjadi malam tadi. Kaki di bawa menuju ke katil.

Si gadis yang ketakutan dan masih tak mengerti apa yang berlaku hanya mengesot undur sementara Henry sudah berdiri tegak di depannya. Melihat gadis kecilnya semakin mengundur lantas tangannya menyentap lengan di balik comforter tersebut lalu mengurung gadis tersebut dengan kedua tapak tangan mendarat pada katil.

Badan kekarnya terpampang jelas pada penglihatan Olivia. Berulang kali kelopak mata si gadis naik dan turun kerana gelisah dan takut. Anak mata tajam Henry jatuh pada hujung comforter pada leher Olivia. Baru tangan dia ingin melepaskan kain tersebut, rengekan Olivia terlepas.

" J-Jangan.. ". Halang Olivia sambil mengeratkan jari kecilnya mengenggam comforter yang baru saja di tarik oleh Henry. Entah apa maksud lelaki dewasa itu mahu melepaskan comforter yang menyelubungi badannya.

" Kau ingat apa yang kau dah buat malam tadi, Olivia. ". Nafas hangat Henry terkena pada wajah Olivia tepat pada bibir gadis tersebut. Olivia berfikir sejenak cuba mengimbas kejadian yang telah berlaku malam tadi.

Matanya terus merenung wajah Henry apabila satu persatu ingatan mula masuk memenuhi kepalanya. Ma-lam tadi— Dia minum jus epal. Lepastu badan dia panas. Henry membiarkan gadis itu mengingat semula segalanya. Baru dia akan membuka mulut.

Rasa marahnya terhadap sikap polos dan lurus Olivia terkumpul di dada menunggu masa untuk melepaskan pada gadis itu setelah gadis kecilnya berjaya memutarkan kejadian semalam. Kedua tangannya yang mendarat di atas katil di tepi peha atas Olivia mula mencengkam seiring rasa marahnya.

Seminit sudah berlalu, Olivia semakin ke penghujung. Akibat terlalu terkejut mengingat Henry meletakkan dia di bawah shower dan dia sendiri membuka gaunnya sehingga menayangkan seluruh kulit tubuhnya— Menyebabkan dia semakin mengecilkan badan sehingga hujung comforter menutup separuh bawah hidung.

" Dah ingat? ". Suara dalam Henry mendebarkan jantung Olivia. D-Dia takut. Henry nampak mengerikan dengan urat leher tegang lurus bersama tatapan mata seakan mampu membunuhnya bila bila masa sahaja.

" Cakap. Apa yang kau ingat malam tadi Olivia. Aku nak dengar. ". Penuh penekanan nada Henry mahu Olivia menceritakan balik apa yang gadisnya itu ingat. Kerana geram dengan tingkah laku Olivia yang seolah ingin masuk ke dalam comforter menaikkan bahang panasnya.

Tanpa suara, Henry menyentap comforter sehingga terlepas dari tangan Olivia lalu mendedahkan badan atas gadis itu. Jeritan halus Olivia kedengaran sambil menarik kembali comforter separas dadanya. Seluruh wajahnya berubah memerah kerana malu dan takut.

" Cakap Olivia! Cakap! ". Mengeletar badan kecil Olivia dengan jerkahan mengejut daripada Henry. Air mata Olivia terus keluar memenuhi tubir mata menanti masa untuk turun tapi Henry tak peduli dia genggam bahu gadis itu agar bersandar tegak pada katil. Esakan secara perlahan keluar.

Henry's Dark ObsessionWo Geschichten leben. Entdecke jetzt