HDO 25

11.4K 627 53
                                    

Olivia memeluk lututnya ditemani oleh Viviana di sebelahnya. Mereka baru sahaja menonton horror movie di waktu malam seperti ini. Riak ketakutan terpancar jelas pada wajah Olivia, memandang dengan jantung yang berdebar debar. Begitu juga Viviana.

Di atas meja tersedia sebuah bekas besar makanan ringan dan juga dua buah cawan berisi air. Sesekali Olivia menelan air liurnya kerana rasa seram yang terlampau baginya. Viviana mengeluarkan tangan mengambil makanan ringan berupa keropok dan juga popcorn secara perlahan.

Mata tak lepas dari skrin television sehinggalah kedua gadis itu terperanjat kerana terkejut bila pintu apartment tiba-tiba di ketuk. Viviana memerhati Olivia beberapa saat sebelum mengubah matanya pada pintu. Olivia dengan gerakan lambatnya menatap pintu.

Seketika mereka dibuat terkejut lagi sehingga suara jeritan keluar bila ada suara kedengaran di udara.

" Kenapa ni? ". Itu suara milik Zayn. Lelaki dewasa itu turut berada di situ baru kembali dari toilet. Dia merenung Viviana dan Olivia secara bergantian. Bunyi pintu diketul muncul lagi mengalihkan perhatian Zayn ke arah pintu tak berada tak terlalu jauh itu.

" Henry dah sampai. ". Bisik Zayn namun sampai ke telinga Olivia dan juga Viviana. Serentak mata Olivia melebar luas. Viviana menyentuh bahu Olivia yang kelihatan tegang. Sebenarnya Olivia sendiri dah bagitahu Viviana yang dia tak nak jumpa Henry lagi.

Tapi sekarang Henry sudah berada di sana. Tak mahu membuang masa lagi, laju kaki Zayn menapak ke depan dengan niat akan membukakan pintu untuk kawannya itu. Melihat Zayn yang mara makin menambah ketakutan Olivia. Cerita horror tidak seram lagi melainkan mendengar nama Henry.

" Stop! ". Viviana berlari lebih laju menghalang serta mendepakan tangan lebar menghalang langkah Zayn yang baru bergerak dua langkah. Akibat perbuatan Viviana, Zayn melayangkan ekspresi tidak fahamnya.

" Olivia kau masuk dalam bilik dulu. Kunci pintu. Cepat! ". Arah Viviana dalam fikirannya dia nak selamatkan Olivia dari bertemu dengan Henry. Olivia segera bangun dengan tergesa-gesa mengapai telefon yang ada di atas meja dan mula berlari ke arah bilik Viviana.

" Apa yang korang berdua rancangkan?". Zayn bertanya apabila melihat Olivia yang berlari pergi hilang dari ruang situ. Fokusnya terhala pada Viviana. Kerana disoal begitu, Viviana mengelengkan kepalanya. Tidak menceritakan perkara sebenar.

Zayn berjalan melepasi Viviana mahu membuka pintu lagi tetapi sekali lagi Viviana menjadi penghalang. Dengusan kesal Zayn mula keluar geram dengan sikap tak tentu arah Viviana yang terus menghalang dia.

" Please, jangan bagitahu Henry yang Olivia ada dekat sini. ". Barulah Zayn mengerti situasi apa yang berlaku saat ini. Rupanya Olivia nak menyorok dari Henry dan Viviana membantu gadis itu. Bunyi ketukan dan deringan telefon Zayn kedengaran.

Bermaksud Henry menyuruhnya membukakan pintu. Zayn tidak melayan Viviana lagi. Selepas menerima riak wajah tegas daripada Zayn akhirnya Viviana terpaksa ke tepi memberikan ruang kepada lelaki itu. Zayn menyambung langkahnya sehingga sampai di depan pintu.

Sebaik pintu terbuka, Henry mula masuk dengan tenangnya. Dia dah tunggu lama dekat luar sana dan sekarang baru pintu terbuka. Perasaan rindu terhadap Olivia membuak-buak menggunung. Dah berapa hari dia tak bertatap mata dengan gadis itu.

Bila dia sampai di ruang tengah. Hanya susuk tubuh Viviana yang sedang berdiri ada di situ dan mana Olivia? Zayn melabuhkan duduknya memerhati Viviana yang berhadapan dengan Henry. Remote di ambil menekan tombol off lalu benda itu diletakkan semula ke tempatnya.

Zayn tertumpu pada telefon sekarang ini. Membiarkan Henry menatap Viviana dengan wajah seakan bertanya di mana keberadaan Olivia. Tapi tak kunjung mendapat jawapan membuatkan Henry melontarkan suaranya.

Henry's Dark ObsessionKde žijí příběhy. Začni objevovat