HDO 17

13K 694 53
                                    

Olivia menyarung gaun cantik dengan design yang mewah pada badannya selepas mengikuti arahan Henry satu jam yang lalu. Dia sendiri tak sempat bertanya ke mana mereka mahu pergi pada waktu malam sebegini. Jam menginjak angka ke sembilan. Patutnya dah masa untuk Olivia tidur lahkan tapi di sebabkan Henry memberitahu mereka akan keluar jadi dia hanya diam menuruti.

" A-Awak kita nak pergi mana?". Olivia mengenggam comel kemeja Henry di bahagian siku semasa mereka berada di dekat kereta. Agak pelik bunyinya apabila Olivia si gadis yang berumur belasan tahun memanggil Henry yang berusia tiga puluhan dengan panggilan awak. Sepatutnya uncle atau a-bang kan.

Tapi kalau uncle terasa Henry tersangat tua pula. Kalau sebut abang ada rasa malu terbit. Rasa serba tak kena. Henry memusingkan badannya menghadap Olivia dan dalam sepantas kilat dia menyambut pinggang si gadis lalu membawanya begitu dekat. Sebelah tangan lagi mendarat pada kereta dengan Olivia yang bereaksi terkejut.

Olivia tak sempat cerna apa yang jadi. Semuanya berjalan dengan pantas jadi tubuh kecilnya hanya tersandar pada kereta dengan sebelah tangan sasa Henry membelit pinggangnya. Henry merapat sehingga kepala Olivia perlu mengundur menjauh. Dalam beberapa inci jika si gadis tak mengelak kemungkinan besar bibir mereka boleh bertemu.

" Kau tak tahu hari ni hari apa.". Nafas hangat Henry menerpa wajah Olivia terutamanya di bahagian bibir. Olivia mengalihkan matanya ke arah lain sambil memikirkan hari ini hari apa. Matanya kembali kepada Henry.

" Ha-ri sabtu? ". Sahut Olivia dengan penuh naif dan jujurnya. Dia tak tahu sama ada hari ni hari penting ataupun tidak. Henry berdecih halus lalu bergerak makin dekat. Olivia sudah tersandar habis. Jadi dia hanya berdiri gugup bersama nafas yang tertahan.

" Dekat sana nanti kau tahu ". Olivia merendahkan badannya ketika nafas hangat milik Henry menghembus telinganya. Seusai itu Henry membukakan pintu mempersilakan Olivia untuk masuk terlebih dulu. Gentlemen right? Olivia tak tahan menahan perasaan segan segera masuk ke dalam tanpa sebarang suara.

Pintu di tutup rapat dan Henry masuk kemudiannya lalu kereta bergerak pergi. Olivia hanya menurut sehingga mereka tiba di sebuah villa agak berjauhan dengan rumah milik Henry tadi. Keluar saja dari perut kereta Olivia mendengar suara muzik kuat yang berasal dari dalam rumah. Villa yang Henry bawa sekarang ini di kelilingi oleh hutan sahaja.

Ada satu tangan menyelit lalu memeluk pinggangnya membuatkan lamunan Olivia terhapus. Di sebelahnya berdiri Henry mengajak dia masuk dengan cara menarik badannya agar bergerak masuk. Sebaik masuk sorakkan kedengaran menyambut kedatangan Henry dan Olivia. Makin hairan si gadis dengan situasi yang berlaku sekarang ini. Muzik yang terpasang kuat tadi menjadi perlahan.

" Happy birthday bro ". Salah seorang lelaki yang bersorak tadi bersalam dengan gayanya sendiri. Henry menyambutnya dengan senang hati selepas meleraikan pelukan pada pinggang kecil Olivia. Seketika Olivia seakan blank. Happy birthday? Harini birthday Henry ke? Kenapa dia tak tahu pun. Henry pun tak pernah bagitahu Olivia bila tarikh hari lahir lelaki tersebut.

" Psstt Olivia ". Tertoleh kepala Olivia mencari suara manusia yang baru saja memanggilnya. Di sudut sofa sana wujudnya Viviana dengan Zayn yang sedang duduk. Viviana mengerakkn tangannya mengamit Olivia untuk mendekat. Si gadis melirik Henry beberapa saat melihat lelaki itu nampak gembira jadi dia berjalan secara perlahan ke arah kawannya.

" Vivi, Vivi buat apa dekat sini ". Olivia bertanya sambil memegang lengan kawannnya. Sesekali sudut matanya melirik Zayn yang ada di situ. Viviana bangun merapat lalu memeluk lengan kawannya erat membawa tubuh dekat untuk berbisik memandangkan suasana sedang bising dengan muzik.

" Zayn ajak, dia cakap harini birthday Henry. Kau tak tahu ke Oliv?". Olivia mengeleng sebagai balasan dengan riak wajah sedikit muramnya. Viviana yang tahu menepuk bahu Olivia mengajak untuk duduk bersama. Zayn berada di tepi kanan manakala Viviana di tengah dan Olivia di sisi kiri.

Henry's Dark ObsessionWhere stories live. Discover now